Puan sri mia sedang duduk di ruang tamu ketika anak gadisnya datang dengan wajah yang marah marah. "Tak guna betul fariz tu...", gerutu shasha sebaik saja dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang ada dia situ. "Kenapa awak cakap macam tu pula?", soal puan sri mia dengan kening terangkat ke atas. "Adakah patut dia panggil saya dengan panggilan 'jerk'... dia buat saya sakit hati saja...", gerutu shasha lagi. "Mungkin awak yang buat dia marah sebab itu dia panggil awak dengan panggilan seperti itu...", kata puan sri mia dengan wajah yang serius. "Oh... Jadi mummy menyebelahi fariz?", soal shasha sedikit jengkel. "Tak juga... by the way, saya kenal hati budi fariz. Dia tidak akan marah orang tak tentu fasal kecuali orang itu telah menyakiti hatinya...", kata puan sri mia. "oh... jadi sekarang mummy menuduh saya menyakiti hati fariz, begitu?...", soal shasha dengan rasa jengkel sekali. "Ya... itulah kenyataannya. mummy tengok awak asyik marah pada fariz tak tentu fasal padahal fariz tak pernah pun memarahi awak sesuka hatinya... awak tak sedar ke sikap awak yang annoying tu akan menyakiti hati dan perasaan orang lain?", marah puan sri mia.
"Oh... sekarang mummy membela fariz?... oh... i dont believe this... mummy saya sendiri lebih suka membela orang lain daripada membela anaknya sendiri...", getus shasha dengan rasa terkilan. "Eh... saya tak bermaksud hendak membela fariz lorh... saya cuma nak sedarkan awak yang awak tak boleh memarahi orang tak tentu fasal... itu tidak baik tau...", balas puan sri mia dengan wajah yang serius. "Eh... saya tak marah fariz tak tentu fasal lorh... dia yang buat...", belum pun sempat shasha habis bersuara tiba tiba handphone puan sri mia berbunyi nyaring. Dengan sepantas kilat mummynya mengambil handphonenya. kemudian dia melangkah keluar dari situ. Tinggallah shasha di situ seorang diri menahan kemarahan di dalam dadanya.
*** *** ***
Malam itu puan sri mia memanggil semua para modelnya untuk makan malam di restoran seafood yang berdekatan. Mereka pun pergi ke restoran yang terletak di tepi laut itu. Ketika makan puan sri mia asyik berbual dengan fariz. Shasha hanya diam di atas kerusinya. Dia semakin merasa sakit hati pada pemuda itu. Dia tidak tahu kenapa dia berperasaan begitu. Namun jauh di lubuk hatinya dia tidak begitu menyenangi fariz kerana dia begitu rapat dengan mummynya. matanya tak pernah lepas dari memandang wajah fariz. Dalam diam dia mengakui yang fariz seorang pemuda yang handsome dan cute. "eh... kenapa saya fikir yang si fariz tu handsome dan cute pula?... whats wrong with my brain, hah?... brain damage or what?", bisik hati kecilnya dengan marah. Dia menampar kepalanya sendiri.
Tiba tiba, "kenapa awak tampar kepala awak macam tu ar?", kedengaran suatu suara menegurnya. Kelihatan fikri salah seorang model di agency modelling mummynya memandang ke arahnya dengan pandangan mata yang hairan sekali. dia hairan sebaik saja dia melihat shasha menampar kepalanya dengan tangannya sendiri. "oh... saya rasa ada nyamuk lah berlegar kat atas kepala saya tadi. so saya cubalah tampar nyamuk tu. itulah sebabnya saya menampar kepala saya sendiri....", dalih shasha sambil tersenyum kambing. "oh... begitu... ingatkan apa tadi... hehehe...", fikri ketawa di sebelahnya. shasha pun turut ketawa. ketawa yang di buat buat pula tu. nasib baik dia pandai kelentong pemuda itu kalau tidak, mungkin fikri akan fikir yang dia ialah seorang gadis yang senget otaknya. shasha cuba memerhatikan fariz dan mummynya tapi fikri asyik mengajaknya berbual. mahu tidak mahu dia pun terpaksa melayan pemuda tersebut.
"attention all, pagi esok akan ada sesi photoshoot di tepi pantai tepat pada pukul 7 pagi. so korang mesti bangun awal pagi esok sebab scene untuk photoshoot kali ini perlu diadakan pada awal pagi... so harap maklum...", puan sri mia berdiri sambil membuat pengumuman. "owhhh...", semua model yang hadir di situ mengeluh berat kerana terpaksa bangun awal pagi esok. ini termasuklah shasha. "tak boleh ke kalau bangun pukul 10?", soal shasha. "tak boleh... awak mesti bangun awal pagi esok tepat pada pukul 7. kalau tidak awak akan tahu jawapannya kelak...", kata puan sri mia pada anak gadisnya itu. "Oh... pukul 7... pukul 7 lah...", shasha bersuara separuh mengeluh. fariz hanya tersenyum saja apabila dia melihat shasha mengeluh berat gara gara dia terpaksa bangun awal pagi esok. sudah tentu dia seorang gadis yang liat sangat bangun di waktu pagi. dia sepertinya tidak suka dengan pengumuman yang di buat oleh mummynya tapi apa boleh buat semuanya sudah di tetapkan. puan sri mia takkan merubah keputusannya kerana dia seorang wanita yang tegas dalam membuat keputusan. setelah makan malam, mereka pun bersurai.
Puan sri mia melangkah masuk ke dalam chaletnya. Shasha mengekorinya dari belakang. Dia lihat mood gadis tersebut tidak begitu baik. Mungkin dia marah sebab terpaksa bangun awal pagi esok. jadi dia hanya membiarkan shasha masuk ke dalam biliknya. Perlahan lahan puan sri mia melangkah masuk ke dalam biliknya. dia berbaring di atas katil yang ada di situ. Dia tidak dapat tidur. Mungkin ada baiknya dia menelefon fariz. Jadi dia pun menelefon pemuda tersebut.
"Hello..."
"Hello... riz... awak dah tidur ke?"
"Tak... kenapa?"
"Saya nak ajak awak keluar menghirup udara di tepi pantai... awak nak keluar tak?"
"Nak juga... awak tunggu saya kat tepi pantai tu dulu, ya... sekejap lagi saya akan keluar..."
"Baiklah..."Perlahan lahan puan sri mia mematikan talian handphonenya. Dia duduk di atas birai katilnya. kemudian dia bangun lalu melangkah pergi dari situ. Dia melangkah menyusuri pesisiran pantai sambil berpeluk tubuh. Angin malam bertiup lembut membelai rambutnya. Ketika dia sedang berdiri seorang diri di situ tiba tiba, "heyyyyy!!!...", jerit suatu suara di telinganya. Terkejut betul puan sri mia sebaik saja dia mendengar suara jeritan itu. "Ohhhh...", dia bersuara dalam nada suara yang terkejut. "Hahaha...", Fariz ketawa terbahak bahak di sebelahnya. "Hish!... awak ni kan buat saya terkejut saja...", kata puan sri mia separuh geram. Dia menampar bahu kiri pemuda tersebut. Fariz hanya ketawa di sebelahnya. "Sungguh indah malam ni kan?", soal puan sri mia sebaik saja pemuda itu berhenti ketawa. Dia merenung bulan dan bintang di langit.
"Ya... jadi, awak ajak saya keluar ni hanya untuk melihat bulan dan bintang di langit saja ke?", soal fariz sambil tersenyum lebar. "Ya... saya rasa awak patut menikmati keindahan malam ini bersama saya...", kata puan sri mia sambil tersenyum lembut. Fariz segera duduk mencangkung. Dia mengambil sebatang ranting kayu lalu di lukisnya sesuatu di atas pasir tersebut. Puan sri mia duduk mencangkung di sebelah pemuda itu. "Awak nak melukis apa?", soal puan sri mia. "Adalah...", balas fariz sepatah. Dia melukis dan terus melukis. Puan sri mia terkejut sebaik saja dia melihat wajahnya di lukis dengan sempurna di atas pasir itu. "Eh... itu wajah saya kan?... pandai betul awak melukis wajah saya...", puji puan sri mia sambil memandang wajah pemuda tersebut. "Saya lukiskannya khas untuk awak...", kata fariz perlahan lahan."Tak sangka pula awak ada bakat dalam bidang seni lukis...", kata puan sri mia cukup kagum dengan pemuda itu. "Yeah... saya memang ada bakat dalam bidang seni lukis tapi saya jarang sekali melukis sejak akhir akhir ni sebab saya sibuk dengan pekerjaan saya...", kata fariz perlahan lahan. "Oh... i see... kalau awak ada masa awak tolong lukiskan potret saya ya...", kata puan sri mia dengan cukup teruja. "Okay, no problem...", balas fariz sambil tersenyum. Puan sri mia membalas senyuman pemuda itu. Fariz bangun lalu memercikkan air ombak yang datang ke atas wajah wanita tersebut. "Oh... awak main air pula, eh... tunggu sekejap ya... biar saya balas dendam pula...", cepat cepat puan sri mia bangun lalu dia di percikkannya air laut ke wajah fariz. Mereka mula memercikkan air ke atas wajah masing masing sehingga pakaian mereka basah kuyup. Mereka ketawa keriangan. Selepas puas bermain air mereka bermain kejar mengejar di tepi pantai itu pula. Mereka umpama kanak kanak kecil bermain di tepi pantai.
YOU ARE READING
CINTA TERLARANG (18)
Romance#5 in romance (28/08/16) Sinopsis: seorang isteri merasa di abaikan oleh suaminya sendiri. manakala seorang pemuda terpaksa menjadi gigolo kerana kesempitan wang. mereka di kurung oleh seseorang di dalam sebuah bilik. dari situlah kisah ini bermula...