CINTA TERLARANG 20

17.5K 89 4
                                    

BAB 6

Pagi yang indah. Awal pagi lagi fariz sudah bersedia untuk pergi ke pulau bati. Setelah mandi, berpakaian kemas dan bersarapan pagi dia pun keluar dari apartmentnya dengan membawa beg pakaiannya. Menurut kata puan sri mia dia akan datang menjemputnya tepat pada pukul 7 pagi. Sebelum pukul 7 pagi dia sudah tercatuk di luar bangunan yang menempatkan 100 unit buah apartment itu. Tidak lama kemudian sebuah kereta BMW berhenti betul betul di depannya. Dia lihat pemandu puan sri mia melambaikan tangan ke arahnya seperti mengarahkan dia masuk ke dalam kereta tersebut. Dia pun membuka pintu kereta itu. Kelihatan puan sri mia duduk di kerusi belakang. Dan anaknya shasha pula duduk di kerusi hadapan dengan si pemandu kereta.

Wajahnya tampak masam mencuka. Mungkin dia tak berapa suka dengan kehadiran fariz di situ tapi fariz buat tak tahu saja. Dia terus masuk ke dalam kereta itu tanpa mempedulikan jelingan marah shasha. "Selamat pagi ariz...", sapa puan sri mia dengan lembut. "Selamat pagi...", balas fariz dengan lembut juga. "Awak dah lama menunggu ke?", soal puan sri mia ingin tahu. "Tak juga...", balas fariz. Kemudian mereka mula berbual dan berbual. Di sepanjang perjalanan menuju ke airport wonderfly, shasha asyik berdiam dirinya. Sedikit pun dia tidak mahu bersuara biar pun mummynya sedang bercakap dengannya. Mungkin dia terlalu marah sebab mummynya mengajak fariz naik 1 kereta dengan mereka. Entahlah tapi fariz langsung tak nak ambil tahu. Dia lebih suka berbual dengan puan sri mia tanpa mempedulikan shasha.

Sebaik saja mereka sampai di airport wonderfly mereka segera membawa keluar semua beg pakaian mereka masuk ke ruang dalam airport tersebut. Kelihatan beberapa orang model yang lain datang menghampiri mereka. Masing masing berwajah riang. Mungkin mereka merasa teruja hendak pergi ke pulau bati. Beberapa minit kemudian kedengaran pengumuman kapal terbang boeing 2000 akan berlepas tidak lama lagi. Setiap penumpang di kehendaki masuk ke dalam kapalterbang. Tanpa berlengah lagi mereka pun masuk ke dalam kapalterbang tersebut. Puan sri mia duduk di sebelah kanan fariz. manakala shasha pula duduk di sebelah kiri fariz.

Fariz pula terpaksa duduk di tengah tengah dua orang perempuan itu. Di sepanjang penerbangan menuju ke pulau bati, puan sri mia dan juga fariz asyik berbual saja. Macam macam topik yang mereka bualkan. Shasha pura pura tidur di tempat duduknya. Namun dalam pada itu sempat juga dia mencuri dengar perbualan di antara fariz dan mummynya. Dalam diam dia berfikir panjang tentang fariz dan mummynya. Mereka kelihatan begitu mesra sekali apabila bertemu. Di mana saja mummynya berada pasti fariz akan berada di sampingnya. Buktinya dia selalu melihat mereka bertemu dan berbual tak kira tempat dan masa. Asal saja bertemu pasti mereka akan berbual dan terus berbual. Kadang kala mereka ketawa bersama sama sekiranya mereka berbual perkara yang melucukan.

Shasha perhatikan yang mummynya begitu senang sekali apabila berbual dengan fariz tapi mummynya jarang sekali berbual dengan daddynya di rumah. Paling paling pun mereka akan berbual sekejap aje lepas tu mereka akan diam seperti patung cendana. Pendek kata mummy dan daddynya jarang sekali berkomunikasi di antara satu dengan yang lain. shasha dapat rasakan yang hubungan di antara kedua orang tuanya agak goyah dari sehari ke sehari. Jikalau mereka berbual terlalu lama sudah tentu mereka akan bertengkar kerana tidak sependapat. Untuk mengelakkan pertengkaran terjadi mereka pun terpaksa berdiam diri macam patung cendana. Yang peliknya mummynya begitu serasi apabila berbual dengan fariz. Mereka boleh berbual tentang pelbagai topik tanpa bertengkar. Ini membuatkan shasha merasa hairan sekali. namun di pendamkannya saja rasa hairan itu di lubuk hatinya. Dia menunggu saat yang sesuai untuk bertanya pada mummynya apa yang sebenarnya berlaku di antara mummynya dengan fariz.

"Er... fariz, saya pergi ke tandas dulu ya...", kata puan sri mia sambil membukakan seat belt di pinggangnya. "Baiklah...", balas fariz sepatah. Perlahan lahan puan sri mia melangkah pergi dari situ. Ketika wanita itu pergi, fariz mengalihkan pandangannya ke arah shasha. Dia lihat shasha sedang tidur. Dia memerhatikan gadis tersebut. Dari kepala sehinggalah ke hujung kaki. Memang shasha seorang gadis yang cantik tapi malangnya dia seorang gadis yang biadap dan sombong. Bagi fariz tak ada gunanya gadis yang cantik secara fizikal tapi hati dan sikapnya begitu teruk sekali. Ketika fariz memerhatikan gadis itu matanya terhenti pada buah dada shasha yang cantik menggunung. Dia tidak tahu kenapa matanya asyik tertancap kat situ saja, tiba tiba... "Kenapa awak pandang buah dada saya macam tu sekali, hah?", soal suatu suara.

Fariz terkejut sebaik saja dia mendengar suara tersebut. Dia segera mengalihkan pandangannya ke arah datangnya suara itu. Kelihatan shasha sedang memandang wajahnya dengan pandangan mata yang marah sekali. Dia tidak tahu macamana pula gadis itu terjaga dari tidurnya. Setahunya shasha sedang tidur nyenyak sebentar tadi. "Eh... bila masa pula saya pandang buah dada awak tu?... saya tak pandang buah dada awak tu lorh... saya cuma pandang gadis yang duduk kat kerusi sebelah sana tu...", dalih fariz. Dia pura pura mengalihkan pandangannya ke arah gadis yang di maksudkannya. Shasha menggetapkan bibirnya. "Bohong!.. mata awak memandang ke arah buah dada saya tadi... kenapa awak pandang buah dada saya macam tu sekali, hah?!", soal shasha dengan marah. Dia segera menutup buah dadanya yang terdedah dengan buku majalah di tangannya.

"Eh... jangan perasanlah... saya langsung tak ada hati nak pandang buah dada awak tu, okay... saya cuma pandang wajah gadis yang duduk kat kerusi sebelah sana tu...", dalih fariz. Shasha menggeleng gelengkan kepalanya. "Saya tak percaya... awak berbohong lagi kan?", soal shasha. "Saya tak bohong...", balas fariz. "Bohong!... bohong!... bohong!...", shasha bersuara sambil memukul fariz dengan buku majalah di tangannya. Fariz menangkis serangan gadis tersebut dengan tangannya. Tiba-tiba , "ada apa ni?... shasha, kenapa pukul fariz macam tu sekali, hah?", soal suatu suara. Shasha segera mengalihkan pandangannya. Begitu juga dengan fariz. Kelihatan puan sri mia berdiri di depan mereka. "Mummy, fariz ni asyik pandang ke arah saya saja... siap curi pandang ke arah buah dada saya lagi tu...", kata shasha sedikit marah.

"Eh... bila masa pula saya pandang ke arah awak?... saya tak pandang buah dada awak tu... perasan betullah awak ni...", marah fariz pula. "Eh... Saya nampak awak pandang ke arah saya tadi... tak nak mengaku pula...", marah shasha. "Eh... saya tak pandang awak... awak jangan tuduh saya sembarangan lorh...", kata fariz separuh geram. "just shut up... okay... just shut up... kenapa korang berdua ni?... korang tak rasa malu ke bergaduh depan khalayak orang ramai ni?...", soal puan sri mia separuh geram. Shasha pun terdiam. begitu juga dengan fariz. Masing masing tunduk memandang lantai. "Memandangkan korang tak sebulu biar saya pula yang duduk di tengah tengah korang berdua. Fariz awak duduk kat sebelah sana...", perintah puan sri mia. Tanpa membantah fariz pun bangun lalu duduk di kerusi sebelah. Kali ini puan sri mia pula duduk di tengah tengah mereka berdua. Mereka pun diam selepas itu.

Tidak lama kemudian mereka pun tiba di lapangan terbang pulau bati. Mereka bertiga mula melangkah keluar dari dalam kapalterbang tersebut. Dengan di iringi oleh para model yang lain. Masing masing membawa beg yang sarat dengan pakaian. Mereka berjalan masuk ke dalam ruang airport yang sibuk itu. Dari airport mereka menaiki sebuah van yang di sewa khas untuk membawa mereka ke resort pavilla, pulau bati. Sebaik saja mereka sampai di resort tersebut mereka mula masuk ke dalam sebuah bangunan yang terletak tidak jauh dari situ. Setelah mendaftarkan nama masing masing di buku tetamu mereka pun di tempatkan di chalet yang di sediakan. Fariz di tempatkan di sebuah chalet yang terletak tidak jauh dari chalet di mana puan sri mia dan anak gadisnya shasha di tempatkan. Sebaik saja fariz menjejakkan kaki di dalam chaletnya dia pun terus berbaring di atas kerusi sofa yang ada di situ. Fikirnya dia hendak tidur sekejap tapi tiba tiba saja pintu chaletnya di ketuk orang dari luar. Dengan malas fariz bangun lalu membuka pintu chalet tersebut.

Kelihatan shasha berdiri di ambang pintu chalet itu dengan wajah yang masam mencuka. "Oh... great!.... here's come another hurricane...", gerutu hati kecil fariz separuh geram. "What do you want?", soal fariz dengan wajah yang masam mencuka. "Ini beg kecil awak... tertinggal dalam van tadi... kalau ikutkan hati saya yang tengah marah ni saya takkan ambik beg ni dan serahkannya pada awak tapi saya akan buangkannya ke dalam tong sampah... apa boleh buat mummy saya suruh saya serahkan beg ni pada awak tadi... kalau tidak di tong sampahlah jawapnya...", kata shasha dengan mimik wajah yang menjengkelkan. Dia melemparkan beg kecil milik pemuda tersebut di atas lantai. "Whatever jerk...", Fariz bersuara sambil tunduk mengambil begnya. "What?... you call me a jerk?!... you bastard moron... you...", belum pun sempat shasha menghabiskan perkataan maki hamunnya tiba tiba saja fariz menutup pintu chalet tersebut dengan sekuat hatinya. "Baakk!...", kedengaran pintu chalet itu di tutupnya. Terkejut betul shasha di buatnya. "Ugggghhhh!..." , shasha mendengus dengan marah sekali. Cepat cepat dia melangkah pergi dari situ...

CINTA TERLARANG (18)Where stories live. Discover now