"Shasha... apa yang awak buat kat atas bumbung tu?... cepat turun... jangan berdiri kat atas bumbung tu... nanti awak jatuh ke bawah...", laung tan sri rizal sambil mendongakkan wajahnya ke atas. "Biar saya jatuh ke bawah... saya tak kisah pun jikalau saya jatuh ke bawah...", balas shasha sambil menangis. "Awak sudah gilakah shasha? Buat apa awak berdiri kat atas bumbung tu?", laung puan sri mia. "Ya... saya memang gila... sebentar lagi saya akan terjun dari atas bumbung rumah ini... biar semua orang menyaksikan kematianku di hari pertunangan yang penuh dengan kecelakaan ini...", balas shasha dengan keras sekali. "Awak jangan ambil tindakan yang bodoh macam tu... bunuh diri tak akan selesaikan masalah...", laung fariz pula.
"Riz... saya tahu bunuh diri tidak akan selesaikan masalah tapi masalah saya akan selesai sekiranya awak membalas cinta saya dan menerima saya sebagai teman hidup awak... awak pun tahu saya cintakan awak tapi awak menolak cinta saya sehingga hati saya hancur berkecai bagaikan kaca jatuh terhempas di atas lantai... jadi saya rasa hidup saya tak bererti lagi. Daripada saya hidup merana di paksa bertunangan dan berkahwin dengan lelaki yang tidak saya cintai lebih baik saya mati saja...", shasha membalas dengan penuh emosi. Dia seperti hendak terjun tapi tan sri rizal segera bersuara, "nanti dulu shasha... awak jangan terjun dari atas bumbung tu... dengar dulu apa yang daddy cakapkan ni...", kata kata tan sri rizal terus di potong pantas oleh shasha.
"Apa lagi yang daddy nak cakap?... tentu daddy nak pujuk saya dan paksa saya supaya saya bertunangan dengan azril juga, kan?... jangan haraplah saya akan dengar perkataan daddy tu lagi... saya lebih suka mati daripada bertunangan dengan orang yang tidak saya cintai... daddy pun tahu saya cintakan fariz tapi daddy paksa saya bertunang dengan lelaki lain. Saya merasa sungguh tertekan apabila saya terus menerus di paksa mengikuti segala kehendak mummy dan daddy... saya tidak pernah di beri peluang untuk melakukan apa yang ingin saya lakukan dalam hidup ini. Semua perkara yang saya buat mesti mummy dan daddy menentukan segalanya sehingga soal jodoh saya sendiri pun mummy dan daddy juga yang pilih dan tentukannya. Padahal saya langsung tak cintakan lelaki yang mummy dan daddy pilih tu...", kata shasha sambil menangis. "Jadi awak nak apa shasha?", soal tan sri rizal ingin tahu.
"Sebenarnya saya nak bertunangan dengan fariz bukannya azril. Mummy dan daddy pura pura tak faham pula...", balas shasha dengan sedih. "Mana fariz, mia?... dia ada datang di majlis pertunangan ini tak?", soal tan sri rizal ingin tahu. "Ya... inilah fariz yang shasha sebut sebutkan tu...", kata puan sri mia sambil menarik tangan fariz yang kebetulan sedang berdiri di sebelahnya. Tan sri rizal segera menghampiri pemuda itu. "Fariz... dalam keadaan darurat macam ni saya terpaksa merayu pada awak... awak tolonglah terima anak saya sebagai teman hidup awak... maksud saya, saya nak awak bertunangan dengannya kerana dia cintakan awak sepenuh hatinya... saya takut jikalau awak enggan menerimanya, dia akan membunuh diri...", tan sri rizal bersuara sambil memegang bahu pemuda tersebut. Terkejut betul fariz sebaik saja dia mendengar perkataan lelaki tersebut. Puan sri mia pun turut merasa terkejut di saat dia mendengar rayuan suaminya itu.
"Gila!... takkanlah saya di paksa bertunangan dengan shasha pula...", gerutu fariz separuh bengang. "Riz... tolonglah... selamatkan shasha... kalau awak bersetuju bertunangan dengannya mungkin dia takkan terjun dari atas bumbung tu...", pujuk alisha di sebelahnya. Puan sri mia tidak tahu nak cakap apa lagi. Semuanya berlaku di luar dugaannya. Dia lihat Fariz memandang ke arahnya. Dia tahu pasti pemuda itu berada di dalam dilema sekarang ini. "Tolong katakan sesuatu mia... tolong katakan yang aku tidak perlu bertunangan dengan shasha. Tolong halang semua ini daripada berlaku... tolong aku mia... aku benar benar tersepit sekarang ni...", bisik hati kecil fariz. "Mia... kenapa awak diam?... awak tolonglah pujuk si fariz tu supaya dia terima shasha dalam hidupnya... awak nak tengok anak kita mati kerana bunuh diri ke, hah?", tan sri rizal bersuara pada isterinya. Puan sri mia menutup matanya buat seketika. Dia cuba mencari kekuatan dalam dirinya sendiri. Dia berfikir sejenak. Jikalau dia biarkan saja perkara itu berlaku mungkin dia akan kehilangan anak gadisnya. Oleh kerana dia tidak mahu shasha bunuh diri dia pun terpaksa merayu pada fariz.
YOU ARE READING
CINTA TERLARANG (18)
Romance#5 in romance (28/08/16) Sinopsis: seorang isteri merasa di abaikan oleh suaminya sendiri. manakala seorang pemuda terpaksa menjadi gigolo kerana kesempitan wang. mereka di kurung oleh seseorang di dalam sebuah bilik. dari situlah kisah ini bermula...