Puan Sri mia melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. Dia lihat suaminya sedang bersiap siap hendak keluar. Dia hanya berdiri memerhatikan suaminya.
"Abang nak pergi ke mana malam ni?"
"Abang nak keluar sekejap..."
"Keluar ke mana?"
"Kawan abang ajak abang keluar makan di restorannya... ada perkara penting yang ingin kami bincangkan..."
"Boleh saya tanya abang satu soalan tak?"
"Tanyalah..."
"Kenapa abang selalu keluar pada waktu malam?... abang jarang sekali menghabiskan masa dengan saya... abang dah ada perempuan lain ke?"
"Kenapa awak cakap macam tu pula?... abang keluar cuma nak berbincang dengan kawan abang tentang business lorh..."
"Jangan bohong... saya tak suka abang berbohong pada saya..."
"Abang tak bohong... abang cakap betul ni..."
"Yelah tu... macamlah saya percaya sangat dengan perkataan abang tu..."
"Awak percaya ke, tak percaya ke itu terpulang pada diri awak... abang dah malas nak bertekak dengan awak..."Tan sri rizal melangkah pergi dari situ tapi langkah kakinya terhenti bila tangan kirinya di pegang erat oleh isterinya.
"Kenapa abang banyak berubah?... abang tak seperti dulu lagi...", soal puan sri mia ingin tahu. Tan sri rizal memandang wajah isterinya.
"Kalau abang terangkannya pada awak pun awak takkan faham...", balas tan sri rizal sambil beredar dari situ. Tinggallah puan sri mia seorang diri di situ.*** *** ***
Fariz duduk di atas kerusi sambil melihat buku akaunnya. Jumlah wang di dalam buku akaunnya kini menjangkau RM1000 saja. Mana lagi dia nak cekau wang selebihnya untuk emaknya yang sakit buah pinggang di kampung tu?... emaknya perlukan wang sekurang kurangnya RM2000 dalam sebulan untuk biaya mencuci buah pinggangnya yang telah rosak. Setiap minggu emaknya akan pergi ke hospital besar pekan baru yang terletak tidak jauh dari kampungnya untuk menjalani rawatan tersebut. Dalam seminggu saja sudah beratus ringgit habis di gunakan untuk membiayai kos hemodialisis buah pinggang emaknya itu. Dalam diam fariz sedar bebannya semakin hari semakin berat. Maklumlah dia anak sulung dalam keluarganya. Jadi dia pun terpaksa memikul beban menanggung segala perbelanjaan keluarganya di kampung. Sejak ayahnya meninggal dunia, tiada siapa lagi yang boleh di harapkan untuk menyara hidup mereka sekeluarga. Adiknya yang 2 orang lagi masih bersekolah. Semuanya perlukan wang setiap hari.
Mahu tidak mahu fariz pun terpaksa membatalkan hasratnya untuk melanjutkan pelajarannya di universiti Komsas. Dia terpaksa mencari pekerjaan di bandar mega. Sebaik saja dia berada di bandar mega, dia pun mula mencari pekerjaan untuk dirinya tapi malang sekali gajinya masih juga tidak cukup untuk menampung segala keperluan hidup mereka sekeluarga. Ini termasuklah sewa biliknya dan juga belanja hariannya. dulu dia berfikir jikalau dia pergi bekerja di bandar sudah tentu dia akan dapat pekerjaan yang baik dengan gaji yang lumayan tapi fikirannya itu meleset sama sekali. Begitu sukar untuknya mencari pekerjaan di bandar metropolitan itu. Tidak seperti kawan serumahnya, johan... dia selalu saja ada wang walaupun dia tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Nak di katakan si johan tu anak orang kaya tak juga. Dia pun anak orang miskin yang berasal dari kampung sama seperti dirinya. Cuma bezanya dia sudah 2 tahun menetap di bandar metropolitan ini.
Dalam diam timbul pula tanda tanya di lubuk hatinya. Dari mana johan mendapat sumber kewangan sedangkan selama ini dia tidak ada pekerjaan tetap. Pada suatu malam, fariz pun memberanikan diri bertanyakan soalan pada rakannya itu.
"Jo... boleh saya tanya awak satu soalan tak?"
"Tanyalah, apa dia?"
"Dari mana awak dapat wang yang banyak setiap hari sedangkan awak tak ada pekerjaan tetap pun..."Johan tersenyum sambil memakan nasi ayam di dalam bekas tapau yang di belinya sebentar tadi. Mereka makan bersama sama di ruang dapur yang sepi itu. "Kalau saya bagitahu awak, harap awak jangan terkejut, ya...", johan bersuara perlahan lahan. "Ok...", balas fariz sepatah. "Sebenarnya saya bekerja sebagai seorang gigolo...", jawap johan separuh berbisik. "Gigolo tu apa?", soal fariz ingin tahu. Johan ketawa sebaik saja dia mendengar soalan rakannya itu. "Gigolo tu sama seperti pelacur. Tapi ianya pelacur lelaki yang suka melayani nafsu seks perempuan...", jawap johan dengan wajah yang selamba. "Jadi awak bekerja sebagai pelayan nafsu seks perempuan?...", soal fariz sedikit terkejut. "Yep...", balas johan sepatah.
YOU ARE READING
CINTA TERLARANG (18)
Romance#5 in romance (28/08/16) Sinopsis: seorang isteri merasa di abaikan oleh suaminya sendiri. manakala seorang pemuda terpaksa menjadi gigolo kerana kesempitan wang. mereka di kurung oleh seseorang di dalam sebuah bilik. dari situlah kisah ini bermula...