BAB 8
dalam diam fariz merasa gembira apabila dia melihat johan ketawa di depan matanya tapi dia tak berapa suka dengan perkataan rakannya itu. "janganlah sakat saya macam tu sekali... she's my boss, okay... lagi pun dia sudah bersuami. takkanlah saya bercinta dengannya pula...", kata fariz. "cakap aje tu dalam hati lain lain... hehehe...", balas johan dalam hilai tawanya. fariz terdiam selepas itu. dia berfikir tentang apa yang di ucapkan oleh rakannya itu. bila sebut tentang cinta dia mula merasa tidak selesa. sebenarnya dia pernah di kecewakan oleh kekasihnya ketika dia bercinta dengan kekasih pertamanya. ketika itu dia berumur 19 tahun. manakala kekasihnya pula berumur 18 tahun. kekasihnya nabila terpaksa meninggalkannya kerana dia di paksa menikah dengan lelaki pilihan keluarganya. rasanya luka lama di tinggalkan kekasih masih berbekas di sudut hatinya sebab itulah dia tidak mahu memikirkan tentang cinta lagi. ketika dia sedang berdiri di situ tiba tiba saja handphonenya berbunyi 3 kali beep. itu tandanya ada mesej baru masuk ke dalam handphonenya. dia pun segera membuka dan membaca mesej tersebut.
'riz... i need to go home right now... talk to you later...', begitu bunyi mesejnya. fariz segera menaip perkataan 'okay' lalu di tekannya perkataan send yang ada di situ. "siapa yang send mesej tu pada awak ar?... itu pasti boss awak, kan?", teka johan sambil tersenyum nakal. "taklah... ianya cuma mesej dari adik saya di kampung...", bohong fariz. padahal mesej tersebut datangnya dari puan sri mia. dia terpaksa berbohong sebab dia tak mahu johan menyakatnya lagi. "riz... betul ke awak akan berjumpa dengan sarah selepas ni?", soal johan sebaik saja dia berhenti ketawa. "ya... kenapa?", soal fariz. "saya cuma nak tahu... kalau betul awak nak berjumpa dengannya, katakan saja padanya yang saya sanggup berhenti dari bekerja sebagai seorang lelaki gigolo jika itu yang dia mahukan... saya akan berubah demi cinta saya padanya, riz...", kata johan dengan pantas. "good for you... saya gembira mendengar perkataan awak tu... i hope you will change for good...", kata fariz sambil tersenyum lebar. johan membalas senyuman rakannya itu.
Setelah melawat rakannya johan di hospital, fariz segera meninggalkan kawasan hospital tersebut. dia menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di hadapan bus stop yang berhampiran dengan hospital besar itu. dia menyuruh driver teksi tersebut membawanya ke butik 'new style' yang terletak tidak jauh dari pusat bandar mega itu. Ketika dia sampai depan butik tersebut dia lihat sarah sedang sibuk melayan pelanggan yang datang ke butik itu. Fariz terpaksa menunggu sehingga gadis tersebut tidak sibuk lagi. Perlahan lahan dia menghampiri gadis itu. "Hai.. sarah...", fariz menyapa gadis tersebut. Perlahan lahan sarah mendongakkan wajahnya. Kelihatan fariz sedang berdiri di depannya sambil tersenyum lebar. Dia tahu pemuda itu ialah kawan bekas kekasihnya johan.
Mereka pernah berkenalan ketika dia dan johan keluar bersama sama di sebuah kelab malam beberapa bulan yang lalu. "Oh... hai fariz...", sapa sarah sambil tersenyum. "Lama tak jumpa awak... awak sibuk ke?", soal fariz ingin tahu. "Tak juga...", balas sarah. "Sebenarnya saya nak ajak awak keluar minum kat restoran big apple sana tu... itu pun jika awak sudilah... sebenarnya ada perkara penting yang ingin saya bincangkan dengan awak...", kata fariz. "Oh... sekejap lagi saya akan keluar dengan awak... awak tunggu saya kat luar butik sehingga tiba waktu rehat, okay?...", soal gadis itu. "Okay...", balas fariz sepatah. Dia menunggu gadis tersebut di luar butik itu. Tidak lama kemudian sarah pun melangkah keluar dari dalam butik tersebut. Sebaik saja sarah berdiri di luar butik itu mereka pun melangkah pergi dari situ.
Mereka melangkah masuk dalam restoran tersebut. Sebaik saja mereka berada di dalam restoran itu, mereka pun duduk di atas kerusi yang ada di situ. "So, apa yang awak nak bincangkan dengan saya?", soal sarah ingin tahu. "Begini... saya ada berjumpa dengan johan... dia...", belum pun sempat fariz bersuara, sarah pun segera memotong perkataannya. "Oh... kalau awak nak bercerita tentang si johan tu lebih baik jangan... sebab saya tak ada mood hendak mendengar cerita awak tu...", kata sarah dengan wajah yang kelat. "Tapi awak dengarlah perkataan saya ni dulu... saya ingin sampaikan pesanan johan pada awak...", kata fariz. "apa pesanannya tu?", soal sarah. fariz menarik nafas panjang lalu menghelanya keluar secara perlahan lahan. "sarah, johan masih cintakan awak... dia tidak dapat lupakan awak... setiap hari dia teringatkan awak walaupun korang sudah lama berpisah... dia kata dia nak bercinta semula dengan awak... itu pun jika awak masih sudi menjadi kekasihnya...", kata fariz.
YOU ARE READING
CINTA TERLARANG (18)
Romance#5 in romance (28/08/16) Sinopsis: seorang isteri merasa di abaikan oleh suaminya sendiri. manakala seorang pemuda terpaksa menjadi gigolo kerana kesempitan wang. mereka di kurung oleh seseorang di dalam sebuah bilik. dari situlah kisah ini bermula...