56

317 15 0
                                    

BUNGKUSAN makanan dipandang sepi. Aku masih tak angkat kepala memandang hamba tuhan yang begitu baik hati beri aku makanan pada waktu ini. Bukan beri, dia campak. Memang tak beradab betul! Aku lapar. Tapi tak yakin makanan ini halal atau tak. Lagipun tangan kemas berikat. Rasa macam orang cacat pula kalau nak tunduk kepala.

"Makanan tu halal. Makan." Serta-merta aku angkat kepala apabila sedar suara lelaki ini lain daripada dua lelaki semalam.

Aku kerut dahi. Muka dia tampak familiar. Aku perah otak. Memaksa berfikir. Kemudian mata aku membulat.

"Aqashah Umar..." Sebaris nama itu aku sebut perlahan. Dia berdehem. Kemudian cangkung menghadap aku.

"Kau kenal aku?" Aku geleng.

"Aku pernah nampak nama kau, dalam laporan jenayah lampau." Jujur aku. Lelaki itu berfikir sejenak. Sebelum mengangguk faham.

"Budak-budak tu ada sentuh kau tak?" Tanya dia lagi. Dia mencengkam dagu aku lembut. Namun aku cuba toleh. Mengelak. Dia cengkam lagi. Sambil menilik wajahku.

Haramlah bangang!

"Dia orang lempang aku." Aku mendengus. Kemudian dia melepaskan tautan dagu aku.

"Makan."

"Kalau kau letak racun macam mana? Lagipun, yakin ke halal? Dan kau nak suap aku ke? Tak nampak tangan aku macam mana?" Soalku bertalu-talu.

Tanpa banyak kata, dia meleraikan ikatan tali.

"Makan. Aku tak bodoh agama lagi," katanya lagi.

Tak bodoh agama, tapi sentuh isteri orang. Syaitan pun confused dengan jantan ini.

Laju aku melahap makanan tersebut. Tak adalah menarik sangat pun. Sekadar nasi goreng kampung biasa. Aku agak dia yang beli. Sambil mengunyah, aku bercakap. Banyak soalan aku nak tanya dia.

Tak silap aku, hari itu dia terdesak nak aku mampus.

Malaikat dengan syaitan pun tak reti nak faham dia kalau macam ini gaya dia bertindak. Sekejap baik, sekejap ada ciri-ciri Abu Lahab.

"Bukan kau nak aku mati ke?" Sungguh tak senonoh makan sambil bercakap. Tak penting. Suami aku tak ada depan mata. Tak payah kontrol ayu.

"Haritu aje."

"Kenapa tiba-tiba bagi aku makan. Bagi ajelah aku mati. Mati kebuluran better dari mati dibunuh tau." Terang aku lagi.

"Kau tu cepat kebulur." Aku ketap bibir. Ringan pula mulut dia nak jawab semua soalan aku.

Dia kata aku cepat kebulur? Berapa lama dia perhatikan aku dah ni?

"Kau-" belum sempat aku tanya lagi. Dia sudah pintas terlebih dahulu.

"Kau nak keluar dari sini tak?" Aku angguk bersungguh. Gila tak nak. Sumpah nak. Dah rindu nak peluk suami! Lepastu, aku nak marah Nufail walaupun bukan salah dia. Memang patut pun aku ikut dia masuk jamban!

Lelaki ini mendekatkan kepala. Seolah mahu berbisik. Aku pula sedia mendengar.

"Sementara budak berdua itu ada dekat luar, jangan on kan phone kau. Aku off semalam. Aku nak bantai dia orang kejap lagi sebab lempang kau. Masa tu, on phone kau. Biar suami kau atau kawan kau tahu location kau. Ingat, jangan sampai kantoi."

"Kenapa kau tolong aku?"

"Sebab, aku nak tolong." Pandangannya kian redup. Dia suka aku ke?

"Aku dah kahwin." Selamba aku beritahu.

KTAK!

Dahi aku dijentik. Sial.

"Ni tempat apa?" Tanya aku lagi.

"Betul kau nak tahu?" Serius riak wajahnya. Tiba-tiba aku rasa seram. Aku telan liur. Kemudian anggukkan kepala.

"Gudang ni tempat bedah organ mangsa culik." Syukur saja makanan tadi sudah habis. Tekak aku terasa loya. Aku makan dekat tempat bedah manusia? Bukan loya sebab apa. Cuma bau hanyir darah ini buat aku rasa nak muntah. Padahal aku okay saja dengan drama melibatkan pembedahan. Siap makan sambil tengok dia orang bedah!

"Malam nanti, aku bawa kau keluar. Lepas keluar dari gudang, kau lari. Lari sejauh mungkin. Kau kena keluar sebelum madam jumpa kau esok." Tambahnya lagi.

"Terima kasih sebab tolong aku." Ucapku ikhlas. Lelaki itu berdehem. Bungkusan makanan tadi dikemas. Mungkin tak mahu tertangkap dia sedang menolong aku.




DIA tak membohong bila kata dia mahu tolong aku keluar dari sini. Aku menjeling dua lelaki sudah selamat terbaring di atas lantai. Dengan penuh dendam, aku menyepak kepala mereka sebelum ditarik Aqashah pergi. Rasakan!

"Jangan pandang keliling kawasan ni kalau taknak trauma." Ujarnya separa berbisik.

Tapi, aku degil.

Sambil berjalan, aku pandang juga. Aku kemam bibir bila melihat banyak organ tergantung. Macam bahagian basah dalam pasar raya versi darkweb. Oh, macam ini rupanya organ manusia depan mata. Tak tipu, agak loya juga bila aku tengok organ itu masih menitikkan darah segar.

Terus aku mengekori Aqashah secara rapat. Buatnya aku kena tarik dari belakang. Mampus aku kena sembelih! Walaupun teragak-agak, aku genggam hujung bajunya. Dia sekadar membiarkan.

Sumpah aku takut.

"Aku boleh tolong kau sampai sini aje, Arya. Lari," arahnya.

"Kau tak kena dera dengan ketua kau ke kalau kau lepaskan aku?" Tanya aku perlahan. Terbit rasa kasihan. Kalau dia jahat, dia takkan tolong aku sekarang.

"Kau lari, now!" Dia tolak aku keluar dari pintu gudang. Aku tarik nafas dalam-dalam sebelum melepaskan pecutan. Aku lari sekuat hati. Boleh kata, gudang ini ada penjaga. Lebih baik aku lari sementara Aqashah boleh bantu aku. Sekilas tadi, aku sempat terpandangkan kereta di hadapan gudang. Seolah sangat aku kenali. Sempat juga perhatikan nombor plat kereta tersebut.

Apa semua ni?

Aku pegang kepala yang mula terasa pitam. Sambil aku lari, aku keluarkan telefon dari dalam poket. Masih tiada balasan daripada Aryan. Ke mana dia pergi?

Segera nombor telefon Nufail di dail. Syukur, dia terus saja angkat panggilan aku.

"Kau dekat mana!" Jeritnya sebaik sahaja menjawab panggilanku.

"Aku tak tahu!" Jawab aku sambil berlari. Tiba di bahu jalan raya. Larian aku terhenti. Aku lelah. Sungguh lelah. Aku tak pasti sudah berapa jauh aku lari.

"Tunggu aku tengah cari kau!"

Tercungap-cungap aku mencari nafas. Aku taknak pengsan sekarang, Ya Allah. Bukan masanya lagi. Aku jatuh terduduk. Tanpa sedar, aku sudah menangis. Aku penat. Kenapa ujian hidup aku begitu berat? Puas aku berfikir di mana silap aku. Tapi tiada. Aku masih tak dapat jawapan. Wajah Aryan masuk ke dalam kotak fikiran aku.

Abang...

Aku dah tak mampu. Perlahan-lahan mata aku mula terpejam rapat.

"Arya!"

Ya Allah, berapa banyak lagi ujian Kau bakal turunkan kepada aku?

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now