HAMPIR ternganga aku apabila kereta Chevrolet Camaro berwarna merah garang berhenti tepat di hadapan aku dan Aryan. Dah lama sangat ke aku tinggalkan Boston sampaikan aku lupa mat salleh ni kadang-kadang perangai mintak penyepak? Aryan tarik aku kebelakang. Kepala digelengkan. Tahu aku bakal meletup dengan pemilik kereta tersebut jika dia tidak melarang awal.
"Sabar caramor," aku mendengus. Tetapi aku hanya menurut. Sabar Arya, saba-
Tingkap kereta serta-merta terbuka. Aku mengecilkan mata apabila mengecam wajah yang mengenakan spek hitam tersebut. Nasihat Aryan tadi terbang dibawa angin. Lantas aku pergi ke kereta tersebut sebelum menendang rim tayar.
"Ya Allah, sayang!" Naik pening kepala Aryan. Aku abaikan. Aryan pula sudah memicit dahi. Pemilik kereta tersebut terus keluar dari kereta. Dia mencekak pinggang.
"Darya!" Panggilnya geram.
"Abang Alan ingat gempak ke main stop-stop mengejut depan Arya? Kalau tayar kereta abang Alan lenyek kaki Arya macam mana?" Soalku geram. Botol mineral dicampak ke arah Alan. Si abang angkat tak diiktiraf. Dua jam sebelum sampai ke sini, aku sudah maklumkan kepada dia untuk jemput aku dan Aryan. Teksi mahal. Baik aku jimat duit, dan gunakan kuli yang ada.
"Tak kena kau pun, adik kecik. Drama betul." Berasap telinga apabila aku dengar gelaran yang diberi. Alan dan Afsar, kedua mereka mempunyai personaliti yang berbeza. Afsar lebih tenang. Dan Alan, seperti yang kita nampak sekarang. Perangai minta kaki!
"Abang tinggal aje luggage kita dekat situ. Biar pakcik grab yang angkat," arahku kepada Aryan. Pakcik grab dituju kepada Alan. Aku meluru masuk ke pintu belakang. Pintu ditutup kuat. Sengaja.
Dari dalam kereta aku dapat lihat Aryan geleng kepala sebelum melangkah mendekati Alan. Aku agak mereka sedang perkenalkan diri masing-masing apabila mereka berjabat tangan. Dan aku syak, Alan sedang mengadu domba kepada Aryan apabila Aryan sesekali geleng kepala. Seperti pasrah saja.
Lantak kau orang lah!
Selesai angkat bagasi-bagasi kami masuk ke dalam but kereta. Pintu depan dua-dua dibuka dari luar. Alan ambil tempat di kerusi pemandu di sebelah kiri manakala Aryan ambil tempat disebelahnya. Aku mencebik. Suami sendiri betray kita. Tiba-tiba saja boleh sekepala dengan Alan.
Dasar lelaki.
Mereka berbual sesama sendiri. Kadang kala galak mereka kutuk aku depan-depan. Seolah aku tak wujud. Lansung abaikan aku di belakang. Aku mencelah antara tengah.
"Hello, Arya hidup lagi tau." Sebaik sahaja aku habiskan ayat. Pipi aku dicubit Aryan geram sehingga bibir aku terkepit.
"Lah ada rupanya isteri abang ni!"
"Urff..aa..bbhang!" Seksa mahu bercakap apabila bibir terkepit di antara pipi. Senyuman Aryan yang tadinya girang perlahan-lahan mati apabila mata menangkap jelingan maut aku. Tawanya turut mati serta-merta. Tangannya juga turut terlepas. Aryan berdehem. Kau tunggu Aryan, kau tunggu.
"Abang ingat kau makin tinggi, Arya. Tapi sama aje abang tengok. Still pendek," kutuk Alan sambil memandu. Aku ketap gigi. Kalau tak fikir dia sedang memandu memang aku dah tekup muka dia guna plastik. Aku toleh ke arah Aryan. Tekaknya turun naik telan liur. Mungkin faham tanda-tanda awal aku nak meletup.
"Kau tunggu, bang. Memang balik ni Arya bagitahu mummy. Get ready nak jadi anak tiri mummy selama lima hari." Bibirku naik mengukir senyuman sinis. Lantas aku kembali bersandar. Jika tadi hanya Aryan diam membisu. Kali ini kedua-duanya tidak bercakap walau sepatah.
YOU ARE READING
[C] Aryan: Her Biggest Heartbreak
Roman d'amourBOOK 1. Berdamai dengan takdir. Sebaris ayat itu ringkas, bukan? Namun, Nurdarya tidak mengerti. Kenapa orang sekelilingnya seringkali berpesan sebegitu kepada dia. Sedangkan dia hanya mengakui dia bencikan Aryan Hameen. Darya bencikan Aryan. Luka y...