TANGAN diletakkan di atas penghadang balkoni. Aku hanya membiarkan Aryan melangkah mendekati aku. Pandangan dilabuhkan ke segenap inci permandangan yang terpapar di hadapan mata. Tiada yang menarik. Hanya terlihat suasana lobi hotel bersama pelbagai jenis ragam manusia.
"Speak." Aku bersuara dengan penuh autoriti. Mengabaikan Aryan tercungap mencari nafas kerana mengejar langkah aku dari jauh tadi. Kemudian aku diam. Sekadar memberi ruang untuk dia bercakap. Aku tahu jika aku elak sekalipun dia akan cari aku.
"Aryan minta maaf," ujarnya dalam satu nafas.
"Untuk?" Aku lansung tak pandang dia. Bukan tak mampu. Cuma aku malas mahu tatap wajah Aryan. Tambahan lagi, terasa menyampah pula dengan dia secara tiba-tiba. Mungkin, terlalu lama tempoh aku bagi untuk dia betulkan semuanya semula. Sehinggalah tiba hari ini. Saat ini. Perasaan itu mati. Kosong.
"Everything."
"Okay then," aku membalas dingin. Aryan menghela nafas. Mungkin tak pernah menjangka dengan respons aku. Ataupun mungkin dia kecewa. Huh, kecewa?
In your dream, Arya.
"You look stunning tonight." Aku mengukir senyuman sinis.
"Thanks. But no thanks."
"You've changed." Ujar Aryan. Senyumannya tampak begitu tawar.
"People change," balas aku lagi. Aku memusingkan tubuh. Berura mahu melangkah pergi. Namun, Aryan lebih pantas. Kini dia berdiri di hadapan aku. Menghalang aku pergi. Jarak kami hanya dipisahkan dengan dua langkah. Aku mendongak. Mencerlung Aryan dengan tatapan tajam. Cukup tak suka dengan apa yang sedang dia lakukan.
Dejavu.
Hanya berbeza tempat, masa, dan umur. Hanya orangnya masih kekal sama. Aryan Hameen.
"Do you love me?" Cuma kali ini, situasinya terbalik. Jika dulu aku berada di tempat Aryan yang sekarang, kini aku di tempat Aryan yang dulu. Sepasang mata amber itu menikam tepat ke dalam anak mata aku. Memerhati segenap inci wajah aku. Begitu juga dengan riak wajah aku.
Ergh, biar betul mamat ni? Kalau dia nampak makeup aku crack macam mana? Belum lagi dia nampak jerawat satu yang baru timbul dekat dahi!
"Done eye-raping me, mister?" Soal aku selamba. Aryan berdehem. Menyedarkan dirinya semula selepas sesi 'Merenung Anak Dara Orang'. Galak dia merenung aku sejak tadi.
"'Do you love me?' Soalan tu.. kelakar kan? Bila ditanya balik selepas sembilan tahun berlalu?" Tanya Aryan. Lebih kepada bertanya kepada diri sendiri. Aryan ketawa kecil. Mencetus kerutan di dahi aku. Dah gila ke?
Aku hanya diam. Memberi ruang untuk dia bercakap. Lagipun, aku sendiri tak tahu nak kata apa. Situasi ini sungguh janggal. Ah, bayangkan. Berdepan dengan bekas teman lelaki zaman tak matang dahulu. Sesi ungkit-mengungkit sikap tak matang aku dan dia suatu ketika dulu. Terasa sungguh... aneh.
"Aryan mengaku, dulu Aryan tak matang. Soalan itu Aryan balas sekadar dengan anggukan. Tapi sekarang Aryan dah ada jawapan." Aku masih tak bersuara. Lansung tak jangka dengan tindakan Aryan. Kenapa tiba-tiba hari ini baru dia nak beri jawapan kepada soalan lapuk itu? Sedangkan aku dah lama lupakan soalan tersebut.
"Aryan Hameen cintakan Arya kerana Allah SWT. Dengan izin Allah, Aryan cintakan Arya. Aryan berserah semuanya kepada Allah. Aryan biarkan Arya dibawah lindungan Allah. Aryan sedar. Aryan banyak dosa dengan Arya. Dosa Aryan dengan Allah boleh meminta ampun. Dosa dengan Arya, Aryan kena mohon ampun dengan Arya." Tika ini, aku tergamam. Jawapan Aryan terlalu matang. Lansung menunjukkan dia jauh lebih matang berbanding dahulu.
YOU ARE READING
[C] Aryan: Her Biggest Heartbreak
RomanceBOOK 1. Berdamai dengan takdir. Sebaris ayat itu ringkas, bukan? Namun, Nurdarya tidak mengerti. Kenapa orang sekelilingnya seringkali berpesan sebegitu kepada dia. Sedangkan dia hanya mengakui dia bencikan Aryan Hameen. Darya bencikan Aryan. Luka y...