CINTA TERLARANG 46

9.9K 64 10
                                    

Fariz mengetuk cermin kereta wanita tersebut dengan tangannya. perlahan lahan puan sri mia membukakan cermin keretanya. "Eh... bukankah tadi awak cakap motor awak tu rosak, tak boleh di hidupkan tapi kenapa sekarang motor awak boleh jalan pula?", soal puan sri mia terkejut. "I just lied to you... sorry about that... sebenarnya saya nak berbual dengan awak. Itu saja. Anyway... boleh tak awak temankan saya makan kat restoran sri indah di seberang jalan sana tu sambil tu kita boleh berbual bual...", fariz bersuara sambil menunjukkan restoran yang di maksudkannya dengan ibu jarinya. "Tapi riz saya ada hal yang hendak di uruskan...", puan sri mia cuba membantah. "Alah... sekejap aje... bukannya lama pun... pleaseee...", fariz bersuara separuh merayu. Apabila puan sri mia mendengar perkataan fariz yang separuh merayu itu hatinya yang keras menjadi 'cair'.

"Okaylah...", balas puan sri mia sepatah. Perlahan lahan fariz kembali melangkah ke arah motosikalnya. Dia menunggang motosikalnya menuju ke arah restoran sri indah yang terletak di seberang jalanraya tersebut. Mahu tidak mahu puan sri mia terpaksa mengekori motosikal pemuda tersebut dari belakang.
"Mia, kenapa kau ikut cakap si fariz tu pula?... bukankah kau berazam hendak menghindarkan diri daripadanya tapi kenapa kau ikut cakap dia?"
"Tak apa... ini cuma pertemuanku dengannya untuk kali yang terakhir. Lepas ni aku tak akan bertemu dengannya lagi..."
"Ahh!!!... bohong!... pasti kau akan terus bertemu dengannya selepas ni..."
"Taklah... ini kali terakhir aku bertemu dengannya..."
"Bohong!..."
Hatinya di landa peperangan yang tidak berpenghujung. Dia cuba memfokuskan perhatiannya ke arah jalanraya dan cuba melenyapkan peperangan yang melanda di lubuk hatinya. Dia memberhentikan keretanya sebaik saja dia sampai depan restoran sri indah.

Mereka melangkah masuk ke dalam restoran tersebut. Mereka memilih untuk duduk di kerusi dan meja yang terletak agak tersorok dari pandangan mata orang ramai. setelah makanan dan minuman di order, Fariz duduk berpeluk tubuh sambil matanya merenung wajah wanita yang duduk di depannya saat itu. Puan sri mia merasa tak keruan sebaik saja pemuda tersebut merenung wajahnya. "Kenapa awak merenung saya macam tu sekali?", soal puan sri mia sambil menundukkan wajahnya. Dia tak tahan bila berbalas renungan dengan pemuda tersebut. Renungan mata fariz sudah cukup mendebarkan dadanya. "Mia, kenapa awak bersikap pelik sejak kebelakangan ni?", soal fariz ingin tahu. "Pelik?... apa yang awak maksudkan ni?", soal puan sri mia pura pura tidak faham. "Maksud saya, kenapa awak tidak mahu berbual dengan saya lagi?... kenapa awak seperti menghindarkan diri dari saya?... dah tu pula awak tak nak jawap panggilan dari saya. Bila saya sms awak, awak tak balas sms saya... lebih pelik lagi bila awak menyuruh saya berbual dengan shasha padahal sebelum ini awak tak suka saya berbual dengan shasha... that's really weird, you know... whats wrong with you anyway?", soal fariz ingin tahu.

"There's nothing wrong with me...", dalih puan sri mia cuba bersikap tenang biar pun dalam hati dia merasa tak keruan. "Jangan bohonglah mia... saya dapat rasakan ada sesuatu tidak kena dengan perubahan sikap awak ni... just tell me whats going on?...", soal fariz lagi. "actually, i need sometimes to be alone with my husband. Thats all. by the way, suami saya sudah pun berubah menjadi seorang lelaki yang baik... dia tidak lagi mengabaikan saya... jadi saya rasa tidak perlulah saya berbual bual dan keluar dengan awak setiap malam... memandangkan saya tidak lagi keluar dengan awak, jadi saya menyuruh awak keluar dengan anak saya shasha sebab saya tengok shasha sukakan awak...", terang puan sri mia bersuara perlahan lahan. "Oh... jadi sekarang saya harus rapat dengan shasha dan bukannya awak?", soal fariz separuh terkilan. "Ya... begitulah...", kata puan sri mia sambil menganggukkan kepalanya.

"So, awak tak nak saya jadi teman bual awak lagi?...", soal fariz ingin tahu. "Ya...", balas puan sri mia sepatah. "okay, i got it... you didn't need me anymore, right?", soal fariz bertambah terkilan. "Bukan macam tu, fariz... Sebenarnya saya masih perlukan awak... tapi...", puan sri mia berhenti bersuara. "Tapi apa mia?", soal fariz sedikit tegang. "Tapi saya sudah bersuami... saya rasa agak mustahil jikalau saya terus bersama dengan awak... kalau suami saya tahu yang saya selalu keluar dengan awak sudah tentu dia akan marah pada saya... saya...", kata kata puan sri mia di potong pantas oleh fariz. "Ya... saya tahu... awak takut dengan suami awak... tapi takkanlah awak asyik menghindarkan diri dari saya pula?... saya merasa sungguh terkilan dan kecik hati tau, bila awak asyik menghindarkan diri dari saya...", kata fariz berterus terang.

"Saya tahu riz tapi saya terpaksa buat begini demi kebaikan kita bersama...", kata puan sri mia perlahan lahan. "So, awak memang tak nak saya jadi teman bual awak dan awak tak nak saya rapat dengan awak, begitu?", soal fariz. "Ya... begitulah... tapi saya nak awak rapat dengan shasha sebab saya tengok shasha sukakan awak...", kata puan sri mia sambil menganggukkan kepalanya. "Okay, fine!... saya akan buat apa yang awak katakan tu... saya tidak akan rapat dengan awak lagi. Saya hanya rapat dengan shasha seorang saja... oh forgot to add, i know you didnt need me anymore... you only need me when you feel lonely... if you didnt feel lonely you just dumped me like shit...", tutur fariz dalam nada suara yang terkilan. Belum pun sempat puan sri mia bersuara fariz sudah pun beredar dari situ...

*** *** ***

fariz berbaring di dalam bathtub dengan air paip yang terpasang. Tubuhnya yang telanjang bulat itu sudah di litupi air paip yang penuh dalam bathtub tersebut. Kata kata puan sri mia masih terngiang ngiang di cuping telinganya, "by the way, suami saya sudah pun berubah menjadi seorang lelaki yang baik... dia tidak lagi mengabaikan saya... jadi saya rasa tidak perlulah saya berbual bual dan keluar dengan awak setiap malam...", ianya terus bergema di cuping telinganya sehinggakan dia merasa sedih sekali. Sebenarnya sejak puan sri mia berhenti menghubunginya dan berbual dengannya dia mula merasakan seperti ada sesuatu yang hilang dari dalam hidupnya.

Dia tahu dia kehilangan seseorang yang selalu membimbing dia dan mendorong dia untuk terus hidup di muka bumi ini. orang itulah ialah puan sri mia. Tiba tiba saja dia merasa rindu pada wanita tersebut. Rindu yang amat sangat sehinggakan dia tertanya tanya, apakah mungkin dia sudah jatuh cinta pada wanita itu?... persoalan tersebut mula bermain di mindanya. Mungkin juga... maklumlah hatinya mula menyayangi wanita itu dalam diam. bertahun lamanya pintu hati fariz tertutup rapat akibat kecewa bercinta tapi kini pintu hatinya terbuka lagi pada seorang wanita yang sudah bersuami dan jauh lebih tua daripadanya... dia merasa hairan... kenapa dia tidak jatuh cinta pada gadis yang seusia dengannya? Kenapa dia mudah jatuh cinta pada wanita yang sudah bersuami dan ada anak pula?... fikirannya jadi kacau bilau.

Memang betul apa yang di katakan oleh johan tempohari. Cinta itu buta. Ianya tak kira muda atau pun tua. Jikalau hati sudah berkenan, itu semua tidak di ambil kira lagi. Perasaan ini memang gila... gila dalam erti kata yang sebenarnya tapi apa boleh buat tanpa di sedarinya perasaan cinta yang tidak di undang itu kini bercambah dalam hatinya. Ianya bagaikan satu virus yang merebak dalam hatinya pula... "Oh Tuhan, kenapa kau membuatkan aku jatuh cinta pada seseorang yang sudah bersuami?... kenapa aku harus mencintai isteri orang????...", bisik hati kecilnya bercelaru. Dia membiarkan air melitupi permukaan wajahnya sehingga dia tidak dapat bernafas lagi. Perlahan lahan dia menutup matanya. Dia cuba melupakan segala masalahnya buat seketika...

*** *** ***

Fikiran puan sri mia kacau bilau. Perkataan fariz masih terngiang ngiang di cuping telinganya. "... i know you didnt need me anymore... you only need me when you feel lonely... if you didnt feel lonely you just dumped me like shit...", ianya terus bergema di cuping telinganya. "Riz... maafkan aku.., aku terpaksa buang kau dari dalam hidupku sebab aku tak nak perasaan cinta ini bercambah mekar di hati ini... adalah salah jika seorang wanita mencintai lelaki yang bukan suaminya... apa yang telah aku lakukan terhadap kau itu salah riz... tolong maafkan aku...", bisik hati kecil puan sri mia dengan sedih. Kelihatan airmata mengalir membasahi pipinya. Tiba tiba, "kenapa mummy menangis ni?", kedengaran suatu suara menegurnya. Cepat cepat dia mengesat air matanya dengan tangannya sendiri. "Oh... mata mummy kena habuk lorh... bilik ni berhabuk sangat...", dalih puan sri mia pula. "Oh yakah?... nanti shasha akan suruh bibik aishah membersihkan bilik ini untuk mummy...", kata shasha perlahan lahan. Perlahan lahan shasha duduk di sebelah mummynya. "Mummy, tadi kan fariz ada call shasha... dia nak ajak shasha keluar jalan jalan dengan dia malam ni... mummy benarkan shasha keluar dengan dia, tak?", soal shasha ingin tahu.

Puan sri mia terdiam sejenak. Dia tidak menyangka yang fariz akan mengajak shasha keluar dengannya malam itu. Padahal petang tadi dia kelihatan sungguh tertekan sebaik saja mereka selesai berbicara di restoran sri indah. "Mummy... mummy dengar tak apa yang shasha cakapkan ni?", soal Shasha di sebelahnya. "Dengar... kalau awak nak keluar dengan fariz, awak keluarlah dengan dia... mummy tak larang awak keluar dengan dia pun...", kata puan sri mia perlahan lahan. "Oh... terima kasih mummy... saya pergi bersiap dulu...", cepat cepat shasha berlari keluar dari situ. Puan sri mia kembali memikirkan pemuda itu. Ketika dia sedang berfikir panjang tiba tiba saja kepalanya terasa sakit yang amat sangat. Dia berbaring di atas katil menahan kesakitan di kepalanya....

CINTA TERLARANG (18)Where stories live. Discover now