14

3.5K 132 1
                                    

TANGAN berkedut itu aku usap perlahan. Terasa berat hati mahu meninggalkan tubuh tua ini. Aku duduk bersimpuh di lantai. Supaya kedua orang tua ini tidak perlu mendongak semata mahu memandang aku. Kepala diletak di atas riba tok. Sengaja mahu bermanja buat kali terakhir sebelum pergi ke lapangan terbang.

"Janji tau, tok dengan wan datang ke majlis Arya," beritahu aku. Penuh berharap agar kedua mereka datang ke hari bersejarah dalam hidupku. Tambahan lagi, aku juga berharap mereka berdua dapat wakilkan arwah ayah.

"Insyaallah kalau dipanjangkan umur tok dan wan," lembut sahaja tok menjawab. Wajah yang sudah dihiasi garisan berkedut itu mengukirkan senyuman hangat. Aku turut tersenyum. Dalam diam, mesti tok dan wan rindu ayah. Depan aku mestilah mereka tidak tunjuk. Walhal, ayahlah anak yang paling rapat dengan mereka memandangkan ayah paling bongsu.

"Arya nak wan hantarkan?" Pelawa wan. Aku geleng kepala. Tidak mahu menyusahkan. Lebih-lebih lagi apabila umurnya sudah melebih 70 tahun. Lagi aku risau untuk biarkan dia memandu. Kadang-kadang pun, aku terpaksa meminta tolong Nufail tengok-tengokkan mereka. Walaupun Nufail tidak kisah, aku masih rasa telah menyusahkan dia.

"Pael hantarkan kejap lagi. Wan jangan buat kerja berat sangat, jaga kesihatan tu sama." Pesan aku. Tahu wan ini pantang duduk diam. Sekejap-sekejap dia keluar rumah. Bukan setakat ke halaman, malah memandu kereta. Dengan alasan bosan duduk di rumah.

"Kadang tok hairan, Arya rapat dengan Pael. Tapi bertunang dengan orang lain," ujar tok. Aku garu kepala. Tidak tahu hendak jawab apa. Lagipun, aku tak pernah rancang untuk kahwin dalam masa terdekat. Semuanya disebabkan mama sahaja. Tapi aku tidak beritahu tok. Tahu nanti tok risau. Lebih-lebih lagi kalau dia tahu aku kahwin pun hanya sebab mahu penuhi permintaan mama.

Pin!

Hon diluar menandakan Nufail sudah sampai. Segera aku bersalaman dengan tok dan wan. Ketika bersalam, aku menyelitkan beberapa not RM50. Serentak, bahu aku ditepuk lembut. Kalau aku tidak buat begitu, tok tak akan terima. Dia kurang gemar menerima wang dari aku. Malah dia sendiri yang akan beri kepada aku.

"Buat belanja barang dapur, tok. Apa salahnya, Arya kerja besar." Wan hanya tersengih manakala tok menggeleng kepala. Aku tersenyum manis. Sudah arif dengan perangai mereka berdua.

"Arya pergi dulu tok, wan. Assalamualaikum," aku melambaikan tangan. Bagasi ditarik keluar pintu. Nufail tadinya hanya tunggu di dalam kereta segera mendekatiku. Mengambil bagasi sebelum diletakkan di bonet kereta. Tangannya diangkat tinggi kepada tok dan wan,

"Pael pergi dulu, tok, wan. Nak apa-apa call Pael!" Laungnya.

Aku masuk ke dalam perut kereta.

"Kau tahu tak, kadang-kadang aku rasa macam kau yang cucu dia orang." Ujarku sedikit tidak puas hati. Terasa takhta sebagai cucu tersayang sudah diambil!

"Siapa suruh kerja jauh-jauh. Padan muka!" Ejek Nufail pula. Aku buka tingkap. Sebelum beralih memandang Nufail semula. Gear aku pegang. Menghalang Nufail daripada memulakan pemanduan. Nufail kerut dahi. Tidak faham dengan tindakan aku tiba-tiba.

"Kau nak tolong tukar gear ke?" Nufail bertanya polos. Aku geleng kepala. Jari telunjuk aku arahkan ke arah pagar rumah. Ya, aku malas nak turun kereta semata tutup dan kunci pagar rumah.

Nufail hela nafas. Tanda mengalah. Dia turun kereta sebelum pagar tersebut dikunci. Setelah itu, dia kembali masuk ke dalam kereta. Aku tersenyum menang. Tahu dia tak akan menidakkan segala arahan dan suruhan aku. Atau aku boleh kata, dia kuli aku. Haha!

"Okay, tuan puteri. Pasangkan tali keledar, patik tidak mampu pakaikan untuk tuan puteri," perli Nufail. Aku hanya menurut. Malas mahu berbalah hari ini. Sudahlah dah nak balik.

"Pael, kalau aku tanya ni bukan sebab aku nak menyibuk hal sesiapa tau. Aku cuma tanya aje," ujarku.

"Macam serius aje soalan kau. Kau jangan tanya aku ada girlfriend ke tak, tau? Aku tak bersedia lagi." Nufail memberi amaran awal. Aku jeling Nufail. Yang itu tak payah beritahu, aku sudah sedia maklum.

"Aryan tu, kerja kat mana?" Tanya aku.

"Oh.. Aryan. Aku tak ada lah rapat dengan dia dah. Zaman sekolah iye lah. Tapi aku dengar dari yang lain, dia orang kata Aryan kerja dekat KL juga." Aku angguk faham. Tidak hairan lah dia boleh hadir ke majlis reunion itu. Tapi, kenapa dia balik sini juga kelmarin?

"Eh tapi aku satu flight dengan dia kelmarin. Buat apa pulak dia balik sini?"

"Ada hal lah kut. Muka aku ni nampak macam abang dia ke?" Perli Nufail. Aku mencebik. Tanya sikit saja pun.

"Singgah hotel dekat pekan sekali, ambil p.a aku. Semalam aku dah janji nak ambil dia. Tolong eh, Pael. Nanti aku belanja Sukiya kalau kau turun KL," aku tersengih kambing. Nufail saja grab tidak berbayar setiap kali aku balik sini. Alang-alang boleh jimat duit dan tenaga. Boleh luangkan masa sekali.

"Hm.."

"Thanks Pael! Macam ni lah aku sayang." Nufail buat muka loya. Geli bila dengar ayat terakhir. Aku mengekek ketawa. Nufail, Nufail...



BEG tangan aku campak ke atas sofa. Tubuh pula dihempas. Aku penat. Belum sempat mahu memejamkan mata, kepala sudah dicium bantal yang dicampak dari jauh. Tak payah tanya siapa, aku sudah tahu gerangan yang berani ganggu masa-masa keemasan aku ini. Aku tiup rambut yang menutupi dahi akibat dicampak bantal tadi.

"Balik-balik terus baring buat apa! Mandi dulu, makan. Lepastu kau nak terbongkang ke apa, dipersilakan." Nisa galak membebel dari kitchen island itu. Sesekali cermin mata yang terlorot di batang hidung ditolak ke atas semula. Tangannya ligat menanda kertas. Aku agak itu kertas student-student dia.

Macam manalah student dia boleh tahan bebelan dia? Kalau aku jadi student dia, inilah antara pensyarah yang bakal dikutuk. Belum lagi ada anak. Silap-silap anak dia nanti lari ke rumah aku ataupun Elliesya. Gara-gara tidak tahan dengan bebelan ibu sendiri.

Aku heret bagasi masuk ke bilik. Tiada niat mahu membalas semula. Tenaga aku sudah habis. Lansung tiada keinginan untuk bercakap. Aku ambil tuala dari penyangkut. Memaksa diri masuk ke dalam tandas untuk mandi. Yang aku tahu, selepas mandi aku nak tidur. Lagipun perut aku tidak lapar.

Selesai membersihkan diri, aku melabuhkan punggung di tepi katil. Kalendar di dalam telefon aku buka. Pada masa yang sama, aku berkerut melihat nota di kalendar tersebut. Nisa!

Hilang terus kantukku tadi. Aku berjalan keluar bilik. Memerhatikan Nisa begitu selamba di kitchen island. Aku berjalan mengelilingi Nisa. Tidak percaya dengan tindakan selambanya itu. Kawan aku ni sedar diri ke tidak?

"Kau kenapa, Arya?" Soalnya hairan.

"Sepatutnya aku yang kena tanya kau kenapa. Kau asal tak balik rumah?" Soalan dibalas soalan.

Nisa angkat kening. Masih clueless.

"Malam berinai kau esok, kan?" Tanya aku lagi. Nisa angguk. Mengiyakan. Aku garu telinga. Setenang ini ke bakal pengantin baru ni? Ataupun memang rata-rata bakal pengantin baru seperti dia?

"Esok petang aku balik lah. Majlis tu malam," balasnya selamba. Aku berjalan kembali ke bilik. Meninggalkan Nisa. Lantak dia lah! Ada baiknya aku teruskan sesi merehatkan diri dan minda. Buat penat aku gelabah untuk dia. Dia santai lagi marking paper students dia!

Baik dia kahwin saja dengan kerja dia!

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now