32

3.2K 130 0
                                    

PENERBANGAN ditunda. Aku ingat, kejutan malam tadi sudah cukup. Rupa-rupanya, lepas bangun tidur pagi tadi. Dia bisik dekat telinga aku kata dia dah beli tiket penerbangan ke Boston. Sebagai hadiah hari jadi. Aku apa lagi, daripada rasa kantuk. Terus hilang. Bayangkan, sampai rumah pun hampir jam 4 pagi. Berapa jam saja kami berdua dapat tidur?

Lepas sahaja siap tunaikan solat subuh. Terus aku keluarkan bagasi. Packing. Rasa kantuk sudah terbang dibawa pergi. Aryan juga sama. Turut mengemas pakaiannya untuk diletak ke dalam beg bagasi. Hasilnya, aku dan dia dua-dua bersila atas lantai dalam walk-in wardrobe. Kalau penerbangan tu esok aku tak kisah. Masalahnya, petang! Hampir sahaja aku jatuh tergolek katil bila dengar dia ambil penerbangan petang.

"Caramor..." Aku toleh ke arah Aryan. Wajah hairan ditayang.

"Lapar tak?"

Aku angguk. Perut pun sudah berkeroncong lapar. Aryan kerling jamnya sekilas.

"Abang pergi beli makanan. Sayang duduk sini diam-diam tau?" Bak anak kecil. Aryan memberi pesanan. Aku pula hanya angguk seperti burung belatuk. Patuh akan pesanannya. Aryan usap kepala berlapik tudung ini perlahan sambil tersenyum nipis. Kemudian dia berlari anak ke kedai makanan segera tidak jauh dari kami.

Aku keluarkan telefon. Ruang perbualan antara aku dan mama masih tiada untuk hari ini. Senyuman tawar spontan terbit di bibir. Hanya mesej dari mummy, kawan-kawan lain dan abang-abang angkat sahaja ada.

"Arya tak boleh tunggu mama wish birthday Arya. Sepatutnya Arya yang perlu berterima kasih dekat dia sebab dah lahirkan Arya."

Terngiang-ngiang pesan ayah dalam kepala. Kadang-kadang, aku tahu pesan ayah itu sekadar mahu tutup rasa resah di hati. Dia tidak mahu aku terlalu berfikir. Padahal, aku tau mama jarang ingat tentang tarikh lahirku. Tak tipu. Aku selalu terasa dengan mama. Ibu orang lain boleh ingat tarikh lahir anak-anak mereka. Kenapa mama tak boleh?

Dengan berat hati, aku menekan papan kekunci. Mahu berterima kasih, seperti disarankan ayah setiap tahun. Butang hantar aku tekan. Lalu telefon aku tutup semula.

Aku keluarkan iPad. Sekadar mahu semak fail-fail yang dihantar Sara. Leka aku hadap iPad tersebut. Jari terhenti dari terus menekan skrin apabila bunyi kaca pecah masuk ke rongga telinga.

PRANG!

Jantung berdegup kencang. Tangan usah dikata, sudah mula berpeluh dingin. Mata masih tertancap pada skrin iPad. Tidak mahu toleh ke arah punca bunyi kaca tersebut. Aku ketap bibir. Sedaya upaya cuba buang rasa panik mula menguasai diri. Rileks, Arya. Itu cuma bunyi kaca pecah.

Puas aku pujuk diri sendiri. Sambil berharap Aryan cepat sampai ke sini. Aku cuba mengatur nafas. Tidak lama kemudian, suara Aryan menyedarkan aku.

"Caramor!" Aku angkat kepala. Aryan berlari anak ke arahku sebelum dia duduk melutut di hadapan aku. Aryan pusing berpaling ke belakang, melihat punca bunyi kuat kaca tadi. Kemudian dia pandang aku semula.

"It's okay. You're fine, caramor. Breath properly, sayang. Abang dekat sini," pujuknya. Tangan menggenggam tangan aku.

Aryan capai beg sandangnya. Zip paling depan dibuka. Dia keluarkan sebotol ubat. Lalu dua biji ubat diambil. Air mineral dihulur bersama ubat tadi. Aku menyambut. Usai sahaja aku telan ubat tadi, Aryan ambil tempat disebelah.

"You're triggered by the sound of broken glass." Ujarnya perlahan. Sedar aku begitu sensitif dengan bunyi kaca pecah. Aku fikir dia tak tahu.

"Macam mana abang tau?" Soal aku pula apabila sudah stabil.

"Sejak mug seramik pecah dekat dapur. Sayang nampak lost masa tu. My bad. Abang tertengking sayang sebab abang takut sayang terluka." Aryan mengeluh. Dia tidak lupa kejadian tu.

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now