CINTA TERLARANG 40

12K 73 3
                                    

Fariz lihat puan sri mia menutup matanya. Gayanya tak ubah seperti orang yang tengah takut tengok hantu pula. Dia ketawa apabila melihat reaksi wanita yang ketakutan itu. "Kenapa awak tutup mata awak tu?", soal fariz ingin tahu. "Habis tu... awak pandu kereta ni laju laju, saya takutlah...", balas puan sri mia. "Tak sangka ya, awak ni takut dengan kelajuan...", kata fariz sambil ketawa kecil. "Saya takut sebab saya pernah mengalami kemalangan di jalanraya sebelum ini. Ianya satu pengalaman yang paling teruk dalam hidup saya...", kata puan sri mia. Bila fariz mendengar perkataan wanita itu dia pun terus memperlahankan kelajuan kereta tersebut. Dia merasa kasihan pula melihat wanita itu ketakutan. Mungkin dia mengalami sedikit trauma akibat kemalangan yang berlaku di dalam hidupnya. Fariz memberhentikan kereta tersebut di tepi jalan. Puan sri mia segera membuka matanya sebaik saja kereta itu di hentikan. "Maafkan saya... saya tak tahu pun yang awak pernah mengalami kemalangan di jalan raya sebelum ni... kenapa awak tak pernah cerita pada saya tentang kemalangan tu?", soal fariz.

"Its a long story... maybe...", kata kata puan sri mia terus di potong pantas oleh fariz. "Just make it short...", potong fariz. "Peristiwa tu terjadi 3 tahun yang lalu. Saya memandu kereta dengan laju kerana hendak cepat sampai di tempat kerja. Entah macamana tiba tiba sebuah kereta yang memotong kenderaan lain berada di depan kereta saya. Saya cuba mengelak tapi malangnya kereta saya terbabas lalu melanggar tiang elektrik di tepi jalan. Cermin depan kereta hancur di depan wajah saya. Salah satu daripada serpihan kaca cermin kereta itu terjatuh di atas dahi saya. Darah keluar dengan banyaknya. Saya jatuh pengsan setelah mengalami pendarahan yang teruk. Bila saya sedar saya berada di dalam ruangan ICU. Doktor terpaksa menjahit luka di dahi saya sebanyak 18 jahitan. Sejak peristiwa itu saya tidak berani memandu kereta dengan laju lagi...", kata puan sri mia.

"Owh... kasihan awak... sorrylah saya benar benar tidak tahu tentang perkara tu... kalau saya tahu tadi saya takkan memandu dengan laju...", fariz bersuara penuh simpati. "Tak apa... its okay...", balas puan sri mia sambil tersenyum lembut. Fariz membalas senyumannya. "Riz... mari kita kembali ke bukit tadi tu... saya nak berbual dengan awak kat sana...", kata puan sri mia setelah dia tenang sedikit. "Okay...", tanpa berlengah lagi fariz kembali memandu keretanya menuju ke bukit di mana mereka bertemu sebentar tadi tapi kali ini dia memandu dengan had laju yang sederhana. Dia tidak lagi memandu kereta dengan laju. Sebaik saja mereka sampai di atas bukit, fariz memberhentikan keretanya tepat di atas puncak bukit. Mereka melangkah keluar dari dalam kereta lalu mengorak langkah menuju ke arah pohon beringin yang terletak tidak jauh di situ. Mereka duduk di situ sambil berbual dengan riangnya.

"Hari ni awak free kan?... so saya nak awak lukiskan wajah saya...", puan sri mia bersuara sambil menarik keluar drawing block dan pensel dari dalam keretanya. Dia menyerahkan peralatan melukis pada pemuda itu. "Okay, no problem...", balas fariz sambil tersenyum lebar. Tanpa banyak berlengah dia pun melukis wajah wanita tersebut. Setelah siap melukis dia menyerahkan lukisan itu pada puan sri mia. "Wah!... cantik betul lukisan awak... ianya mirip seperti wajah saya... tak sangka pula awak begitu pandai melukis...", puji puan sri mia sebaik saja dia melihat lukisan tersebut. Fariz hanya tersenyum saja di saat dia mendengar pujian dari mulut wanita itu. Dia memakan kek birthdaynya sambil minum setin coca cola di tangan. "Saya rasa awak patut lukis banyak banyak and then buat pameran seni lukis awak sendiri... tak pun awak boleh melukis komik di waktu lapang. Hantar saja pada mana mana syarikat yang menerbitkan komik... jikalau komik awak terpilih awak akan dapat imbalannya...", kata puan sri mia. Fariz terdiam seketika. Dia belum pernah pun terfikir perkara seperti itu sebelum ini. Selama ini dia terlalu sibuk dengan pekerjaannya sehinggakan bakat seninya terbiar begitu saja. "Ya tak ya juga kan... saya tak pernah pun terfikir tentang perkara tu... thanks mia for your ideas...", fariz bersuara setelah dia berfikir seketika. Dia tersenyum pada wanita tersebut. Puan sri mia membalas senyumannya...

CINTA TERLARANG (18)Where stories live. Discover now