21

3.5K 142 1
                                    

BANGLO dua tingkat yang boleh dikatakan agak mewah ini aku pandang dengan riak wajah tidak percaya. Tercegat aku berdiri dipagar rumah berketinggian dua meter ini. Sekaligus, menghalang pandangan dari luar bagi mencipta privasi. Tembok sekeliling rumah ini juga betul-betul tidak memberi ruang untuk orang luar menjengah. Markah cemerlang boleh diberikan kepada lelaki ini jika betul dia mementingkan privasi sendiri.

Aryan memusingkan tubuhnya di pintu rumah apabila menyedari aku tidak lagi mengekori langkahnya. Aku telan liur apabila pemikiran negatif mula menjengah fikiran.

Gulp!

Aryan tak guna duit haram, kan?

Terlalu gila untuk aku hadam semua ini apabila mengenangkan sikap ambil lewa Aryan dengan hal akademik dahulu. Sebuah motorsikal berkuasa tinggi bersama sebuah lagi kereta juga berada di anjung kereta ini. Sebenarnya anjung kereta ini kira-kira masih muat dua buah kereta lagi. Cuma Aryan tidak buka pagar habis membuatkan kereta kami naiki tadi diparkir di luar pagar.

"Arya," panggilnya sepatah. Mata memberi isyarat ke arah pintu rumah apabila menyedari aku masih di sini. Lekas-lekas aku berjalan menuju ke arahnya. Tak pasal-pasal tertangkap sedang 'usyar panas' banglo ini.

"Do you like it?"

"Pardon?" Rasanya aku belum pekak lagi. Kenapa dia tanya aku suka ke tak padahal ini rumah dia. Suka hati dialah mahu rumah macam mana pun.

"Saya tanya, awak suka tak rumah ni?" Soalnya sekali lagi.

Aku mengangkat bahu. Lansung tiada jawapan. Jika dia bertanya kepada Arya yang dahulu. Mungkin dia teruja. Tetapi sekarang, dia berdepan dengan aku. Aku tidak suka menunjukkan perasaan di depan dia. Mataku memerhati segenap inci ruangan rumah ini. Lansung tiada cela. Dia duduk seorang diri ke dalam rumah besar ini? Tapi, tak akanlah sampaikan kusyen di sofa pun kelihatan tidak berusik lansung.

"Awak kerja apa?" Soalan dibalas soalan. Aku tidak menjawab soalannya tadi.

"Kerja bengkel." Aku angkat kening. Kerja bengkel... memang mewah macam ini ke? Lihat saja dari anjung kereta di depan rumah. Tiada pula kesan kotor minyak hitam di lantai. Kebiasaannya, orang bekerja di bengkel pasti akan terbawa-bawa kerjanya sehingga di rumah.

"What kind of 'bengkel'?" Aryan angkat bahu. Sama seperti aku lakukan tadi. Aku mendengus. Tidak suka apabila dia berbuat begitu. Aku abaikan dia. Kaki diangkat menaiki tangga. Segera Aryan mengejar langkahku. Mungkin tidak mahu aku 'sesat' di dalam rumahnya ini.

Tanganku ditarik lembut olehnya sebelum dia membawa aku ke arah pintu yang terletak di hujung koridor kanan setelah menaiki tangga. Pintu itu jauh daripada pintu-pintu lain yang terletak di koridor belah kiri. Pintu separa berat dibuka Aryan. Tahulah aku bahawa ini merupakan bilik tidur utama.

"Our room," our. Atau dalam bahasa melayunya membawa maksud 'kita'.

Tidak tipu, bilik ini sungguh luas. Terdapat dua pintu di dalam bilik ini. Salah satunya pasti tandas. Memandangkan aku tidak nampak sebarang almari, aku agak lagi satu pintu merupakan walk-in closet. Warna kelabu dua tona menjadikan ruangan ini tampak lebih mewah. Sebuah bangku terletak di hujung katil. Sofa pula berada di hujung bilik berdekatan pintu gelangsar, turut terdapat meja kopi bersama dua kerusi. Aku memandang MacBook yang ditinggalkan di atas meja tersebut. Tahulah aku bahawa lelaki ini sudah terlebih dahulu tinggal di sini.

"Just a week." Suara Aryan tiba-tiba menyapa pendengaran aku membuatkan aku tiba-tiba blur. Dia cakap apa ini?

"Baru seminggu saya tinggal di sini. Sebab rumah ini baru siap renovate. Tapi, kalau awak tak suka. Saya tak kisah kalau awak nak ubah." Terangnya panjang lebar. Menjawab segala persoalan yang bermain di dalam kepala tadi. Aku kerut dahi. Gila ke aku mahu ubah segala susun atur rumah ini? Bagi aku sudah cukup cantik. Lagipun, buat apa lagi mahu bazirkan duit.

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now