53

2.9K 124 0
                                    

MESEJ dari mama dibiarkan sepi tidak berbalas. Aku ketap bibir. Mama cari aku bersebab. Paling kurang, dia cari aku sebab dia perlukan duit. Ah, duit... Daripada aku kecil lagi mama dahagakan duit. Sedangkan gaji ayah sudah cukup untuk tampung kami sekeluarga. Tapi dia masih rasa tak cukup. Senang kata, mama tak pernah bersyukur.

Harta dan wang sungguh membinasakan, bukan?

Kerana harta, keluarga boleh berpecah-belah. Kerana harta, manusia jadi tamak sehingga mahukan lebih. Dan kerana harta juga, manusia sanggup melakukan apa sahaja walaupun setiap perkara itu salah di sisi agama.

Dunia seolah penjara bagi mukmin.

Dunia ini sekadar tempat persinggahan sementara. Namun, mereka terlalu mengejar duniawi sehingga terlupa satu lagi perkara iaitu akhirat.

Entah apa di fikiran mereka ketika melakukan kejahatan. Di manakah hati perut mereka?

Mama dah buang Arya. Kenapa mama masih perlukan Arya demi kepuasan mama?

Aku ketuk pintu bilik kerja Aryan. Dia tiada di gimnasium. Juga di sekitar rumah. Bilik kerja dia merupakan tempat terakhir yang aku agak dia bakal berada di sini. Tanpa ragu-ragu, aku buka pintu.

Aryan berada di sofa. Bersama MacBook. Mungkin sedang menyiapkan sedikit kerja yang tergendala. Keningnya bertaut hairan. Namun dia suakan tangan, menarik aku duduk di atas ribanya.

"Kenapa cari abang ni, hm?" Soalnya lembut. MacBook diletakkan di tepi. Aku hanya diam. Bau mint datang dari tubuhnya sedikit sebanyak menenangkan hati yang sedang gusar.

"Abang..." Aku mula merengek manja. Muka disembamkan ke dada Aryan. Telapak tangannya naik mengusap kepala.

"Yes, caramor. Tell me what's wrong?" Aryan masih berlembut.

"She texted me," aku mula mengadu. Pada masa ini, Aryan seorang saja mampu pujuk aku. Dia saksi ketika ibu kandungku sendiri buang aku. Walaupun aku ada perselisihan faham dengan Aryan, tapi kami dapat selesaikan dengan baik. Sampai masa nanti, aku akan tahu jua.

"Who?" Tanya dia hairan. Masih keliru siapa yang aku maksudkan.

"Mama..." tubuh Aryan mengeras sekejap. Kemudian dia menghela nafas.

"Sayang... macam mana pun dia. Dia tetap ibu kandung sayang. Abang tak paksa sayang maafkan dia. Tapi abang cuma tegur sayang sebagai suami." Aku kembali diam. Aryan cakap betul. Cuma kata-kata yang hadir dari seorang ibu itu pedih. Menyentap tangkai hati.

"Arya rindu ayah." Aryan diam. Mungkin faham akan perasaan aku.

"Arwah ayah sayangkan mama tak?" Soal Aryan tiba-tiba. Aku mendongak memandang Aryan seketika. Kemudian kembali meletakkan kepala ke tempat asal. Degup jantungnya laju, tapi menenangkan. Ah, Aryan sentiasa begini. Detak jantung Aryan sentiasa laju setiap kali aku rapat dengannya.

"He loves her so much. Walaupun ada masa mama baran tak bertempat. Dia kekal tenang. Tipulah kalau kata dia tak pernah terasa dengan mama ataupun marah dengan perangai mama. Tapi dia diam. Depan mama dia berlagak tenang. Dia selalu cuba provide benda yang mama nak. Kadang-kadang Arya cemburu. Arya tak dapat tapi mama dapat." Keluhku.

"It's okay, caramor. Lepasni apa sayang nak semua abang beli." Kata Aryan pula. Aku tersenyu tawar.

"Berkali-kali mama minta cerai. Macam perkara biasa. Tapi dia diamkan, dia selalu pujuk mama. Dia bawa mama pergi bercuti, walaupun ada masa dia kekangan wang. Cuma..." Jeda. Aku masih tidak faham sampai hari ini.

"Cuma?"

"Arya tak faham kenapa dia orang bercerai?" Masih menjadi persoalan.

"Caramor, have you ever heard that 'loving someone doesn't mean you have to be with them'?" Tanya Aryan.

Ayat itu sama maksudnya dengan,

Mencintai tak semestinya dimiliki.

Aku angguk. Perlahan.

"Apa yang abang nampak, arwah ayah ikhlas cintakan mama. Dia tak pentingkan diri. Sebab dia tahu dia boleh menyangi mama sepenuh hati. Dia sedar cinta dia terhadap mama tak perlu ditunjuk. Arwah ayah dah buktikan bahawa cinta boleh hadir dalam pelbagai bentuk. Walaupun dia dan mama sekadar bekas suami isteri." Hujahnya panjang lebar.

"Isn't it painful? Berpisah dengan orang yang kita dah bersama bertahun-tahun. If I were him, I don't think I could handle it." Jujur aku pula.

"Indeed. Nine years without you, it feels like my heart is being ripped apart." Luahnya.

"Me too, abang."

"Sebab itu arwah ayah baik. Dia kuat, dia terima hakikat. Mungkin dia rasa itu yang terbaik. Sekurang-kurangnya masa dia meninggal, mama tak rasa sedih sangat." Tambah Aryan lagi.

"Tapi Arya taknak jadi macam mama." Aku bertekad. Sungguh tidak mahu.

"Oh, really? Why?" Aryan pura-pura terkejut.

"She's sick. I think she's completely sick. Kalau dia tak cintakan ayah, kenapa dia gunakan ayah. Dia boleh cerai sejak awal lagi. Tapi dia... haih. Selepas itu, mama punya perangai bukan sahaja sakitkan hati ayah. Hati Arya pun sama, abang. Cacian dan makian, macam makanan harian Arya. It really hurts, abang. Setiap hari, I feel like I'm dying. Arya taknak jadi macam dia. Arya taknak... anak Arya nanti rasa apa Arya rasa." Arya mengusap bahu aku.

"Mungkin ada hikmah sayang, kenapa Allah berikan sayang seorang ibu macam itu. Tanpa sayang sedar, sayang jadi seorang yang tabah. Kuat. Stronger than anyone else. Mungkin juga daripada situ sayang boleh belajar untuk jadi ibu yang baik kepada anak-anak kita nanti." Pesanannya aku simpan kemas-kemas dalam kotak fikiran.

"Apapun jadi, dia ibu kandung sayang. Bila hati sayang dah lapang nanti. Belajar maafkan dia, ya? Kebenaran itu perit. Tapi siapalah kita untuk persoalkan takdir tuhan." Ya, itulah Aryan. Dia terlalu baik.

"Hm."

Aku cuba mengintai skrin MacBook yang masih menyala itu. Seperti kertas kajian saja. Bosan.

"Kerja bengkel abang, macam terlalu advanced aje." Aku memerli. Masih tidak puas hati. Aryan ketawa besar. Mungkin baru sedar aku sudah mengetahui hal sebenar.

"Bengkel lah ni."

"Tengoklah, ada ke orang kerja dekat bengkel tu buat kertas research berlambak macam ni, Ir. Aryan Hameen?" Aku tunjuk ke arah fail-fail berteraburan di atas meja kopi.

"Kertas research biasa aje, caramor. I'm just a regular thermal engineer. Pensyarah-pensyarah universiti tempatan cuma minta tolong abang semak dan baik pulih setiap kertas kajian tu. Kadang-kadang abang research topik baru juga." Aku melopong. Sejak bila otak dia geliga sangat ni!

"One less thing for my son to worry about is who's teaching him math." Sekali lagi tawanya pecah apabila mendengar aku berceloteh. Aku dan matematik tak pernah serasi! Pembetulan, matematik tambahan. Matematik moden masih boleh dibincangkan.

"Sure, caramor. Dengan rela hati abang akan didik anak-anak kita daripada subjek matematik sampailah ke ilmu agama."

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now