puan sri mia pergi ke tempat kerjanya seperti biasa. Ketika dia melangkah masuk ke dalam bangunan itu dia lihat fariz sedang berjalan menuju ke arah bangunan itu. Cepat cepat dia berjalan menuju ke officenya. Dia tidak mahu bertembung dengan pemuda tersebut. Sebenarnya dia berusaha untuk menjauhkan diri dari pemuda itu kerana dia tidak mahu terlalu dekat dengan pemuda tersebut. Dia takut jika dia dekat dengan fariz perasaan cintanya akan mekar kembali. Dan ini akan melemahkan usahanya untuk menghapuskan perasaan cintanya terhadap fariz. Dia berusaha untuk tidak menghiraukan pemuda tersebut. Ketika waktu bekerja dia asyik menyuruh shasha yang menguruskan semua model di dalam studio, manakala dia pula duduk terperap di dalam office. Dia saja tak nak keluar dari dalam officenya sebab dia tak mahu bertembung dengan fariz. Untuk mengelakkan dirinya dari terus memikirkan tentang fariz dia pun mula menyibukkan dirinya di dalam office...
fariz melangkah masuk ke dalam bangunan itu. Dia lihat puan sri Mia sedang sibuk buat kerjanya di dalam officenya. Sudah tiga hari wanita itu terperap dalam officenya dan sudah tiga hari juga wanita itu tidak menghubunginya. Mungkinkah puan sri mia terlalu sibuk dengan pekerjaannya sehingga dia tidak ada masa lagi untuk menghubunginya?... atau mungkinkah dia cuba menghindarkan diri daripadanya?... maklumlah dalam dua dan tiga hari berturut turut wanita itu tidak berbual bual lagi dengannya seperti yang selalu dia lakukan pada setiap hari. Biasanya jika mereka tak dapat bertemu di tempat kerja, puan sri mia akan menghubunginya ataupun mengirimkan sms padanya tapi kali ini dia senyap saja. Mungkinkah suaminya sudah tahu tentang mereka? Jadi puan sri mia terpaksa menjauhkan diri daripadanya?.... persoalan itu mula timbul dalam benaknya. Fariz tak tahu apa yang sebenarnya terjadi pada wanita tersebut. Tiba tiba saja dia berubah sikap. Wanita itu seperti tidak menghiraukannya pula. Malah dia buat buat tak tahu saja bila fariz berdiri di sebelahnya ataupun berjalan di depan matanya. Fariz merasa hairan dengan perubahan sikap wanita tersebut.
"Apa yang awak lamunkan tu?", kedengaran suatu suara menegurnya. Fariz segera mendongakkan wajahnya. Kelihatan alisha sedang berdiri sambil tersenyum padanya. "I just thinking...", balas fariz perlahan lahan. "Thinking about what?", soal shasha. "About puan sri mia... kenapa dia tiba tiba saja begitu sibuk?... dia asyik terperap dalam officenya tu...", kata fariz dengan jujur. "entahlah... Saya sendiri pun tidak tahu kenapa puan sri mia terlalu sibuk sejak kebelakangan ni. apa yang di sibukkannya tu pun saya sendiri tidak tahu. Padahal sebahagian kerjanya sudah shasha buat...", kata alisha di sebelahnya. Fariz pun diam selepas itu. dia memerhatikan puan sri mia di dalam officenya...
Malam itu selepas makan malam fariz berbaring di atas katilnya. Dia berfikir tentang puan sri mia. Sebenarnya dia ingin berbual bual dengan wanita tersebut tapi nampak gayanya wanita itu tidak lagi menghiraukannya. Fariz merasa seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan wanita tersebut. Perlahan lahan dia mengambil handphonenya. Dia ingin menghubungi puan sri mia di rumahnya.
Sementara itu kelihatan Puan sri mia sedang menonton TV dengan suaminya ketika handphonenya berbunyi nyaring. Dia pun mengambil handphonenya. Nombor si pemanggil di perhatikannya seketika. Dia tahu itu nombor handphone fariz. Dia terus reject panggilan tersebut. "Siapa yang call awak tu?... kenapa awak tak jawap panggilan tu?", soal tan sri rizal di sebelahnya. "Saya nak jawap tapi orang tu hung up pula... maybe dia salah nombor kot...", dalih puan sri mia perlahan lahan. Padahal ianya panggilan dari fariz dan dia baru saja reject panggilan tersebut. Dia terpaksa berbohong sebab dia tak mahu suaminya tahu tentang fariz. Perlahan lahan dia merapatkan punggungnya di sebelah suaminya. Tan sri rizal segera memeluk bahu isterinya. Mereka duduk sambil menonton TV bersama sama. Tanpa mereka sedari shasha sedang berdiri memerhatikan mereka tidak jauh dari situ. Dalam diam dia merasa sungguh gembira sebab mummy dan daddynya kembali berbaik seperti dulu lagi.
YOU ARE READING
CINTA TERLARANG (18)
Romance#5 in romance (28/08/16) Sinopsis: seorang isteri merasa di abaikan oleh suaminya sendiri. manakala seorang pemuda terpaksa menjadi gigolo kerana kesempitan wang. mereka di kurung oleh seseorang di dalam sebuah bilik. dari situlah kisah ini bermula...