Fariz berbaring di atas katilnya sambil berfikir panjang. Soalan puan sri Mia sebentar tadi masih terngiang ngiang di cuping telinganya. "Riz... saya nak tanya awak satu soalan... kalau di suatu hari nanti ada seorang wanita yang jauh lebih tua dari awak jatuh cinta pada awak apakah awak akan menerima cintanya?", soalan itu terus bergema di cuping telinganya. Dia tidak tahu apakah tujuan puan sri Mia bertanyakan soalan seperti itu padanya. Apakah wanita tersebut mula jatuh cinta padanya atau itu hanya soalan cepumas yang sengaja di lontarkan hanya untuk buang masa saja?... entahlah.... ekoran daripada persoalan yang timbul di mindanya dia tidak dapat melelapkan matanya...
*** *** ***
Pagi ahad yang indah. Fariz tersedar dari tidurnya sebaik saja bahunya di goncang orang. "Riz... bangun sayang... dah pagi dah ni...", kedengaran suatu suara bergema di cuping telinganya. Dia membuka matanya. Kelihatan emaknya sedang berdiri sambil tersenyum padanya. "Selamat pagi mak...", fariz bersuara sambil tersenyum. "Selamat pagi... sebelum mak terlupa mak nak ucapkan selamat harijadi, riz... semoga awak panjang umur dan murah rezeki hendaknya... oh... ini hadiah untuk awak...", ucap mak tijah sambil menyerahkan sekotak hadiah kecil pada anaknya itu. Apabila fariz mendengar perkataan emaknya barulah dia sedar yang hari tersebut merupakan harijadinya. Perlahan lahan dia mengambil kotak kecil yang berbalut kertas cantik tersebut. Dia pun terus membuka kotak hadiah itu. Kelihatan seutas jam tangan jenama swatch berada di dalam kotak tersebut. Fariz segera mengambil jam tangan itu.
"Oh... Terima kasihlah mak sebab mak masih ingat harijadi saya...", fariz bersuara dengan riangnya. "Maaflah... itu hanya jam tangan murah mak beli kat pasar malam chow ket. mak tak ada wang yang banyak untuk belikan hadiah mahal buat awak. Hanya ini saja yang termampu mak belikan... apa apa pun mak doakan semoga segala impian awak akan tercapai...", kata mak tijah sambil duduk di atas birai katil anak lelakinya itu. "Tak apalah mak. Ini pun dah cukup baik untuk riz... terima kasih mak...", fariz bersuara sambil tersenyum. "Riz... mak nak cakap sesuatu dengan awak...", kata mak tijah sebaik saja fariz bangun dari tidurnya. "Ada apa mak?", soal fariz ingin tahu. "Riz... sebenarnya mak nak balik kampung... mak nak tengok keadaan adik adik awak kat kampung tu...", kata mak tijah sambil duduk di hujung birai katil anak lelakinya itu. "Mak, tak payahlah mak balik kampung tu... biar saya seorang saja yang balik ke kampung untuk menjenguk mereka di sana...", kata fariz perlahan lahan.
"Tapi mak rindukan adik adik awak... mak nak berjumpa dengan mereka...", kata mak tijah perlahan lahan. "Mak... saya fikir saya akan bawa adik adik jumpa dengan mak bila tiba masa cuti panjang kelak... mak bersabar dulu, ya... tunggu musim cuti panjang tiba barulah saya bawa adik adik berjumpa dengan mak kat sini...", kata fariz sambil memegang kedua belah bahu emaknya. Matanya menatap wajah emaknya. Perlahan lahan mak tijah menganggukkan kepalanya. Fariz tersenyum lembut. dia mencium dahi emaknya. "Sayang mak...", ucapnya dengan penuh manja. Kemudian dia memeluk emaknya. "Dahlah tu... cepat pergi mandi sana...", mak tijah bersuara sambil meleraikan pelukan manja anak lelakinya itu. Fariz tersenyum lalu bangun dari atas katilnya. Dia berjalan menuju ke bilik mandi yang terletak tidak jauh dari situ.
Ketika dia sedang mandi tiba tiba handphonenya berbunyi nyaring. Dengan sepantas kilat dia melilitkan tuala di pinggangnya kemudian dia berjalan keluar dari dalam bilik mandi tersebut. Dia mengangkat handphonenya. Rupa rupanya ianya panggilan videocall dari rakannya johan. Dia pun segera menyambut panggilan videocall tersebut. "Hello...", sapa fariz. "Happy birthday to you... happy birthday to you... happy birthday to you fariz yang semakin tua... happy birthday to you... hahahaha...", johan mengakhiri nyanyiannya dengan hilai tawa yang panjang. "Wei... mentang mentanglah umur saya dah meningkat setahun, awak cakap saya dah tua, eh... cekik cekik leher awak tu nanti tau...", fariz pura pura marah. "Alolorh... birthday boy ni... marah marah pula... hahaha... jangan marah... nanti cepat tua... tinggal gigi dua... macam nenek tua... hahaha...", johan ketawa lagi. Fariz menarik muka masamnya.
YOU ARE READING
CINTA TERLARANG (18)
Romance#5 in romance (28/08/16) Sinopsis: seorang isteri merasa di abaikan oleh suaminya sendiri. manakala seorang pemuda terpaksa menjadi gigolo kerana kesempitan wang. mereka di kurung oleh seseorang di dalam sebuah bilik. dari situlah kisah ini bermula...