CINTA TERLARANG 64

8.9K 59 0
                                    

BAB 15

Pagi yang indah. Perlahan lahan Puan sri mia membuka matanya. Kelihatan fariz masih tertidur lena di sebelahnya. Dia teringatkan bagaimana indahnya saat saat mereka berasmara dana malam kelmarin. Ianya begitu mengasyikkan. Dia tidak menyangka fariz seorang pemuda yang gagah di atas ranjang. Ini membuatkan dia semakin sayang pada pemuda itu. Perlahan lahan dia menyingkap rambut depan fariz yang menutupi sebahagian wajah tampannya. Dia mengusap perlahan rambut pemuda itu dengan tangannya. Tiba tiba saja dia merasa sebak sekali bila dia teringatkan yang detik indah itu akan berakhir tidak lama lagi sebab dia tahu dia tidak akan lama hidup di muka bumi ini. "Riz... kau tidak tahu yang aku sekarang sedang berjuang melawan penyakit ku sendiri... aku cuba bertahan demi kau sayang... namun aku tahu di suatu hari nanti aku tidak akan mampu bertahan lagi. Mungkin pada hari itu kau akan kehilanganku...", bisik hati kecil puan sri mia dengan sedih. Airmata mula mengalir membasahi pipinya. "Riz, kau tidak tahu betapa sedihnya hati ini apabila aku mendapat tahu yang aku tidak akan lama hidup di muka bumi ini... aku sebenarnya ingin hidup bersama kau tapi aku tidak dapat, riz... aku mungkin tidak dapat hidup selamanya dengan kau... life is too short. Bila tiba masanya kelak aku akan pergi meninggalkan kau...", bisik hati kecil puan sri mia dengan sedih. Dia menangis sambil membelai rambut pemuda itu secara perlahan lahan.

Perlahan lahan dia mengesat air mata yang mengalir di pipinya. "Mia, kenapa awak menangis ni?", soal suatu suara. Puan sri mia terkejut sebaik saja dia melihat fariz terjaga dari tidurnya. Pemuda tersebut memandang wajahnya dengan pandangan mata yang kehairanan. "Oh... nothing...", puan sri mia cuba menyembunyikan kesedihan di lubuk hatinya dengan tersenyum. Biar pun dia tahu senyuman itu terlalu hambar sekali. "Mia, takkanlah awak menangis tanpa sebab... tentu ada sebab kenapa awak menangis ni...", soal fariz merenung wajahnya. Mereka berbaring di atas katil sambil berbalas renungan. "Maaflah... mata saya terkena habuk tadi. Tu yang membuatkan mata saya berair...", dalih puan sri mia pula. Matanya di tenyeh tenyehnya seketika. "Bohong... saya tahu apa yang menyebabkan awak sedih di awal pagi ni...", balas fariz dengan pantas. "Apa dia?", soal puan sri mia.

"Awak sedih memikirkan family awak, kan?", soal fariz cuba meneka isi hati wanita tersebut. "Taklah... memang mata saya terkena habuk tadi...", dalih puan sri mia dengan pantas. "Mana dia?... biar saya tiup mata awak tu supaya habuk tu keluar...", fariz mendekatkan wajahnya ke wajah wanita tersebut. Dia memerhatikan mata kiri puan sri mia lalu di pegangnya tepi mata wanita itu dengan tangannya. Cepat cepat dia meniup ke dalam anak mata wanita tersebut. Selepas itu dia meniup ke dalam anak mata kanan puan sri mia pula. "Dah okay tak?", soal fariz ingin tahu. "Ya... its okay now...", balas puan sri mia sambil cuba tersenyum. "By the way, good morning my sweetheart... i love you...", bisik fariz lalu memeluk wanita tersebut. Dia mengucup pipi dan bibir wanita itu secara bertalu talu. Puan sri mia hanya ketawa kecil di dalam pelukannya. Ketika mereka sedang bermesraan di atas katil tiba tiba saja puan sri mia merasa sakit kepala pula. Dia memegang kepalanya sambil merintih kesakitan.

Fariz merasa sedikit cemas apabila dia melihat puan sri mia merintih kesakitan. "Kenapa ni?... kenapa dengan kepala awak?", soal fariz ingin tahu. "Kepala saya terasa sa... sakit, riz...", puan sri mia bersuara dalam kepayahan. Dia berbaring sambil memegang kepalanya. Dia menyeringai kesakitan. "Kalau macam ni biar saya hantarkan awak ke klinik...", kata fariz. "Tak payahlah, riz... sa... saya ada bawa ubat sendiri... awak pergi ambil ubat pain killer tu dalam beg tangan saya...", balas puan sri mia dalam kesakitan. Cepat cepat fariz melompat turun dari atas katil. Dia berlari menuju ke arah beg tangan puan sri mia yang terletak tidak jauh dari situ. Dengan sepantas kilat dia mengeluarkan botol kecil yang berisi pill itu. Dia berlari menuju ke arah puan sri mia. 2 biji pil ubat di dalam botol di keluarkannya. Kemudian dia mengambil sebotol kecil air mineral lalu di serahkannya pada wanita tersebut.

CINTA TERLARANG (18)Where stories live. Discover now