54

2.7K 117 0
                                    

AKU mencerlung tajam ke arah setiap satu pekerja yang berada dalam ruangan bilik mesyuarat sekarang. Bengang. Majlis penting dipandang remeh seolah tiada apa berlaku. Tak ada seorang pun maklumkan pada aku bahawa Ekspo Hartanah Malaysia bakal diadakan dalam masa terdekat ini. Masing-masing diam menunduk. Lansung tidak berani keluarkan suara.

"Siapa ketua bahagian pemasaran?" Soalku dingin. Sepi. Lansung tiada yang mengaku. Aku pandang Sara. Dia juga tiada idea siapa bertanggungjawab dalam hal ini.

"I asked again. Who is the leader of marketing department this year!" Suaraku naik seoktaf. Setiap tahun ketua bahagian pemasaran berubah. Satu sistem yang aku dan Sara adakan supaya masing-masing dapat timba pengalaman menguruskan majlis berkaitan ekspo dan karnival bagi tujuan pemasaran.

"Er... Puan Darya. Ketua bahagian pemasaran tahun ni pekerja baru." Takut-takut pekerja lelaki bernama Qayyum itu menjawab.

"Mana dia?" Tanya aku datar. Raut wajahku usah dikata, tegang habis. Aku tak dapat sorok lagi kemarahan aku pada ketika ini.

Perlahan-lahan seorang perempuan bangun dari kerusi. Kepalanya masih menunduk. Aku agak inilah pekerja baru yang Qayyum katakan tadi. Mungkin dia tak pernah bertemu dengan aku memandangkan aku sangat sibuk sejak dua menjak ini.

"Angkat kepala you. I taknak tengok rambut you." Kata aku dengan nada memerli. Serentak pekerja wanita itu angkat kepala. Kening aku sudah bertaut. Masih tidak sangka dengan permandangan di hadapan aku sekarang.

"Raina Akila?"

Dia ini spesies tangkap muat saja ke masa mahu apply kerja? Kalau aku jadi dia, aku takkan bekerja di tempat musuh aku sendiri. Aku agak, memang dia terdesak mahukan kerja sehingga tak perasan siapa pemilik syarikat ini.

"M-maafkan saya, P-puan Darya." Aku menolak lidah dalam pipi bila dengar dia tergagap-gagap. Well... ini boleh dikatakan kifarah secara tunaikah untuk dia?

"Qayyum, I nak you take over event Malaysia Property Expo. Tahun lepas you dah handle, right?" Tanya aku.

"Ya, Puan Darya."

"I bagi you bonus, sebagai ganjaran pada hujung bulan ini memandangkan kita tengah rushing untuk siapkan pelan dan kertas kerja. Pastikan kertas kerja dah ada atas meja I lusa. I letak kepercayaan I dekat you. Sara akan tolong you. Dan yang lain, tolong bagi kerjsama dengan Qayyum. And you, Raina. Ikut I masuk pejabat. Dismiss," usai habis sesi mesyuarat. Terus aku keluar menuju ke pejabat.

Duduk sahaja di kerusi. Aku keluarkan salah satu fail di rak yang menempatkan segala fail peribadi para pekerja di syarikat ini. Sudah tentulah fail ini kepunyaan Raina Akila. Perempuan yang pernah cuba malukan aku ketika reunion tahun lepas.

Juga pembuli aku suatu ketika dahulu.

Raina masih berdiri tegak. Manakala aku sedang sibuk menyelak helaian maklumat peribadinya sehingga tangan terhenti ke muka surat terakhir di mana terletaknya perjanjian dia dan syarikat.

Ah, setakat pampasan jika dia dipecat tanpa sebab aku masih mampu bayar.

"You nak cakap apa?" Tanya aku selamba.

"Kau-" aku angkat kepala. Tangan sudah panggung dagu. Sengaja. Kening diangkat sebelum. Senyuman sinis turut diukirkan. Tiba-tiba mulutnya seakan terkunci.

"Kenapa tak sambung? I nak dengar juga." Ujarku. Senyuman sinis masih tidak lekang dari bibir.

"Saya... perlukan kerja ini, Puan Darya." Tuturnya perlahan.

"Nampak tak sekarang? Siapa di bawah dan siapa juga di atas? You nampak tak, muka yang you hina dulu? Bukan setakat dulu, tahun lepas pun ada, kan? You... tak rasa malu ke? Kalau I jadi you, I malu. Bussinesswoman tak datang kerja dekat syarikat I." Perli aku. Ya, sebelum ini dia canang cerita dekat orang kata dia itu merupakan usahawan wanita yang berjaya. Kemudian aku berdecit sinis. Sungguh terasa lucu. Dunia ini terlalu kecil.

Raina kembali menunduk.

"I tanya you sekali lagi, kenapa? Sebelum I tandatangan surat perlucutan jawatan you," ugutku pula. Lantaklah dia mahu kata gila kuasa atau apa. Aku punya hak.

"Jangan puan!"

Aku diam. Memberi ruang untuk bercakap.

"Untuk lindungi diri saya, puan." Nice. Syarikat aku ini ada rupa-rupa rumah perlindungan ke sampaikan dia boleh beri alasan begitu? Aku bermain pen di tangan.

"Syarikat I bukan rumah perlindungan. Sepatutnya you patut berlindung dekat kawan baik you tu." Riak wajahnya bertukar keruh. Mereka berdua gaduh ke? Rasanya mereka berdua terpaling sehidup semati sejak dulu.

"Dia dah meninggal, Puan Darya," terkejut. Itu sahaja boleh aku katakan.

Innalillah...

"Duduk." Aku suruh dia duduk. Tanpa menunggu, dia terus mengambil tempat di hadapan aku.

"Isya diculik. Pada hari kami keluar bersama. Saya-"

"Tak payah formal. Aku nak tahu cerita." Potong aku pula. Rasa geli pula dengar minah ni bersaya-puan dengan aku.

"Aku buat laporan polis. Tiga hari kemudian dia ditemui mati. Aku tak tahu kenapa dia dibunuh secara kejam. Tapi sebelum dia pergi, dia bagitahu aku. Dia nak minta maaf dengan kau. Kami berdua menyesal, Arya. Mesti kau gembira dengan apa yang jadi dekat kami berdua, kan?" Raina terkekeh kecil. Memerli diri sendiri.

Percaya atau tidak, sekarang banyak kes orang hilang dan ditemui mati. Pembunuhan beramai-ramai. Sama... seperti kes ayah dulu.

Ataupun, dia sudah kembali?

"Aku tak kejam lagi nak gembira atas kematian orang lain, Raina." Balas aku dingin. Raina tersenyum kelat.

"Sebab itu membezakan kau dengan kami, Arya. Kau baik. Kau tak nampak tapi hati kau suci, Arya." Aku geleng kepala. Menafikan. Perkataan suci itu terlalu hiperbola. Aku juga pendosa.

"Kes aku dengan Aryan dulu, aku minta maaf. Aku cuma terpaksa. Aku suka dia, tapi itu dulu. Dan kalau aku masih suka dia pun, dia takkan pandang aku, Arya." Aku ketap bibir. Kenapa ramai sangat sukakan Aryan?

Perasaan cemburu terbit di hati.

"Masa sekolah, aku berpura-pura ada hubungan dengan dia. Aryan minta tolong aku supaya dia ada alasan untuk tinggalkan kau. Aku cuma tolong sebab aku suka dia." Sabar, Arya. Semua dah lepas. Ffuh! Berkali-kali aku cuba sabarkan hati.

"Dan masa reunion haritu, aku sengaja sakitkan hati kau sebab nak tengok Aryan sayangkan kau lagi atau tak. Tapi dia masih sama, Arya. Dia sayang- bukan. Dia cintakan kau." Beritahunya lagi.

Disebabkan pengakuan inilah, rasa ingin tahu aku semakin kuat. Kenapa dia putuskan hubungan dengan aku, dan kenapa dia tak boleh beritahu aku punca hal itu terjadi?

Aku masih buntu.

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now