44

337 17 0
                                    

HANYA bunyi sudu dan garfu berlaga pinggan sahaja kedengaran di ruang makan ini. Aku diam. Aryan pun diam. Aku cuba berlagak seperti tiada apa-apa berlaku. Tapi aku... tak boleh. Tiap kali aku pandang wajah dia, aku akan larikan pandangan ke arah lain.

Aku tak sanggup bertentang mata dengan pembunuh.

"Caramor." panggilnya sepatah. Kunyahan aku terhenti. Aku pandang Aryan. Kening diangkat tanda mengapa.

"Abang tak tanya lagi harini. Are you good?" Rutin harian Aryan. Dia akan bertanya kepada aku samada aku baik-baik sahaja atau tidak. Aku berfikir sejenak.

Dia tak boleh tahu aku tak okay. Dia tak boleh tahu juga aku dah pecah masuk bilik kerja dia. Jadi, tolong berpura-pura seperti tiada apa terjadi walaupun kenyataannya begitu perit.

"I'm totally good, abang." Balasku ringkas. Dengar sahaja balasan itu. Aryan meletakkan sudu dan garfu ke atas pinggan. Tangan menongkat dagu serentak perhatiannya tertumpu kepada aku sepenuhnya.

"Really? I don't think so caramor. Something is wrong. Caramor abang jarang termenung tanpa sebab munasabah." Aku gigit bibir bila terasa salah percaturan. Sekurang-kurangnya, kalau aku jujur aku tak okay tadi. Aku boleh tipu itu semua akibat kerja di pejabat.

"Arya... Arya cuma terfikir cara cepat supaya sembuh dari penyakit ni." Tipuku. Aku rasa ini merupakan penipuan paling normal setakat ini. Lagipun aku sudah sebati dengan penyakit ini selama tiga bulan. Doktor kata, biasanya pesakit PTSD mengambil masa untuk sembuh selama 6 bulan. Jika aku kuat untuk bertahan, maknanya tinggal lagi 3 bulan. Jika tidak, mungkin lebih lama aku terperangkap dengan penyakit ini.

"Caramor, abang dah bagitahu kan? Take your time. Jangan paksa diri. Health over haste, even if it means being late." Pesannya lembut.

Biar lambat, asalkan sihat?

Lagi lama aku hadap penyakit ni, lagi gila aku boleh jadi. Bayangkan saja bunyi kaca pecah pun aku sensitif. Macam mana aku nak jalani kehidupan harian seperti sedia kala? Sudahlah Aryan tidak izinkan aku memandu. Betul-betul melayaniku bagai orang sakit tenat!

"Arya nak hidup normal macam dulu balik, abang. Macam mana Arya boleh hadap bunyi barang pecah, boleh tidur dengan aman. Arya nak abang percayakan Arya yang Arya ni masih sihat. Boleh memandu. Bukan dilayan macam orang sakit tenat." Luahku jujur.

Lagi aku bebas, lagi senang aku nak kumpulkan maklumat. Lagi senang aku nak siasat.

Aryan bungkam. Kemudian dia pandang aku semula.

"Sayang nak drive?" Aku angguk kepala.

Aryan menghela nafas.

"Abang izinkan. Tapi bersyarat." ujarnya.

"Follow-up practice kita yang tergendala bulan lepas. Abang nak sayang boleh protect diri sendiri masa abang takda. Kemudian, abang tak izinkan sayang park kereta dekat kawasan basement. Outdoor sahaja." Aku angguk kepala sekali lagi. Bersetuju dengan syarat-syaratnya. Sekurang-kurangnya aku boleh bergerak bebas.

"Abang," panggil aku.

"Yes, caramor?" Sambil tersenyum, Aryan menyahut panggilanku.

"Kenapa nama abang dengan adik-beradik abang huruf depan dia... lain?" Sudah lama aku mahu bertanya. Jika dulu, aku pernah mengusiknya dengan gelaran 'anak pungut'. Lepas itu, mesti dia akan merajuk. Tanpa ada alasan kukuh.

Heryna Masyitah.

Helena Mikayla.

Dan Aryan Hameen?

Bukankah itu aneh?

Senyuman Aryan mula pudar. Air mukanya berubah menjadi keruh. Aku silap tanya ke?

Aryan tolak pinggan ke tepi. Seolah bersedia mahu bercerita. Raut wajahku ditenung lama sebelum dia membuka bicara.

"Sayang nak tahu sebabnya?" Soalnya perlahan. Tanpa ragu, aku angguk. Tuduhan dia merupakan seorang pembunuh tadi, seolah terbang ditiup angin.

"Ibu merupakan ibu susuan dan ibu saudara abang." Baru sahaja dia habiskan ayat pertama. Aku sudah terkejut. Aryan... hanya anak susuan ibu? Tapi ibu melayani Aryan terlalu baik. Tidak pernah sekalipun ibu sebut Aryan anak angkatnya. Malah, perkataan 'anak ibu' sentiasa meniti dibibir.

"Tapi... macam mana?" Soalku pelan. Aryan tersenyum pahit.

"Ibu kandung abang, kakak sulung mak. Sayang perasan tak, dalam keluarga abang, ada makngah, ada maklang, ibu merupakan makteh dan seterusnya maksu. Tapi tak ada maklong." Bila Aryan sebut. Baru aku terfikir.

"Daripada cerita ibu, mak meninggal semasa abang berusia 8 bulan. Mak meninggal dengan ayah kandung abang dalam sebuah kemalangan. Abang takda memori lansung pasal mak."

Aryan pejam mata seketika. Mungkin terkilan dengan diri sendiri.

"Pada masa yang sama, ibu keguguran sewaktu kandungannya berusia 7 bulan. Ibu ambil abang, susukan abang. Dia jaga abang macam anak sendiri. Supaya anak-anak dia nanti tiada batas aurat dengan abang." Tuhan... beratnya jadi ibu. Kehilangan kakak dan anak pada masa yang sama.

Kalau aku jadi ibu, belum tentu aku kuat.

"Nenek sayang abang lebih, sebab kebenarannya abang anak mak. Anak sulung kesayangan nenek. Bukan sebab abang cucu lelaki sulung semata."

"Tapi ibu, tak pernah kata abang ni sekadar anak angkat dia. Walaupun hakikatnya, abang anak saudara dia. Anak susuan dia. Apa abang dengar selama abang hidup, hanyalah... abang anak ibu." Tubir matanya kian berair.

Ah, siapa potong bawang ni!

"Dua tahun kemudian, barulah Heryna lahir. Tapi ibu tak pernah abaikan abang. Sehinggalah ketika abang berusia 12 tahun. Kebenaran terungkap. Abang jumpa sijil lahir abang. Semasa minggu terakhir persekolahan. Ada juga surat pengesahan anak angkat. Abang sedih, tapi pada masa yang sama. Abang bersyukur sebab ibu layan abang baik sangat."

Usah ditanya keadaanku sekarang. Sudah banjir dengan air mata.

Aryan mendekati aku. Ibu jarinya mengesat air mata di bawah kelopak mataku.

"Abang bertekad, abang nak masuk asrama. Abang banyak sangat menumpang kasih sayang ibu dan ayah Heryna. Mula-mula, ibu bantah. Tapi abang berkeras. Akhirnya, abang berjaya masuk ke sekolah tu. Sekolah yang temukan abang dan sayang empat tahun kemudian." Aryan tersenyum manis sambil menekup wajahku.

"Cerita abang... buat Arya rindukan ayah." Luahku. Kenapa... kisah Aryan begitu menyedihkan?

"Sekurang-kurangnya, sayang ada memori dengan ayah kandung sayang walaupun hanya 18 tahun. Abang juga bersyukur, abang dapat merasa setiap titik air susu mak walaupun hanya 8 bulan. Allah uji kita bersebab, sayang. Kalau Allah tak ambil mak dan ayah abang, mungkin abang bersekolah harian macam orang lain. Abang tak jumpa sayang. Takdir Allah dah bersusun cantik. Jadi, abang minta supaya isteri abang sentiasa kuat dan tabahkan hati. Untuk lalui hari-hari akan datang."

Aku peluk Aryan yang sedang berdiri. Muka disembam ke perutnya. Menyembunyikan tangisan. Aryan sangat kuat.

"Kebenaran itu menyakitkan, sayang. Abang harap sayang kuat selalu."

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now