BAB 13
di sepanjang tempoh fariz terlantar di hospital puan sri mia sering datang melawatnya. itu pun di waktu pagi sebab di waktu pagi saja suaminya tidak ada di rumah. jadi dia bebas keluar ke mana saja yang dia nak pergi. johan dan sarah pun turut melawat fariz di hospital tapi tidaklah selalu. maklumlah mereka sibuk dengan pekerjaan mereka, jadi amat sukar untuk mereka datang melawat fariz di hospital pada setiap hari. begitu juga dengan jayden dan alisha. mereka pun sibuk dengan pekerjaan mereka. mereka hanya datang melawat fariz apabila mereka ada masa yang terluang. ketika alisha bertemu dengannya beberapa hari yang lalu, dia ada memberitahu fariz bahawa dia akan berkahwin dengan benji pada bulan depan. dia tidak lagi berhubungan dengan sam sebab sam sudah ada kekasih lesbian yang lain.
dengar khabar dia akan melakukan pembedahan transgender ke atas dirinya pada minggu depan agar dia kelihatan seperti seorang lelaki yang tulin. mungkin dalam proses pembedahan itu buah dada dan juga alat kelamin perempuannya akan di buang. kemudian ianya di gantikan dengan alat kelamin lelaki. wajahnya pun akan di bedah agar tampak seperti wajah seorang lelaki tulin melalui plastic surgery. walaupun pembedahan tersebut memakan belanja beribu ribu ringgit namun dia tak kisah sebab dia anak orang kaya. janji dia akan kelihatan seperti seorang lelaki tulin, begitu katanya pada alisha. alisha sendiri yang memberitahu pada fariz semuanya itu. fariz terkejut sebaik saja dia mendengar cerita alisha. dia tidak menyangka yang sam aka samsiah sanggup melakukan perkara tersebut ke atas dirinya. walau apa pun itu adalah keputusannya sendiri. dia berhak menentukan apa yang dia ingin lakukan dalam hidupnya, tapi bila dia mati kelak apakah Tuhan akan dapat menerima orang seperti itu?... entahlah....
jayden pula memberitahu padanya yang dia sudah berhenti dari bekerja sebagai DJ kat gay club rakannya. dia kini bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat pembinaan bapa saudaranya sendiri. apabila fariz mendengar berita tersebut dia merasa sungguh gembira. akhirnya kedua orang rakannya memilih keputusan yang tepat dalam hidup mereka. sekurang kurangnya mereka sudah tahu apa yang harus mereka lakukan dalam hidup ini.
shasha tidak lagi datang melawatnya di hospital sejak cintanya di tolak. mungkin dia masih bersedih kerana fariz menolak cintanya ataupun dia sudah dapat menerima kenyataan yang dia tidak ada jodoh dengan fariz. entahlah... tapi menurut kata puan sri mia shasha kini sibuk dengan pekerjaannya. dia dan para models yang lain telah pergi ke kota new yolk untuk runway fashion show di sana. dia terpaksa bermalam di sana dengan beberapa orang models yang lain selama seminggu. jadi dalam masa seminggu itu, shasha tidak lagi menghubunginya. biarpun begitu fariz tidak kisah jikalau dia tidak menghubunginya buat selamanya sebab itulah yang dia inginkan. dia ingin bebas dari sebarang gangguan. terutamanya dari gadis yang bersifat keanak anakan dan gedik itu.
seminggu kemudian dia di benarkan pulang ke rumahnya. pada ketika itu pinggang kirinya tidak lagi terasa sakit. luka jahitan di pinggangnya sudah pulih sedikit demi sedikit. hanya emaknya seorang saja yang masih di tahan di hospital kerana doktor di situ masih ingin memantau kesihatannya. menurut kata doktor yang merawatnya keadaan emaknya semakin hari semakin baik. tubuhnya sudah dapat menerima buah pinggang yang baru itu. kalau tidak ada masalah dia akan di benarkan pulang ke rumahnya dalam beberapa minggu lagi. fariz merasa sungguh gembira sebaik saja dia mendengar berita itu. sekurang kurangnya pengorbanan yang di lakukannya tidak sia sia.
3 minggu kemudian emaknya di benarkan keluar dari hospital. mak tijah kembali sihat walafiat. dia tidak merasa sakit lagi dan ini membuatkan fariz merasa sungguh gembira sekali. dia menghantar emaknya pulang ke kampung dengan hati yang gembira.
*** *** ***
pagi isnin itu fariz kembali ke tempat kerjanya dengan semangat baru. ketika dia sampai di studio dia lihat shasha sedang sibuk menguruskan model baru yang baru masuk kerja pada pagi itu. manakala puan sri mia sibuk di dalam officenya. dua beranak itu sentiasa sibuk dengan pekerjaan masing masing. agak agaknya kalau mereka tidak bekerja dalam sehari mungkin mereka tak senang duduk. "hai... riz... awak dah kembali bekerja?... wah!... awak nampak sihat sekarang...", tegur suatu suara. fariz mengalihkan pandangannya. kelihatan alisha sedang berdiri memandang ke arahnya. "yeah... hai alisha... selamat pagi...", sapa fariz dengan ramah. ketika dia berbual bual dengan alisha di situ muncul pula shasha di depan mata fariz. terkejut betul fariz sebaik saja shasha tiba tiba muncul di tengah mereka, secara mendadak pula tu.
YOU ARE READING
CINTA TERLARANG (18)
Romance#5 in romance (28/08/16) Sinopsis: seorang isteri merasa di abaikan oleh suaminya sendiri. manakala seorang pemuda terpaksa menjadi gigolo kerana kesempitan wang. mereka di kurung oleh seseorang di dalam sebuah bilik. dari situlah kisah ini bermula...