Sebulan lebih telah berlalu, Shasha dan abangnya haikal masih lagi bersedih di atas kematian mummy mereka yang tersayang. manakala Tan sri rizal pula kembali menjalani kehidupannya seperti biasa. Dia masih teringat lagi wajah arwah isterinya di bilik mayat ketika dia pergi mengecam mayat isterinya itu. Memang betul wanita tersebut sudah mati. Namun ada satu hal yang membuatkan dia merasa terkejut. Orang yang mati dengan isterinya bukanlah pemuda yang melancong bersama isterinya tapi yang mati itu ialah pembunuh upahannya sendiri. Dia merasa sungguh terkejut sebaik saja dia melihat mayat lelaki tersebut. Dia mula tertanya tanya ke manakah perginya pemuda yang melancong bersama isterinya tu?... sehingga kini persoalan itu masih belum terjawap...
*** *** ***
Fariz duduk diam di dalam bilik tidur itu seorang diri. Sudah sebulan lebih dia berkurung di dalam bilik tidur tersebut. Puan salina dan anaknya lisa menjaganya dengan baik. Mereka turut berdukacita di atas kematian puan sri mia. Mereka membantu fariz dalam kesusahannya. Dalam diam dia bersyukur sebab ada juga orang yang sudi menerimanya di dalam rumah mereka setelah apa yang telah terjadi. Apa apa pun fariz masih berdukacita di atas kematian kekasihnya itu. Dia selalu menonton rakaman yang telah di simpankannya di dalam camcorder yang di bawanya. Kelihatan puan sri mia sedang minum air cappucino di dalam gelasnya. Dia menyergah wanita tersebut secara mendadak. Wanita itu terus menjerit kerana terkejut. Dia ketawa lalu duduk di sebelah wanita itu. Mereka mula bergurau senda di meja makan tersebut. Apabila fariz menonton rakaman di dalam camcorder itu dia merasa sungguh sedih sekali. Dia seperti tidak dapat menerima kenyataan bahawa wanita tersebut telah pergi tinggalkannya buat selama lamanya. hanya kerana dia di bunuh oleh pembunuh upahan suaminya yang keparat itu.
fariz masih teringatkan peristiwa yang terjadi sebulan yang lalu di mana wanita tersebut di bunuh dengan kejamnya. Dia tidak akan dapat melupakan peristiwa itu. Hanya satu saja caranya untuk selesaikan masalah tersebut iaitu membalas dendam dengan membunuh tan sri rizal lelaki yang tak guna itu. dia rasa sudah tiba masanya untuk dia membalas dendam pada lelaki tersebut. Dia berkira kira hendak balik semula ke negara malaysiana melalui jalan laut. Kebetulan steven john, adik lelaki kepada suami puan salina bekerja di dalam kapal laut kontena itu. Steven telah berjanji padanya bahawa dia akan menyembunyikan fariz di dalam biliknya jikalau ada pemeriksaan mengejut di setiap pelabuhan. Apabila fariz mendengar janjinya itu dia mula merasakan ianya lebih selamat daripada menaiki kapal terbang. Sebenarnya dia takut jika ada pihak polis yang menjejakinya. Maklumlah dia pernah naik kapal terbang bersama sama dengan puan sri mia. Tentu mereka akan menangkapnya dan menahannya untuk sesi soal siasat. jadi dia pun mengambil keputusan untuk balik melalui jalan laut saja. Fariz akan menaiki kapal laut kontena yang belayar dari pelabuhan milea ke negara malaysiana. Ianya mungkin akan memakan masa yang lama untuk sampai ke sana tapi dia tidak peduli. Yang penting dia selamat sampai di tempat yang di tuju.
*** *** ***
Shasha sedang melangkah keluar dari dalam bangunan agency modelling itu dengan langkah kaki yang lemah sekali. Dia melangkah menuju ke arah keretanya. Ketika dia hendak membuka pintu keretanya dengan anak kunci di tangan tiba tiba saja anak kunci di tangannya terjatuh di atas tanah. Perlahan lahan dia tunduk mengambil anak kunci tersebut. Ketika dia sedang tunduk mengambil anak kunci keretanya itu kelihatan sepasang kaki berkasut nike serba hitam sedang berdiri di depan matanya. Perlahan lahan dia mendongakkan wajahnya. Dia terkejut sebaik saja dia melihat fariz sedang berdiri di depan matanya. Siap tersenyum pula tu. "Fariz?... fariz junaidi ke ni?!!!...", soal shasha cukup terkejut. Semua files di tangannya terjatuh di atas tanah. Fariz hanya menganggukkan kepalanya.
Shasha segera memeluk pemuda tersebut. "Oh... i missed you so much riz...", shasha bersuara dengan suara yang riang. Airmata gembira mengalir di pipinya. Perlahan lahan Fariz memeluk gadis itu. "Ke mana awak menghilangkan diri selama ini riz?", soal shasha sambil meleraikan pelukannya. Dia mengesat airmata kegembiraannya dengan tangannya sendiri. "Membawa diri ke suatu tempat yang jauh di mana tiada siapa pun yang mengenali saya...", balas fariz perlahan lahan. "Apa maksud awak tu riz?... saya tak fahamlah...", soal shasha ingin tahu. "Tak perlulah saya jelaskan maksudnya pada awak... saya dah ada kat sini... so chill out, will you?", fariz bersuara sambil tersenyum. "Okay, urm... apa kata kita keluar jalan jalan ke pantai petang ni?", soal shasha seraya tersenyum lebar. "Okay, no problem...", balas fariz dengan pantas. Mereka pun berjalan masuk ke dalam kereta milik shasha. Di sepanjang perjalanan mereka berbual bual dengan riangnya. Shasha lihat fariz masih memakai cincin pertunangan mereka. Itu sudah cukup menggembirakan hatinya. Fariz tahu shasha begitu gembira saat itu. Kegembiraan gadis tersebut terpancar jelas di wajahnya.
YOU ARE READING
CINTA TERLARANG (18)
Romance#5 in romance (28/08/16) Sinopsis: seorang isteri merasa di abaikan oleh suaminya sendiri. manakala seorang pemuda terpaksa menjadi gigolo kerana kesempitan wang. mereka di kurung oleh seseorang di dalam sebuah bilik. dari situlah kisah ini bermula...