4

584 26 0
                                    

"TAK elok kita persoalkan takdir tuhan." Bahuku sedikit terhinjut apabila terdengar suara tak jauh daripada tempat aku duduki sekarang. Aku menoleh ke arah punca suara itu. Terang-terang lelaki memandangkan suara serak basahnya jelas kedengaran di telinga. Dia duduk sebaris dengan aku. Cuma jaraknya agak jauh. Tetapi suaranya masih jelas menyapa pendengaran aku.

"Awak dengar saya bercakap ke?" Soal aku polos. Lansung tak sangka bahawa dia akan terdengar. Aku fikir suara aku sudah cukup perlahan tadi.

Sesekali aku memerhatikan penampilannya. Tubuhnya mengenakan jaket kulit begitu juga dengan seluar berwarna hitam. Manakala separuh wajah terselindung di sebalik topi. Dalam keadaan ini, wajahnya tak jelas pada pandangan aku memandangkan lampu di tepi pantai ini agak malap.

"Saya kerap korek telinga sangat kut sampai terdengar suara awak walaupun jauh," jawabnya selamba.

"Cis, loyar buruk rupanya." Aku berdecit perlahan. Tak lama kemudian, aku mendengar suara tersebut melepaskan ketawa. Lebih teruk lagi sehingga terbahak-bahak. Terhibur dengan ayat aku tadi. Amboi, kelakar betul kau eh!

"Tak mampu jadi lawyer, saya loyar buruk ajelah!" Balasnya lagi.

Aku geleng kepala. Mengganggu ketenangan betul! Silap haribulan, sekali aku jadi mereng macam mamat tak dikenali ini.

"Okay, okay. Saya diam," lelaki itu berhenti ketawa apabila perasan aku lansung tak menunjukkan minat untuk ketawa bersamanya. Dia ini spesies boleh masuk air dengan semua orang ke apa? Suka hati dia saja gelak sakan dengan orang tak kenal.

"Tadi saya terdengar awak persoalkan takdir. Saya tahu saya bukan siapa-siapa, tapi ini bukan tugas kita untuk persoalkan takdir Allah. Kita hanya hamba, Nabi Muhammad SAW yang merupakan pesuruh Allah pun tak pernah persoalkan takdir kepada Allah, apatah lagi kita. Lansung tak ada hak untuk persoalkan semuanya," terangnya panjang lebar. Manakala aku setia memasang telinga. Aku tunduk kepala. Tersentap.

"Saya cuma rasa... tak adil." Aku bersuara perlahan. Biarpun aku tak kenal lelaki ini, namun aku dapat rasa dia orang baik-baik sahaja.

"Allah tak akan uji seseorang hambaNya melebihi kemampuan masing-masing. Mungkin awak lebih kuat daripada yang awak sangka," terangnya lagi.

"Saya... saya dah buat semua kewajipan. Tapi hairan, hati saya rasa kosong. Kadang-kadang, saya rasa tuhan bencikan saya." Luah aku jujur.

"Allah tak pernah benci hambaNya. Ingat balik ayat awak tadi, awak dah lakukan kewajipan, it's a bare minimum as a muslim. Solat, puasa, sedekah, semuanya basic. Kadang-kadang, kita lupa Allah nak kita meminta dan bergantung kepada Dia. Solat-solat sunat, perkara sunat, literally perkara yang tak semua orang Islam sedar. Sebab itu wujudnya solat tahajud, solat dhuha, solat taubat. Kita mahu memohon ampun atas dosa-dosa kita? Kita lakukan solat taubat, mahu rezeki sentiasa melimpah-ruah? Kita lakukan solat dhuha. Kita sebatas hamba, mesti Allah nak tengok setakat mana usaha kita." Aku tersentap lagi.

Betul katanya. Aku meminta tapi tak seiring dengan usaha. Bagaimana tuhan mahu kabulkan permintaan aku jika ianya tak seiring dengan usaha?

"Untung girlfriend awak, ada lelaki yang faham agama. Boleh bimbing ke jalan yang benar," aku memujinya. Lansung tiada unsur mahu memerli. Cara dia menegur, lansung tak merendahkan aku. Membuatkan aku dapat menerima dengan hati terbuka.

Aku mendengar lelaki itu tergelak kecil sebelum dia menyambung semula.

"Saya tak ada girlfriend, tapi saya ada tunang."

"Awak cintakan tunang awak?" Spontan aku menanyakan hal itu. Biarpun aku dan dia tak pernah kenal sesama sendiri. Mungkin aku boleh dengar daripada perspektif seorang lelaki?

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now