Malam itu seperti yang di janjikan fariz keluar dengan shasha ke restoran McDonald's. Di sana mereka makan sambil berbual bual. Shashalah orang yang paling banyak bercakap di antara mereka berdua. Fariz hanya bercakap apabila dia di tanya saja. Kalau tidak di tanya dia akan berdiam diri. Tubuhnya saja berada di situ tapi fikirannya menerawang jauh. Dia teringatkan perkataan yang di ucapkan oleh puan sri mia padanya. "... kalau awak tidak ikut saya ke kota landon mungkin awak tak akan dapat berjumpa dengan saya selepas ini...", dia mula berfikir, apakah maksud di sebalik perkataannya tu?... apakah dia mempunyai rancangan lain di sebalik semua nya ni?... teringin juga dia nak tanya perkara tersebut pada puan sri mia tapi dia tidak berkesempatan berbuat demikian kerana dia terlalu sibuk sejak kebelakangan ini. Begitu juga dengan puan sri mia. Jadi amat sukar untuk dia mengajak wanita itu berbicara secara bersemuka dengannya.
"Riz... awak dengar tak apa yang saya cakapkan ni?", soal shasha di sebelahnya. "Oh... er... apa yang awak cakap tadi?... saya tak dengarlah...", fariz bersuara sebaik saja dia tersedar dari lamunannya. "Apa yang awak lamunkan tu sehinggakan awak tak dengar apa yang saya cakapkan ni?", soal shasha sedikit marah. "Maaflah... saya tak sengaja...", balas fariz perlahan lahan. "Fariz... kenapa awak selalu mengelamun bila saya bercakap dengan awak?... kenapa awak langsung tak beri perhatian awak pada saya?", soal shasha mula merasa bengang. "Kenapa awak marah marah ni?... Saya dah minta maaf pada awak tadi kan?...", giliran fariz pula bersuara. Shasha terus terdiam di tempat duduknya. Mereka kembali makan bersama sama tapi kali ini shasha hanya diam membisu. Mungkin dia merasa marah kerana fariz tidak mendengar perkataannya sebentar tadi. Setelah makan mereka melangkah keluar meninggalkan restoran tersebut.
Shasha menghantarkan fariz pulang ke apartmentnya. "Maafkan saya kerana saya selalu marah pada awak... saya memang macam ni...", ucap shasha setelah mereka sampai di hadapan bangunan apartment yang tersergam indah itu. "Its okay... saya cuma tak suka awak marah pada saya di depan khalayak orang ramai. Itu saja...", balas fariz perlahan lahan. Shasha terdiam di tempat duduknya. Fariz melangkah keluar dari dalam kereta tersebut. "Riz... boleh tak saya ikut awak balik ke apartment awak tu?", soal shasha perlahan lahan. "Kalau awak nak ikut saya, marilah...", pelawa fariz. Shasha terus melangkah keluar dari dalam keretanya. Mereka mula mengorak langkah meninggalkan parking lot yang sunyi sepi itu.
Tidak lama kemudian mereka pun sampai di hadapan apartment milik fariz. Perlahan lahan fariz membuka pintu apartment itu. Kemudian mereka melangkah masuk ke dalam apartment tersebut. "Awak duduklah dulu. Biar saya ambilkan air untuk awak...", fariz bersuara sambil melangkah ke ruang dapur. Shasha duduk di atas kerusi sofa yang ada di situ. Dia lihat apartment tersebut begitu kemas dan bersih sekali. Dia tidak menyangka yang fariz seorang lelaki yang mementingkan kebersihan dan rajin berkemas. "Nah... ini air untuk awak...", fariz menyerahkan segelas air oren pada gadis tersebut. Shasha mengambil gelas berisi air oren itu. Fariz duduk di sebelah gadis tersebut. Perlahan lahan Shasha minum air oren di dalam gelasnya. "Sha... betul ke awak cintakan saya?", soal fariz setelah dia lama berdiam diri. "Ya... saya cintakan awak... kenapa awak tanya soalan macam tu?", shasha mengalihkan pandangannya ke arah pemuda tersebut.
"Saya cuma nak pastikan perasaan sebenar awak terhadap saya... kadangkala ada manusia yang tidak dapat membezakan antara perasaan suka dengan perasaan cinta. perasaan suka pun di salah ertikan dengan perasaan cinta... contohnya awak sukakan seseorang tu tapi perasaan suka tu di salah ertikan dengan perasaan cinta. So, ada kesilapan sedikit kat situ...", fariz cuba menerangkan pendapatnya. "Jadi awak fikir saya tak dapat membezakan perasaan suka dengan perasaan cinta, begitu?", soal shasha. "Ya... begitulah", balas fariz. "Sebenarnya saya tahu bagaimana nak membezakan perasaan suka dengan perasaan cinta. Bukan saja saya sukakan awak. Malah saya sangat sayang dan cintakan awak... if I say I love you, thats mean I really love you... jika awak tidak percaya dengan perkataan saya ni biar saya buktikannya pada awak yang saya benar benar cintakan awak...", tanpa di duga oleh fariz, shasha terus saja mengucup bibirnya. Terkejut betul fariz di buatnya. Tak sempat pula dia mengelak. Dia bertambah terkejut sebaik saja dia melihat gadis itu mengucup bibirnya sambil membuka butang baju blouse putih yang di pakainya. Kelihatan buah dada shasha yang cantik menggunung terdedah di depan matanya. "Gila!... dia sengaja nak menggoda aku ke?... ini tak boleh jadi ni...", bisik hati kecil fariz tak keruan. Cepat cepat dia menolak tubuh shasha. Dia bangun lalu berdiri membelakangi gadis itu.
YOU ARE READING
CINTA TERLARANG (18)
Romance#5 in romance (28/08/16) Sinopsis: seorang isteri merasa di abaikan oleh suaminya sendiri. manakala seorang pemuda terpaksa menjadi gigolo kerana kesempitan wang. mereka di kurung oleh seseorang di dalam sebuah bilik. dari situlah kisah ini bermula...