puan sri mia terjaga dari tidurnya sebaik saja dia terdengar bunyi orang terbatuk di ruangan tersebut. dia lihat fariz sedang melangkah menuju ke arah katil pesakit yang terletak tidak jauh dari situ. "riz... dia sudah sedar ke?", soal puan sri mia. "ya...", balas fariz sepatah. "er... kalau macam tu biar saya pergi beli makanan dan minuman untuk dia... tentu dia merasa lapar dan dahaga... saya pergi dulu, ya...", kata puan sri mia sambil bangun dari atas kerusi sofa tersebut. "baiklah...", balas fariz sepatah. perlahan lahan puan sri mia beredar dari situ. "Jo... are you okay now?", soal fariz sebaik saja johan mula membuka matanya. "Yeah... I think so... saya kat mana ni?", soal johan masih 'blur'.
"Awak berada kat hospital sekarang... jo, kenapa awak mencederakan pergelangan tangan awak tu?... awak dah gila ke apa?", soal fariz sedikit bengang. "Ya... memang saya dah gila... kalau boleh saya nak terus mati saja... bagi saya tak ada gunanya saya hidup di muka bumi ini lagi...", kata johan penuh emosi. "Kenapa awak cakap macam tu pula?", soal fariz dengan wajah yang serius. "Sebab saya merasa tertekan, okay... dahlah kekasih saya tinggalkan saya... awak pula seperti memulaukan saya... saya dah banyak kali call awak tapi awak tak jawap call saya... saya pergi ke apartment awak tapi awak tak ada. saya merasa sedih dan tertekan lalu saya berfikir tentu awak tidak mahu lagi berkawan dengan saya... maklumlah saya ni kan teruk orangnya...", kata johan dengan wajah yang serius.
"Janganlah awak cakap macam tu... walau apa pun yang terjadi, saya tetap akan berkawan dengan awak... sebenarnya saya dah tukar nombor handphone saya sebab itulah awak tak dapat call saya. Saya sengaja tukar nombor handphone saya sebab saya tak mahu di ganggu oleh bekas customer saya yang gatal miang tu... anyway, saya pergi ke pulau bati selama seminggu atas urusan pekerjaan sebab itulah saya tak ada di apartment tu... jo, tolonglah jangan berfikiran negatif macam tu lagi... tengok!... awak mencederakan diri awak sehingga awak hampir saja kehilangan nyawa awak...", kata fariz dengan wajah yang serius. Johan tunduk diam selepas itu. Dia tahu fariz merasa bengang padanya. "maafkan saya... saya tak tahu pun perbuatan saya ini akan membahayakan nyawa saya sendiri... saya fikir dengan hanya melukakan sedikit pergelangan tangan saya ni saya akan dapat sedikit kelegaan dari tekanan perasaan yang saya alami... tak tahu pula ianya akan jadi macam ni...", kata johan berterus terang. "tapi tindakan awak ni bodoh tau... kalau awak mati macamana?... awak fikir awak boleh hidup semula ke kalau dah mati?...", soal fariz sedikit bengang. "saya tak terfikir pun macam tu...", kata johan.
"kalau awak tak terfikir macam tu kenapa awak sanggup buat perkara bodoh seperti tu ar?... nampak sangat awak ni tidak menghargai nyawa yang Tuhan berikan pada awak... awak sengaja nak cari maut...", marah fariz. "sebenarnya saya tak berniat nak cari maut... saya betul betul tertekan... saya tidak tahu apa yang telah saya lakukan... buat pengetahuan awak, saya masih teringatkan sarah... biar pun kami sudah sebulan lebih berpisah. i can't get over her... sudah banyak cara saya buat untuk lupakan dia termasuklah mengambil dadah dan minum arak sampai nak pecah kepala otak ni tapi bayang wajahnya masih juga menghantui saya... saya cuba mencari cinta yang baru dengan tidur bersama perempuan perempuan lain tapi tak ada satu pun yang sama seperti dia... dia masih tetap di hati ini... honestly saya tak boleh lupakan sarah dan saya tak boleh hidup tanpa dia... i still love her, riz... i still love her... isk... isk... isk...", johan bersuara sambil menangis kesedihan.
fariz pun segera memeluk johan sebaik saja dia melihat rakannya itu menangis. "jangan menangis, jo... lelaki tak sepatutnya menangis... lelaki harus kuat, okay...", kata fariz sambil memeluk johan. "tapi saya tak sekuat awak, riz... saya rasa macam nak bunuh diri saja...", kata johan dengan penuh emosi. "jangan jadi gila, jo... awak harus menghargai nyawa yang Tuhan berikan pada awak... sayangilah diri awak... jangan sekali kali awak cederakan diri awak hanya kerana awak mengalami tekanan perasaan... you know what?... setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya... yang penting awak berusaha menyelesaikannya dengan sebaik mungkin. saya fikir lebih baik awak berjumpa dengan sarah... cakap pada dia yang awak masih cintakan dia dan cakap pada dia yang awak akan berubah demi dia... maksud saya awak harus berhenti jadi gigolo dan cuba pikat dia semula. manalah tahu dengan cara ini dia akan kembali pada awak... siapa tahu kan...", kata fariz dengan wajah yang serius. johan berhenti menangis. perlahan lahan fariz meleraikan pelukannya.
"tapi saya tak fikir pun dia akan kembali kepada saya... walaupun saya berhenti dari menjadi seorang lelaki gigolo...", kata johan dengan sedih. "kenapa awak fikir macam tu pula?", soal fariz. "sebab kami sudah sebulan lebih berpisah... takkanlah dia masih cintakan saya... entah entah dia dah lupakan saya kot...", kata johan. "bukankah saya dah cakap pada awak tadi jangan berfikiran negatif tapi awak masih juga berfikiran negatif... cubalah awak berfikiran positif sikit... kalau awak asyik berfikiran negatif sudah tentu awak tak akan maju...", kata fariz dengan wajah yang serius. "so?", johan bersuara sambil memandang wajah rakannya itu. "so... saya nak awak fikirkan apa yang harus awak lakukan supaya sarah kembali kepada awak...", kata fariz dengan pantas.
"saya tak tahu macamana nak fikirkannya... fikiran saya dah buntu sekarang...", johan bersuara perlahan lahan. "macam ni sajalah... biar saya pergi berjumpa dengan sarah dulu. Biar saya terangkan pada dia yang awak masih cintakan dia dan awak tak boleh hidup tanpa dia. Kemudian saya akan beritahu dia yang awak hampir bunuh diri kerana dia... selepas tu barulah saya suruh dia berjumpa dengan awak kat sini... by the way, mana nombor telefon keluarga awak ar?... saya nak hubungi mereka di sana...", kata fariz. " buat apa pula awak menghubungi keluarga saya?", soal johan ingin tahu. "mereka perlu tahu yang awak di tahan kat hospital ni...", kata fariz. "Tak payahlah awak panggil mereka datang ke sini...", johan bersuara dengan tegas. "Kenapa pula?", soal fariz kehairanan. "Saya tak nak keluarga saya melihat saya dalam keadaan begini...", jelas johan dengan jujur.
"Tapi keluarga awak perlu tahu keadaan awak... awak kan baru saja...", belum pun habis fariz bersuara johan segera memotong perkataannya. "Ya... saya tahu saya baru saja di masukkan ke hospital tapi tolonglah jangan panggil mereka datang ke sini... saya tak nak menyusahkan orang tua saya...", kata johan separuh merayu. "Hm... ikut suka hati awaklah...", balas fariz perlahan lahan. Kedengaran bunyi derap langkah menuju ke arah bilik wad pesakit tersebut. Tidak lama kemudian muncul pula puan sri mia di situ. Dia membawa makanan dan minuman untuk mereka. "Good morning boys... mari kita bersarapan pagi bersama sama...", kata puan sri mia sambil tersenyum manis. Dia meletakkan plastik berisi makanan dan minuman itu di atas meja kecil yang terletak tidak jauh dari situ.
Johan memandang wajah fariz. Pandangannya semacam aje. "What?", soal fariz sepatah. Dia membalas pandangan johan yang semacam itu. Tiba tiba, "tuut-tuut... tuut-tuut... tuut-tuut...", kedengaran handphone milik puan sri mia berbunyi nyaring. Dia pun segera mengambil handphonenya. "Er... riz... saya keluar sekejap untuk menjawap panggilan ni dulu... korang breakfastlah dulu...", cepat cepat puan sri mia beredar dari situ. Sebaik saja wanita tersebut melangkah keluar dari situ, johan segera menggamit tangan rakannya itu. "Awak ke yang panggil dia datang ke sini tadi?", soal johan ingin tahu. "Ya... saya tak tahu pada siapa nak mengadu... maklumlah saya merasa sedih apabila melihat awak jadi macam ni... so saya panggil dia... saya cuma nak dia temankan saya kat sini... itu saja...", jelas fariz dengan jujur.
"So, dia bermalam kat hospital ni dengan awak?", soal johan. "Yep...", balas fariz sepatah. "Eh... suami dia tak cari dia ke?", soal johan lagi dengan dahi yang berkerut. "Taklah... mana mungkin suami dia cari dia... dia kan selalu saja mengabaikan isterinya tu...", kata fariz dengan wajah yang selamba. "Wah... berani betul awak ajak boss awak tu keluar bermalam dengan awak kat hospital ni, kan... hehehe... memang nakal betullah awak ni... hehehe...", johan ketawa mengekek. "eh... apa yang nakal pula?... saya cuma perlukan teman... teman untuk meluahkan perasaan... bagi saya tak ada yang nakal pun...", nafi fariz. "Yelah tu... mula mula berteman saja tapi lama kelamaan jadi sepasang kekasih pula... hehehe...", kata johan sambil ketawa mengekek. "Wei... apa yang awak merepek ni ar?...", soal fariz. "Saya tak merepek lorh... awak dah lupa ke cinta tu buta?... silap hari bulan awak terjatuh cinta pula pada dia... maklumlah dia tu kan masih cantik... baik hati pula tu...", kata johan separuh mengusik. "Hish... awak ni... ada ada sajalah...", kata fariz. "Hahaha...", Johan hanya ketawa saja di atas katilnya.
YOU ARE READING
CINTA TERLARANG (18)
Romance#5 in romance (28/08/16) Sinopsis: seorang isteri merasa di abaikan oleh suaminya sendiri. manakala seorang pemuda terpaksa menjadi gigolo kerana kesempitan wang. mereka di kurung oleh seseorang di dalam sebuah bilik. dari situlah kisah ini bermula...