26

3.5K 136 1
                                    

TANGAN menongkat dagu. Pandangan pula masih fokus ke arah Aryan yang sedang sibuk menyiapkan makan malam. Sesekali urat di lengannya timbul apabila terdapat kerja memerlukan sedikit daya. Susuk tubuhnya yang tersarung dengan kemeja dilapisi apron kadangkala diregangkan. Menonjolkan lagi otot belakang tubuh kekar itu. Aku telan liur.

Godaan suami... jauh lebih bahaya daripada pelakon drama korea!

Kepala digeleng. Tangan naik mengetuk kepala sendiri. Mahu buang bayangan tidak semenggah. Kaki pula turun mencecah lantai. Daripada terus membuang masa, ada baiknya aku tolong dia. Rasa janggal apabila melihat Aryan memasak seorang diri.

"Saya nak tolong." Senyap.

"Awak, saya nak tolong." Kali ini, aku mencucuk-cucuk lengan itu. Mahu dia respons. Dalam diam, aku ambil kesempatan. Aryan masih kaku. Ah, mesti dia pura-pura pekak semata tidak mahu aku menolongnya. Aryan meneruskan sesi memotong sayur itu. Aku ketap rahang. Bengang apabila dia seolah menganggap aku tidak wujud.

"Aryan Hameen!" Aku jerit di tepi telinganya. Perbuatan Aryan serta-merta terhenti. Kini dia memfokuskan pandangan ke arahku.

"Duduk, Arya." Jari telunjuknya ditunjuk ke arah kerusi bar tadi semula. Aku geleng kepala. Dia tahu atau tidak yang aku sudah bosan? Apa guna kalau dapur cantik dan besar sebegini kalau aku tidak dapat masak sekali?

"Jangan degil, wifey. Awak baru discharge tadi." Ujarnya lembut. Melarang aku mendekati ruangan memasak. Sebab itulah tubuhnya masih tersarung kemeja. Dia menjemputku pulang dari hospital sebaik sahaja menyelesaikan urusannya.

"Please? Saya tak suka duduk diam-diam sambil tengok aje orang masak." Aku merayu. Sambil buat muka meminta simpati. Aku ulang sekali lagi.

Aku. Merayu.

Aryan melepaskan keluhan. Jarinya mengetuk dagu. Sedang berkira-kira tugas apa yang boleh diberi aku. Manakala aku setia menunggu.

"Fine. Pergi cuci pinggan dan mangkuk. Lepastu, lap dan tolong hidangkan." Aku tersenyum kemenangan. Senang hati apabila dia tidak lagi membantah. Ini Arya lah! Pantang menyerah kalah. Aku bersenandung riang sambil mengatur langkah ke arah kabinet menempatkan pinggan dan mangkuk. Tidak sampai lima minit, aku mendengus apabila mangkuk itu jauh dibelakang.

Aku jeling Aryan yang sedang buat-buat tidak nampak. Entah-entah dia sengaja bagi aku kerja ini sebab tahu kedudukan mangkuk itu jauh dibelakang. Tahu aku tidak akan sampai.

Aku gigit bibir sambil menjengketkan kedua kaki. Buktikan pada dia kau boleh buat, Arya! Kuat suara hati memberi semangat. Hujung jari hampir mencapai mangkuk itu. Sikit lagi!

Tubuh aku mengeras apabila nafas terasa dileher. Tidak perlu berteka-teki aku sudah dapat mengagak siapa. Aryan sedang berada dibelakangku. Rapat. Sehingga haba dari tubuhnya kian terasa. Baru sahaja aku mahu toleh kepala, wajahnya sudah berada dekat denganku. Terhenti niat awal dimana aku mahu memarahi Aryan. Sepasang mata amber itu bersatu pandangan dengan milikku.

"Arya," panggilnya perlahan. Wajahnya masih tidak dijauhkan lagi.

"Y-ya?" Sekejap. Kenapa aku gagap? Kenapa aku tergagap di hadapan Aryan?!

"Saya nak..." Aku pejam mata. Jantung terasa mahu berhenti berdegup.

"Bagitahu yang awak pendek." Hidungku dicuit. Aryan mengundurkan diri setapak. Aku buka mata semula apabila terdengar Aryan tidak henti melepaskan ketawa. Kulit wajah terasa berbahang. Terus aku menolak tubuhnya kebelakang lalu berjalan laju meninggalkan ruang dapur.

"Jangan lari," pesannya sebelum menyambung lagi,

"takut awak terjatuh cinta sekali lagi dengan saya." Serentak dia menghamburkan tawa sekali lagi.  Aku genggam penumbuk. Galak betul dia pedajal orang!

[C] Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now