CINTA TERLARANG 41

11.2K 75 6
                                    

"Ehemmm!... kenapa korang tercegat kat situ pula... dah tiba masanya untuk bekerja... lets get to work...", tegur puan sri mia dari tempat duduknya. Mahu tidak mahu shasha pun melangkah masuk ke dalam office. manakala fariz pula beredar dari situ.

*** *** ***

fariz melangkah keluar dari dalam bangunan itu. dia lihat shasha sedang mengangkat files yang banyak di tangannya. sejak gadis tersebut bekerja dengan mummynya dia sibuk saja di dalam office. macam macam benda dia kena buat. kadang kadang kerja yang tidak dapat di siapkannya akan di bawa ke rumah. buktinya setiap hari lepas waktu bekerja dia akan bawa balik banyak files ke rumah. tentu dia nak siapkan kerjanya di rumah. bila fariz melihat gadis itu terkial kial membawa files di tangan dia merasa kasihan pula. perlahan lahan dia menghampiri gadis tersebut. "boleh saya bantu awak?", soal fariz. "ooh... awak fariz... ingatkan siapa tadi...", shasha terkejut sebaik saja fariz muncul di depan matanya. "er... boleh saya bantu awak angkat files awak yang banyak tu?", soal fariz lagi.

"boleh... tolong bawakan files ni ke dalam kereta saya...", shasha bersuara sambil menyerahkan files di tangannya pada fariz. "baiklah...", dengan pantas fariz mengambil ke semua files tersebut lalu di angkat files files itu semua menuju ke kereta porche milik shasha. mereka berjalan beriringan. "thanks riz sebab awak sudi tolong saya angkat semua files ni...", shasha bersuara sambil membuka pintu keretanya. "sama sama... wah!... sejak awak jadi assistant mummy awak tu awak semakin sibuk, eh...", fariz bersuara sambil tersenyum. "yeah.... sibuk memanjang... sehinggakan saya tak ada masa nak keluar jalan jalan macam dulu lagi...", shasha bersuara perlahan lahan. "eh... takkanlah awak langsung tak ada masa keluar jalan jalan... itu dah melampau dah tu...", komen fariz. "yeah... you can say that again...", shasha bersuara sambil ketawa kecil. "mummy awak tak bagi awak peluang untuk keluar jalan jalan ke?", soal fariz ingin tahu. "dia ada bagi saya peluang untuk keluar jalan jalan tapi saya tak berani jalan seorang diri kat bandar tu... saya takut kena... you know...", shasha berhenti bersuara.

"you mean awak takut kena serang dengan perogol seperti apa yang berlaku hari tu?", soal fariz. "yep...", balas shasha sepatah. dia menutup pintu keretanya. "ooohhh... awak masih trauma dengan peristiwa yang terjadi hari tu?", soal fariz sambil memandang wajah gadis tersebut. "ya... ianya masih segar di ingatan...", balas shasha perlahan lahan. dia berdiri sambil menyandarkan tubuhnya di kereta porche itu. fariz pun turut menyandarkan tubuhnya di kereta tersebut. mereka memandang di kejauhan. "bila saya memikirkan kembali peristiwa yang terjadi tempohari saya merasa sungguh bernasib baik kerana awak datang menolong saya ketika itu... kalau awak tidak datang menolong saya ketika itu sudah tentu saya sudah di rogolnya... by the way, saya nak tanya awak suatu soalan...", shasha bersuara perlahan lahan. "apa dia?", soal fariz. "kenapa awak masih nak tolong saya sedangkan saya baru saja memarahi awak kerana awak selalu keluar dengan mummy saya?... lagi pun saya anggap awak seperti musuh saya tapi kenapa awak masih nak tolong saya?... kenapa awak tak biarkan saya begitu saja malam tu?", soal shasha ingin tahu. fariz tersenyum lembut. "Sebab saya tak boleh membiarkan orang lain berada di dalam kesusahan... sebagai seorang manusia kita harus tolong menolong sebab itulah saya menolong awak... bagi saya jika kita saling tolong menolong hidup kita pasti akan menjadi bertambah baik...", balas fariz.

"oh begitu... tak sangka ya awak ni suka menolong orang lain...", komen shasha. "yeah... saya memang macam ni... saya tak tahan kalau melihat orang dalam kesusahan... saya merasa turut terbeban kalau ada orang di landa kesusahan...", kata fariz dengan jujur. shasha terdiam sebaik saja dia mendengar perkataan pemuda itu. dalam diam dia mengakui bahawa fariz seorang pemuda yang baik hati. patutlah mummynya suka keluar dengan fariz. rupa rupanya dia mempunyai sekeping hati yang baik. itu yang menarik hatinya untuk mengenali fariz dengan lebih mendalam lagi. "riz.... kalau saya ajak awak keluar dengan saya awak nak tak?", soal shasha setelah dia lama berdiam diri. sebenarnya inilah pertama kali dia memberanikan diri mengajak seorang lelaki keluar dengannya. dulu banyak juga lelaki yang mengajaknya keluar tapi mereka bukannya 'taste' dia. so dia pun menolak ajakan mereka tapi bila dia bersama dengan fariz dia merasa seperti 'tertarik' pula.

CINTA TERLARANG (18)Where stories live. Discover now