CINTA TERLARANG 6

55.9K 177 4
                                    

BAB 2

Fariz merenung di luar jendela hotel mixon sambil menghisap rokok di tangannya. Perbualannya dengan wanita pelik di dalam kapal persiaran malam kelmarin masih terngiang ngiang di cuping telinganya. Dia sebenarnya merasa terkesan juga apabila mendengar perkataan wanita tersebut. Memang dia akui yang dia kadangkala sukar mengawal hawanafsunya sendiri. Pernah juga dia menahan diri dari melihat tubuh wanita yang berpakaian seksi lalu di depan matanya namun matanya masih juga melirik ke arah wanita tersebut walau pun dia cuba mengarahkan pandangannya ke arah lain. Apabila matanya terpandang akan tubuh wanita yang seksi itu, dia jadi 'horny' pula. Secara automatik z*k*rnya berdiri. Dalam diam fariz mula merasakan yang dia perlu mengawal dirinya sendiri sebelum keadaannya menjadi semakin teruk. Dia berkira kira hendak berhenti dari menjadi gigolo tapi apabila dia memikirkannya balik memang susah untuk dia berhenti sekarang. Jikalau dia berhenti dia akan kehilangan sumber pendapatannya. Dalam diam dia mengeluh sendirian. Tiba tiba, "tuut-tuut... tuut-tuut... tuut-tuut...", kedengaran handphonenya berbunyi nyaring. Perlahan lahan dia menjawap panggilan di handphonenya itu.

"Hello..."
"Hello... fariz, mak ni..."
"Oh... apa khabar mak? Mak sihat tak hari ni?"
"Mak sihat cuma mak rindukan awak sebab itulah mak call awak di sana..."
"Oh... saya rindukan mak juga..."
"Riz... mak nak tanya awak ni... kenapa kiriman wang awak bulan ni terlalu banyak?... awak kerja apa kat bandar tu?"
"Kenapa mak tanya soalan macam tu pula?... wang tu tak cukup ke?"
"Wang tu cukup riz. Cuma mak tertanya tanya ni... bagaimana awak dapat wang sebanyak itu? sedangkan awak bukannya ada kelulusan yang tinggi pun... tiba tiba saja awak dapat wang beribu ringgit dalam sebulan... mak tanya ni sebab mak nak tahu apa pekerjaan awak di bandar tu..."
"Saya kerja macam macam mak. Pagi saya bekerja di restoran. Malam pula saya bekerja di hotel lima bintang. Bila ada ramai pelanggan yang datang mereka akan bagi 'tips' pada saya... saya kumpul semua 'tips', bonus yang bos berikan pada saya beserta gaji overtime dan gaji bulanan saya, kemudian saya kirimkannya pada mak dan adik adik di kampung..."
"Er... 'Tips' tu apa?"
"Oh... 'tips' tu ialah wang yang di berikan oleh pelanggan apabila kita menolong mereka mengangkat barang mereka masuk ke dalam hotel... itu saja..."
"Oh... begitu... mak ingatkan awak bekerja secara haram..."
"Maksud mak?"
"sebenarnya mak terdengar cerita dari mak kiah tentang anak jirannya yang bekerja di negara redam tu. Tiap tiap bulan anaknya kirim duit pada emaknya di kampung. Dalam jumlah yang banyak pula tu. Pada suatu hari adiknya pergi ke negara redam untuk berjumpa dengan abangnya. Bila dia sampai di sana barulah dia tahu apa sumber pendapatan abangnya yang di katakan bekerja dalam office tu. Sebenarnya si abang tidak bekerja di office pun, dia bekerja sebagai seorang pengedar dadah... apabila adiknya tahu yang abangnya bekerja sebagai pengedar dadah dia pun terus balik ke kampung halamannya. Adiknya segera memberitahu emaknya. hancur betul hati emaknya apabila dia mendengar yang anak lelaki sulungnya bekerja sebagai pengedar dadah..."
"Oh... Jadi mak fikir saya kirim wang yang banyak banyak tu kerana saya mengedar dadah, begitu ke?"
"Eh... Bukannya macam tu... mak cuma bimbangkan awak... mak tak mahu awak mengedar dadah hanya kerana awak tak ada wang untuk di kirimkan pada mak dan adik adik di sini. Kalau boleh mak nak awak kerja yang halal... cari wang dengan cara yang halal... mak tak nak awak cari wang dengan cara yang tidak halal..."

Fariz diam membisu sebaik saja dia mendengar perkataan emaknya itu. Dia sebenarnya terpukul dengan perkataan emaknya sendiri. "Cari wang dengan cara yang halal..." perkataan itu kembali bergema di cuping telinganya. "Riz... kenapa awak diam?... awak dengar tak apa yang mak cakapkan ni?", soal emaknya di hujung talian. "Dengar mak...", balasnya perlahan lahan. "Riz... mak nak awak dengar cakap mak... kalau awak bekerja kat bandar tu awak kerjalah elok elok... jangan buat kerja yang tidak elok... ingat pesanan mak tu ya?", kedengaran emaknya meninggalkan pesanan padanya. "Yalah mak...", balas fariz perlahan lahan. "Oklah, mak nak pergi ke rumah mak kiah ni... dia nak belajar dari mak macamana nak buat kek pelangi indah yang selalu mak buat tu.."
"yelah mak... sampaikan salam saya pada adik adik, ya?..."
"Hm... baiklah... awak kerja baik baik kat sana ya, riz... jaga diri awak tu elok elok... ok, bye..."
"Bye..."

Talian di hujung sana di putuskan. Fariz meletakkan handphonenya di atas meja. Dia kembali menghisap rokok di tangan sambil memandang di luar jendela. Panorama bandaraya yang indah sedikit pun tidak dapat meredakan perasaan sedih di lubuk hatinya. Dia teringatkan perkataan yang di ucapkan oleh emaknya sebentar tadi. "kalau awak bekerja kat bandar tu awak kerjalah elok elok... jangan buat kerja yang tak elok... ingat pesanan mak tu, ya?", kata kata emaknya terus bergema di cuping telinganya. "Mak, aku tak tahu nak cakap apa lagi dengan mak... memang mak tak tahu apa sebenarnya pekerjaan yang aku lakukan selama ini... semua wang yang aku kirimkan pada mak itu bukannya wang yang halal... semuanya haram... aku bukannya pengedar dadah mak tapi aku menjual tubuhku hanya untuk membiayai kos perubatan mak di kampung... aku tahu perbuatan aku ni salah tapi aku sudah terdesak mak... aku tak nak tengok mak sakit tenat sebab itulah aku berusaha untuk membiayai kos perubatan mak... tolong maafkan aku kerana membohongi mak selama ini... maafkan aku...", bisik fariz dalam kesedihan. Matanya di genangi airmata. Tiba tiba, "sayang, are you ready now?... saya dah mandi dah ni...", kedengaran suatu suara menyapanya dari belakang. Perlahan lahan tubuhnya di peluk oleh seseorang. Dia tahu itu suara puan sri mardiah isteri kepada tan sri ismail. Dia akan bermalam di hotel mixon dengan wanita tersebut. Perlahan lahan dia berpusing ke belakang lalu berdiri menghadap wajah wanita yang hampir sebaya dengan emaknya itu. Dia cuba tersenyum lebar menampakkan lesung pipit di pipinya. Dia tahu dia perlu berwajah riang pada customernya, walaupun dalam hati dia merasa sedih....

*** *** ***

Puan sri mia duduk di atas birai katilnya. Jam di dinding di perhatikannya seketika. Ianya tepat menunjukkan pukul 12 tengah malam. Suaminya masih juga belum balik ke rumah. Dia merasa sedih dan terkilan dengan sikap suaminya yang sering mengabaikannya. Sebenarnya dia merasa kesepian. Kesepian yang amat sangat. Mungkin benarlah suaminya ada perempuan simpanan di luar sana sebab itulah dia sering balik lewat ke rumah. dia mula merasa curiga dengan suaminya sendiri. Dalam kesepian yang mencengkam jiwa, dia pun segera menghubungi rakannya datin amira tapi panggilan handphonenya tidak di jawap oleh wanita tersebut. Agaknya datin amira sudah tidur kot. Begitulah tekaannya. Dia tidak tahu pada siapa dia harus mengadu. Ketika dia sedang duduk di atas birai katilnya tiba tiba saja dia teringat akan seseorang. Dia pun terus menghubungi orang itu...

fariz sedang berbaring di atas katilnya tiba tiba saja handphonenya berbunyi nyaring. Dia pun segera menjawap panggilan di handphonenya itu.

"Hello..."
"Hello... ini puan sri mia bercakap..."
"Oh!... puan sri mia yang mana satu ni?"
"Eh.... awak dah lupa ke dengan wanita yang awak jumpa di bilik kecil dalam kapal persiaran milik datin juriah tempohari?"
"Oh... ya... baru saya ingat... ada apa hal awak call saya ni?"
"Maaflah sebab saya mengganggu awak tengah malam buta ni... er, boleh tak awak datang jumpa saya tepat pada pukul 12.30 malam ni di hotel empayar kat jalan tunku abdul malam ni?... saya nak berjumpa dengan awak..."
"Hm... baiklah... saya akan datang jumpa awak di sana..."
"Ok, see you later. Bye..."
"Bye..."

Fariz segera bangun dari atas katilnya. dengan pantas dia menukarkan pakaiannya. Kemudian dia beredar dari situ....

CINTA TERLARANG (18)Where stories live. Discover now