fariz melangkah keluar dari ruang tamu yang penuh sesak itu. johan, sarah, jayden dan alisha merasa terkejut sebaik saja mereka melihat tangan kanan fariz berdarah. "eh... tangan awak berdarahlah... kenapa ni?", soal johan terkejut. "jangan banyak tanya... saya tak ada mood nak bercakap sekarang...", balas fariz dengan wajah yang tegang. dia mengambil helmetnya. "eh... awak nak balik ke riz?", soal jayden ingin tahu. fariz hanya menganggukkan kepalanya. "kalau ya pun nak balik awak kena balut dulu luka di tangan awak tu...", tegur alisha. dia segera menarik keluar tuala kecil miliknya dari dalam beg tangannya. Perlahan lahan dia membalut luka di tangan kanan fariz. setelah lukanya di balut pemuda tersebut terus beredar dari situ.
Langkah kakinya terhenti sebaik saja lengan kirinya di pegang orang. "Nanti dulu riz... awak nak pergi ke mana ni?", soal suatu suara. Fariz segera menoleh ke belakangnya. Kelihatan shasha sedang berdiri sambil memegang lengan kirinya. "Its none of your business. Just let me go...", dengan kasar fariz menyentak tangan gadis itu sehingga lengannya terlepas dari genggaman tangan gadis tersebut. Tanpa menghiraukan panggilan shasha dan pandangan mata orang lain di situ dia pergi meninggalkan tempat itu. Dia berjalan menuju ke arah motosikalnya. Helmet segera di sematkan di kepala. Enjin motosikal di hidupkan. Tidak lama kemudian motosikalnya meluncur laju dari situ. Malam itu dia tidak terus balik ke apartmentnya. dia hanya memecut motosikalnya di lebuhraya dengan laju sekali.
Fariz memang begitu. Jikalau dia merasa tertekan ataupun tension dia akan memecut motosikalnya dengan laju tanpa memikirkan keselamatan dirinya lagi. Dia tak ubah seperti mat rempit yang gila racing pula. Tanpa mempedulikan bunyi hon kereta orang lain di sekelilingnya dia terus saja memecut motosikalnya di celah celah kereta yang lalu lalang di situ. Hampir habis semua lebuhraya di bandar mega di terokainya malam itu. Gara gara tertekan dan tension saja dia menghabiskan malam tersebut dengan hanya menunggang motosikalnya dengan laju. Apabila dia merasa tensionnya berkurangan sedikit dia pun mula berpatah balik menuju ke lebuhraya yang menghala ke bangunan apartmentnya.
Dia sampai di apartmentnya tepat pada pukul 4:50 pagi. Dengan langkah kaki yang lemah sekali dia melangkah menuju ke bangunan apartment yang tersergam indah itu. Tidak lama kemudian dia sampai di tingkat 5. dia mengorak langkah menuju ke pintu apartmentnya. Anak kunci di keluarkan. Dia membuka pintu apartmentnya. Sebaik saja dia berada di dalam apartmentnya dia segera menutup pintu apartment tersebut. fariz melangkah masuk ke dalam apartmentnya dengan perasaan yang sedih sekali. Tanpa makan dan mandi, dia terus saja masuk ke dalam bilik tidurnya. dia menghempaskan tubuhnya di atas katil. kata kata puan sri mia terngiang ngiang di cuping telinganya.
"Lupakan saja semuanya itu... anggap saja ianya seperti di dalam mimpi...", fariz menggetapkan giginya. "kau nak aku lupakan cinta kita, mia... kau nak aku anggap cinta kita umpama mimpi, eh?... okay, fine... aku akan lupakan cinta kita. aku akan anggap cinta kita tu umpama mimpi di dalam mimpi...", bisik fariz dalam kegeraman. setitis airmata mengalir perlahan membasahi pipinya. dia pantas mengesat airmatanya dengan tangannya. dia terpandang akan cincin pertunangan yang tersarung kemas di jari manisnya. "shasha... kau sengaja nak main api dengan aku, kan... tapi jangan menyesal kalau hati sendiri terbakar kelak...", bisik fariz sambil merenung cincin pertunangan di jari manisnya dengan hati yang penuh dengan kegeraman.
ketika dia sedang duduk di atas katilnya tiba tiba saja loceng pintu apartmentnya di tekan orang dari luar. perlahan lahan dia bangun lalu melangkah menuju ke pintu apartmentnya. Pintu di buka. Alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat puan sri mia sedang berdiri di depan matanya. Wajah wanita itu kelihatan sedih sekali. Fariz cepat cepat menutup pintu apartmentnya tapi dia di halang oleh wanita itu. "Nanti dulu fariz... you must listen to me... saya minta maaf di atas apa yang berlaku. Sebenarnya saya masih sayangkan awak...", kata puan sri mia dengan pantas. "Oh really?... habis tu yang awak cakap saya perlu lupakan hubungan cinta kita dan anggap hubungan cinta kita tu seperti di dalam mimpi tu apa?... awak fikir saya tak sakit hati ke bila dengar perkataan awak tu?...", marah fariz. " i'am sorry if i hurt your feeling... i didnt mean to hurt you... sebenarnya saya cuma terdesak ketika itu. Maklumlah shasha nak bunuh diri. Jadi untuk selamatkan keadaan saya terpaksa berkata begitu supaya awak bertunangan dengannya. Look, i'm so sorry okay... saya tak bermaksud melukakan hati awak... saya masih cintakan awak...", kata puan sri mia.
"I dont think so... jika awak masih mencintai saya awak tak akan buat saya macam ni... you know what?... hati saya terluka sebaik saja awak menuturkan perkataan yang tidak sepatutnya awak perkatakan... its really hurt you know... sama saja hati saya ini di lukai dengan pisau belati yang sangat tajam... awak seperti sengaja nak mempermainkan cinta saya pula...", luah fariz dengan penuh emosi. "Riz... saya tidak berniat pun nak mempermainkan cinta awak. Saya...", puan sri mia bersuara dengan sedih. "Cukuplah tu, mia... tak perlulah awak jelaskan segalanya pada saya lagi... saya dah tahu siapa saya di hati awak... saya cuma seorang pemuda bodoh yang hanya menghiasi mimpi indah awak... apabila mimpi itu hilang saya pun hilang dari hidup awak...", fariz bersuara setelah lama berdiam diri. "tapi riz...", perkataan puan sri mia terus di potong pantas oleh fariz. "tak ada tapi tapi lagi, mia... dont you ever disturb me again... you better go away...", fariz bersuara dengan suara yang tegas. Belum pun sempat puan sri mia bersuara pemuda itu segera menutup pintu apartmentnya. Puan sri mia mengetuk pintu apartment tersebut tapi fariz tidak membuka pintu itu lagi. Dengan sedih dia melangkah pergi dari situ sambil menangis seorang diri...
YOU ARE READING
CINTA TERLARANG (18)
Romance#5 in romance (28/08/16) Sinopsis: seorang isteri merasa di abaikan oleh suaminya sendiri. manakala seorang pemuda terpaksa menjadi gigolo kerana kesempitan wang. mereka di kurung oleh seseorang di dalam sebuah bilik. dari situlah kisah ini bermula...