CINTA TERLARANG 58

8.1K 52 6
                                    

dalam keadaannya yang kekalutan itu pintu bilik stor tersebut di buka orang. kelihatan jamil aka jamilah sedang berdiri di ambang pintu stor itu. dia berkira kira hendak mengambil barang di dalam bilik stor tu tapi langkah kakinya terhenti sebaik saja dia melihat puan sri mia terbaring di atas lantai. "oh my God... apa telah terjadi ni?...", soal jamil aka jamilah sambil meluru ke arah wanita yang terbaring di atas lantai itu. "dia jatuh pengsan...", jawap fariz dengan ringkas. kebetulan pada waktu yang sama kelihatan shasha sedang berjalan masuk ke dalam bilik stor tersebut. dia pun turut merasa terkejut sebaik saja dia melihat mummynya terbaring di atas lantai. "apa yang telah terjadi ni?... kenapa mummy terbaring kat atas lantai ni?", soal shasha terkejut. "dia jatuh pengsan..." sekali lagi fariz memberikan jawapan yang sama pada gadis itu.

"kata orang tua tua kalau ada orang pengsan kita kena renjiskan sedikit air di wajahnya. tentu dia akan sedar dari pengsannya...", kata jamil aka jamilah. "kalau begitu biar saya pergi ambilkan air...", fariz segera berlari keluar dari situ. dia muncul dengan segelas air di tangannya. shasha segera merenjiskan sedikit air di wajah mummynya itu. tidak lama kemudian puan sri mia mula sedar dari pengsannya. fariz menarik nafas lega. begitu juga dengan shasha dan jamil aka jamilah. "mummy tak apa apa kan?", soal shasha ingin tahu. "ya... i think so...", puan sri mia sambil memegang kepalanya yang masih terasa berat. "mummy, kalau mummy rasa tak sihat lagi biar saya hantarkan mummy ke hospital...", saran shasha. "tak payahlah sha... mummy okay aje ni...", balas puan sri mia perlahan lahan. dia lihat fariz hanya diam memerhatikannya. perlahan lahan dia bangun dari atas lantai dengan di bantu oleh shasha dan jamil aka jamilah. belum pun sempat dia bersuara pada fariz, pemuda itu sudah pun pergi dari situ...

*** *** ***

"fariz... pihak kelvin clint nak awak jadi model bagi seluar dalam keluaran mereka. awak nak tak jadi model mereka?... mereka akan bayar awak dengan gaji yang lumayan...", shasha bersuara sebaik saja dia melihat fariz melangkah masuk ke dalam studio pagi itu. fariz mengangggukkan kepalanya. "oh... baguslah kalau macam tu... awak akan jadi model seluar dalam keluaran kelvin clint...", dengan riangnya shasha bersuara. fariz hanya diam saja memerhatikan gadis itu. dia lihat shasha begitu gembira sejak mereka bertunangan. dia asyik tersenyum dan ketawa. memang shasha cantik orangnya tapi masalahnya fariz tidak cintakan gadis itu. dia masih cintakan puan sri mia walaupun wanita tersebut telah melukakan hatinya. cuma dia merasa hairan kenapa wajah puan sri mia sejak akhir akhir ini terlalu pucat dan kenapa tiba tiba saja wanita itu jatuh pengsan di dalam bilik stor tempohari.

mungkinkah dia ada masalah kesihatan?... ingin saja dia bertanya pada shasha apa yang menyebabkan puan sri mia jadi begitu namun dia tidak berani bertanya kerana dia tahu shasha tidak suka dia bertanyakan soalan tentang mummynya. so dia pun berdiam diri di tempat duduknya. tiba tiba saja tangan kirinya terasa di pegang erat oleh seseorang. "riz... selepas sesi photoshoot pagi ni, kita keluar jalan jalan ya...", kelihatan shasha sedang berdiri sambil memegang tangannya. fariz hanya menganggukkan kepalanya. shasha tersenyum gembira. dia terus mengucup pipi pemuda tersebut. fariz hanya duduk diam di tempat duduknya. dia sedikit pun tidak menunjukkan sebarang ekspresi. pandangannya kosong, sekosong hatinya juga...

*** *** ***

puan sri mia memandu keretanya perlahan lahan. dia berhenti sebaik saja lampu isyarat di depan matanya berwarna merah. dia memandang di sekelilingnya. pandangan matanya terhenti pada billboard besar yang terbentang di tepi lebuhraya itu. ianya menggambarkan fariz sedang berdiri dengan baju kemeja terbuka. ianya mendedahkan dadanya yang bidang dan dia kelihatan tunduk memandang ke bawah. dia hanya memakai seluar dalam jenama kelvin clint. pemuda itu kelihatan begitu seksi di atas billboard tersebut. namun ada yang hilang dari wajah fariz. senyumannya. dia tidak tersenyum. dia kelihatan sedih dalam imej di atas billboard itu. "fariz, aku tahu kau sedih kerana aku telah melukakan hati awak... maafkan aku, sayang...", bisik puan sri mia dengan sedih. tiba tiba, "piittt... pittt... pitttt....", kedengaran bunyi hon kereta di belakangnya. rupa rupanya lampu di depan matanya sudah bertukar warna hijau. dia kembali memandu keretanya.

CINTA TERLARANG (18)Where stories live. Discover now