BILA aku kata keluarga Aryan baik-baik belaka. Sungguh aku maksudkan hanya keluarga Aryan sahaja. Bukannya sepupu-sepapat, ibu-ibu saudara juga neneknya. Sampai sahaja mereka ke rumah ini, aku dapat rasa aura negatif daripada mereka. Namun aku pendamkan saja. Tidak mahu berlagak seperti mem besar dalam rumah ibu.
Baru keluarga belah ibu. Aku tak tahu pula keluarga belah abah nanti macam mana.
Akibat rasa tidak selesa. Sejak tadi lagi aku mengekori Aryan. Berkepit bagaikan belangkas. Aryan pula hanya biar. Lansung tidak menghalau.
"Kau kenapa duduk dapur ni, Ary? Semua perempuan kat dapur ni kamu seorang aje sesat dekat sini." Ujar maklang. Iaitu kakak kepada ibu. Apa aku dapat lihat sejak awal tadi, bicara maklang begitu pedas. Sungguh menusuk ke tangkai hati. Lebih teruk lagi bila kadang kala nenek jadi tukang tambah.
"Saja makngah. Sekali-sekala tolong ibu buat kerja dapur." Balas Aryan pula. Tidak mahu cerita dia berada didapur semata menemaniku.
Apa aku tahu, sejak zaman sekolah lagi Aryan merupakan cucu kesayangan neneknya. Maklumlah, cucu lelaki sulung. Nenek sayang lebih.
"Iya ke kau tolong ibu kau ni, Ary? Bukan sebab nak teman bini? Tinggal ajelah bini kau tu dekat sini. Kita orang tak makan dia pun," tambah nenek pula sambil pandang ke arahku. Aku tersenyum nipis. Sekadar berbahasa.
"Kita cepat rindu orang rumah, nek. Sayang nak tinggal," seloroh Aryan diselangi tawa. Mengundang pandangan tak puas hati daripada sepupunya. Aku nampak. Kata ibu, itu adalah Safina. Sepupu perempuan Aryan yang sebaya dengan kami.
Aku mencari kelibat ibu. Hilang dari tadi. Bila terasa diri sedang diperhatikan. Aku kembali fokus mengupas bawang.
"Caramor, abang tak mandi lagi." Bisik Aryan. Aku geleng kepala. Benda tu pun nak mengadu kat sini! Aku kerling sekilas ke arah lain. Masing-masing fokus buat kerja. Kemudian, aku pandang Aryan pula. Masih tayang wajah gediknya.
"Caramor dah mandi?" Soal Aryan.
"Dah, tapi lepas siap masak kejap lagi Arya nak mandi balik. Baju dah bau sambal." Balasku turut sama dalam nada perlahan.
"Mandi sekali nak?" Aku kecilkan mata. Amboi, sejak bila makin gatal ni?
"Ish, sayang tu otak kotor sangat. Bawa la kain basahan. Biar berlapik," Aryan cuit hidungku. Aku bulatkan mata. Tangan dia baru kupas bawang! Serta-merta mataku mula berair. Aku menjarakkan diri dari Aryan.
"Abang ni..." kataku perlahan. Mata masih lagi berair.
"Aih... baru kupas bawang takkan dah berair kut? Bini kau ni pernah buat kerja dapur ke tak, Ary? Macam tak pernah aje. Tengok si Safina ni, lincah betul buat kerja." Aku berdehem apabila terdapat unsur-unsur perbandingan di situ. Aku tak pernah buat kerja?
Aku tinggal seorang diri pun dapur rumah masih berasap tau!
"Makngah... Arya ni mata berair sebab Ary yang usik dia pergi cuit tangan dekat dengan mata dia tadi. Lagipun dekat rumah pun selalu Arya masak sedap. Silap haribulan makngah tengok Ary dah buncit." Dengar saja jawapan Aryan. Aku dapat lihat makngah dan maklang menyenggol lengan mereka sesama sendiri disingki. Apa lah nasib kau, Arya. Baru kenal pun dah dapat haters.
"Caramor jangan lah terasa dengan dia orang sangat. Mulut dia orang memang macam tu," bisik Aryan perlahan.
"Tak apa abang. Arya okay," bohongku.
Sedang kami sibuk membuat kerja, sepupu lelaki Aryan kini masuk ke ruang dapur sambil termengah-mengah mencari nafas. Semua tertumpu ke arahnya dengan pandangan hairan.
"Ary, tolong sembelih merpati kejap dekat bawah. Kita orang er... tak reti," Aryan melepaskan keluhan. Semua harapkan dia. Timbul rasa kasihan terhadap dia. Sejak pagi tadi lagi kalau boleh mereka mahu mengganggu masanya. Sebab Aryan seorang sahaja serba boleh semuanya.
Patut pun nenek sayang dia lebih.
Aryan cium dahiku sekilas.
"Abang pergi turun bawah kejap tau sayang. Apa-apa tak kena nanti bagitau abang." Pesan Aryan sebelum mendekati singki. Mencuci tangan.
Aku meraung dalam hati. Sebab tahu mereka semua didapur ini hanya tunggu masa Aryan tinggalkan aku seorang diri. Mereka memang tunggu nak rejam aku.
Aku buat tak tahu. Pada masa sama cuba tenangkan diri sebaik mungkin. Aku akui, aku cepat sensitif sejak disahkan aku punya masalah mental. Hanya Aryan saja melayan aku baik. Menatangku bak kain sutera.
"Kau ni sebenarnya kahwin dengan Ary sebab nak kikis duit laki kau aje kan?" Lancang makngah mengutarakan soalan. Hampir aku tayang senyuman sinis. Aku kikis Aryan? Aku rasa aku sendiri mampu tanggung diri sendiri termasuklah rumah dan kereta.
Cuma aku bernasib baik dikurniakan suami yang tahu apa itu erti tanggungjawab. Lansung tidak pernah sentuh duit aku. Apatah lagi bertanya.
"Saya ada pendapatan sendiri, makngah." Balas aku sopan. Masih menghormatinya sebagai ibu saudara Aryan.
"Apa lah sangat nak dibandingkan dengan pendapatan Ary tu, Aminah. Budak ni jawab sebab nak sedapkan hati kita aje." Kata maklang pula.
Nenek pula masih berdiam diri. Aku tak dapat agak samada nenek baik ataupun sama seperti merek berdua. Walaupun kadang-kadang mulutnya pedas. Tapi entah. Aku tak tahu.
"Kau kerja apa yang kata bagus sangat tu?" Soal makngah lagi.
"Saya kerja dekat syarikat pengurusan hartanah aje makngah. Kerani," tipuku. Sengaja mahu lihat reaksi darinya.
"Anak aku lagi bagus la macam tu. Safina ni HR dekat syarikat dia bekerja," aku simpan senyum. Dah agak. Dia sibuk nak kenenkan Aryan dengan anak perempuan dia. Takut jadi anak dara tua lah tu!
"Aku dengar kau ni kawan sekolah Aryan. Kenapa tak kahwin awal?" Soalan dari maklang buat aku tersentak. Namun aku berjaya kawal reaksi sebelum menjawab,
"bagi stabil kewangan dulu, maklang."
"Huh, ini lah perempuan zaman sekarang. Asyik nak tunggu kewangan stabil aje. Mengaku ajelah taknak susah senang bersama. Kan senang!" Cemuh maklang.
"Saya taknak makan pasir maklang. Setakat I love you tak boleh kenyangkan saya. Perempuan zaman sekarang lebih rela tunggu kewangan stabil daripada bela biawak hidup." Malang sekali, semua itu hanya mampu terluah dihati.
Sebaliknya, aku hanya tersenyum. Malas mahu layan orang tua.
"Macam manalah Ary boleh dapat bini kuat menjawab macam kau ni. Boleh jatuh nusyuz. Ke mak tak ajar ni cara hormat orang tua? Haih dah macam perempuan gila aku tengok bini Ary-"
"Kak Aisyah." Tegur ibu tiba-tiba muncul dari pintu belakang rumah.
Maklang kata mak aku tak ajar. Betul. Aku mana pernah diajar. Kemudian dia kata aku gila. Dua kali betul. Aku tersenyum kelat.
"Apa cakap dekat menantu Ijah macam tu? Si Arya ni baik aje. Tak ada susahkan sesiapa," tegas ibu.
"Arya pergi naik bilik dulu ya sayang. Dah nak siap dah pun kerja dapur." Setelah ibu beri izin, aku minta diri keluar dapur.
Ujian apa lagi Kau turunkan kepadaku, Ya Allah?
YOU ARE READING
[C] Aryan: Her Biggest Heartbreak
RomanceBOOK 1. Berdamai dengan takdir. Sebaris ayat itu ringkas, bukan? Namun, Nurdarya tidak mengerti. Kenapa orang sekelilingnya seringkali berpesan sebegitu kepada dia. Sedangkan dia hanya mengakui dia bencikan Aryan Hameen. Darya bencikan Aryan. Luka y...