16

3.6K 144 2
                                    

AIR mineral diteguk rakus. Nafas pula tercungap-cungap setelah setengah jam berjoging tanpa henti. Tidak terus duduk, aku berdiri sebentar. Mengelakkan darah tertumpu di bahagian bawah tubuh. Aku hanya memerhati pasangan muda sedang berjoging bersama dari jauh. Aku agak mungkin kedua mereka masih bersekolah. Kemudian, aku melabuhkan punggung di atas kerusi bangku yang disediakan.

"Tunggu lah Nana!" Laung gadis itu. Manakala si lelaki pula galak berlari laju diselangi ketawa apabila berjaya mengusik gadis itu.

"Itu lah, pemalas! Asyik tidur aje petang. Patutlah pipi macam pau!" Kutuk lelaki itu lagi. Senyuman aku mati. Sungguh ayat lelaki itu mengingatkan aku kepada masa lalu. Bezanya, kami berdua lansung tidak pernah berjoging bersama. Hanya sepasang telinga ini menerima kutukan dan bebelannya.

Disebabkan dia, selepas kami berpisah aku bertekad untuk ubah gaya hidupku sendiri. Supaya menjadi seseorang yang dia tidak kenali. Daripada aku tidak rajin bersenam, berubah kepada seseorang yang menjadikan joging mahupun work out sebagai rutin harian. Semuanya gara-gara tidak mahu dia anggap aku sebagai Arya yang sama lagi.

"Akak, nak tumpang duduk sebelah boleh?" Aku tersentak. Lansung kembali ke realiti. Ternyata gadis tadi kini berada di sebelah. Dia mengukirkan senyuman manis. Sepasang matanya pula hanya menghantar pemergian lelaki tadi yang sudah jauh berlari. Aku balas senyum lalu mengangguk membenarkan. Lagipun, kerusi bangku ini kemudahan awam.

"Boyfriend?" Soalku. Cuba beramah mesra.

Gadis itu tersenyum kekok. Lambat-lambat kepalanya mengangguk. Mungkin malu apabila ditanya soalan sebegitu. Aku ketawa perlahan. Macam-macamlah budak zaman sekarang ini.

"Nak panggil akak apa? Nama saya Hana, boleh panggil Nana." Ujarnya pula. Peluh di dahi lansung tidak mencacatkan wajahnya. Natural beauty betul budak ini. Aku dulu pun comot sahaja. Entah bagaimana dulu boleh ada teman lelaki pun tidak tahu.

"Panggil kak Arya. Nana tingkatan berapa?"

"Obvious sangat ke kak?" Tanya Hana tiba-tiba. Dahi aku berkerut tidak faham. Obvious apa? Seolah memahami riak wajahku, Hana kemudiannya menyambung ayatnya,

"muka saya obvious sangat ke macam budak sekolah?" Habis sahaja Hana mengungkapkan ayatnya, aku ketawa kecil. Terhibur bila dengar soalan Hana. Mungkin dia tidak perasan, tapi raut wajah polos seperti Hana... sungguh boleh agak yang dia masih bersekolah. Bukannya seraut wajah matang seperti wanita sudah bekerjaya di luar sana.

"Iya Nana. Nak kata student universiti, tak nampak pula eyebag berkilo. Paling logik, pelajar sekolah menengah ajelah." Terang aku pula. Nana mencebik kecil. Mungkin tidak puas hati setelah mendengar pendapat aku.

"Tapi padanlah dengan umur Nana sekarang. Kalau wajah lebih matang daripada usia pun susah juga. Nanti wajah Nana nampak cepat menua. Lagipun, Nana masih dalam kategori cantik tau untuk pelajar sekolah menengah," sambung aku lagi. Menyatakan fakta. Aku membuang pandangan di hadapan.

"Soalan saya macam tak matang sikit, tapi kak Arya... Zarel akan cari perempuan lain tak kalau dia jumpa perempuan lebih cantik daripada saya?" Aku tersenyum nipis. Faham dengan soalannya. Aku anggarkan Zarel itu lelaki tadi merangkap teman lelaki Hana. Aku tahu maksud soalan itu. Hana insecure. Juga tergugat jika lelaki itu memilih perempuan lain suatu hari nanti.

"Lelaki setia lansung tak akan tergugat walaupun ada perempuan lain sepuluh kali ganda cantik daripada pasangannya. Orang yang curang ni kan Nana, tak kira pasangan dia cantik atau tak pun... kalau dia nak buat, dia akan buat juga. Cuba Nana tengok artis di luar sana, cantik macam model pun kena tinggal. Apa yang penting diri kita sendiri. Kita tak dapat jangka dengan apa yang berlaku pada masa akan datang. Jangan kita lemah hanya disebabkan lelaki. Jauh lagi perjalanan hidup kita." Nasihat aku panjang lebar.

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now