40

386 20 0
                                    

SUDAH lima hari aku di sini. Lagi dua hari kami akan balik ke Kuala Lumpur semula. Hanya aku dan ibu berada didapur. Makcik-makcik saudara Aryan yang lain keluar pergi beli barang. Begitu juga dengan sepupu-sepapatnya. Baguslah begitu. Empat hari mereka berada di sini, empat hari jugalah telingaku menahan mulut lancang makngah dan maklang.

Aku pula fokus menyiang ikan. Fikiran sudah melayang ke tempat lain. Bermacam perkara terjadi pada satu-satu masa. Seolah lansung tidak beri aku peluang untuk bertenang. Tanpa sedar, jari sudah terhiris dek pisau.

"Ya Allah, Arya!" Aku tersentak. Ibu lekas-lekas ambil pisau ditangan sebelum bawa tanganku mendekati paip air. Membiarkan air lalu atas jari terhiris pisau itu. Sesekali aku mendesis. Baru terasa pedih.

"Arya okay tak ni?" Tanya ibu risau. Aku angguk kepala. Tidak mahu ibu risaukan aku.

Ibu bawa aku duduk. First aid kit diambil dari rak. Tanpa berbasa-basi, ibu ambil tempat di depan aku. Supaya mudah untuk dia merawat luka.

"Sikit aje ni ibu," kataku pelan. Ibu masih berdegil merawat luka hirisan tersebut. Aku tersenyum pahit. Ibu buat aku rasa... disayangi. Biarlah jika Aryan tidak ikhlas cintakan aku. Sekurang-kurangnya ibunya dengan rela hati menerima aku sebagai menantu. Melayan aku seperti anak perempuan sendiri.

"Ibu tak tahu apa masalah kamu dengan Ary. Tapi ibu rasa Arya kena tahu sesuatu," aku pasang telinga. Sekadar mendengar.

"Ibu tahu dulu Arya pernah bercinta dengan anak ibu. Ibu cam Arya. Tapi ibu tak sempat mahu berkenalan dengan Arya." Ibu tersenyum tawar. Luka dibalut dengan plaster luka dengan cermat.

"Habis SPM, Ary menangis diriba ibu. Mengadu. Kata dia banyak sakitkan hati Arya. Ibu terkilan. Sebab anak ibu sakitkan hati perempuan. Ibu rasa ibu gagal didik anak ibu." Aku pegang kekura tangan ibu. Tahu ibu tak bersalah dalam hal ini.

"Ibu..."

"Ibu harap, Arya boleh terima Ary sebaiknya. Ibu dah anggap Arya macam anak ibu sendiri. Ibu tahu Ary banyak salah dengan Arya. Tapi ibu sangat berharap, Arya seorang aje yang akan jadi satu-satunya menantu perempuan ibu. Ibu dah anggap Arya seperti anak sendiri. Dan ibu yakin jodoh anak ibu adalah Arya. Tengoklah, nama kamu berdua pun dah hampir sama," ibu ketawa kecil di hujung ayat. Tubir matanya berair. Betapa ikhlasnya hati tua ini menerima aku sebagai menantu.

Ibu genggam kedua tanganku erat.

"Ibu taknak menantu perempuan lain. Arya jangan segan mengadu dekat ibu ya kalau Ary ada buat salah dengan Arya?" Soal ibu. Aku hanya angguk kepala. Sekadar mengiyakan.

Ibu tak boleh tahu. Aku taknak ibu kecewa atas sikap anaknya sendiri.

"Ibu..." panggilku pelan.

"Ya sayang?"

"Terima kasih sebab terima Arya sebagai menantu ibu." Ucapku ikhlas. Ibu tersenyum manis.

"Dan ibu nak berterima kasih sebab pilih anak ibu sebagai suami."




AKU mengemas dapur. Ibu pula sudah keluar dapur menuju ke bilknya gara-gara Helena demam. Semestinya perlu diberi perhatian lebih. Luahan ibu tadi menambahkan lagi rasa sedih dalam hati. Ibu anggap Aryan sudah berubah. Tapi ibu silap. Dia masih lagi menyakiti perasaanku.

Bunyi derap langkah memasuki dapur aku abaikan bila anak mata menangkap maklang dan makngah sedang bawa beberapa bungkusan plastik berisi barang dapur.

"Hah baguslah kau dekat sini, ni aku nak tanya lah kan." Ujar satu suara. Makngah.

"Ya makngah?"

"Kau dengan Ary dah dua bulan kan berkahwin? Takkan tak berisi lagi?" Lancang suara itu mengajukan soalan. Perbuatan aku sedang menyusun pinggan dirak terhenti. Kenapa tiba-tiba soalan sebegitu diutarakan mereka? Padahal baru dua bulan aku lansungkan perkahwinan.

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now