CINTA TERLARANG 48

9.8K 69 6
                                    

BAB 12

keesokan harinya fariz pergi ke tempat kerjanya seperti biasa. dia bertemu dengan alisha dan kawan kawannya yang lain. dia berbual dengan mereka sebelum memulakan final rehearsal runaway show kat atas pentas. ianya untuk persiapan terakhir mereka sebelum mereka berangkat ke kota new yolk untuk persembahan fesyen musim luruh di sana. seperti biasa puan sri mia menyuruh anak gadisnya shasha menguruskan para model di situ. manakala dia hanya memerhatikan mereka dari dalam officenya. dia saja membiarkan shasha menguruskan semua model yang ada di situ sebab dia berhasrat hendak menyerahkan agency modeling tersebut pada anak gadisnya apabila dia bersara kelak. dia yakin yang shasha akan berjaya menguruskan agency modelling itu di masa depan.

ketika dia sedang memerhatikan shasha dari dalam officenya, kelihatan fariz datang menghampiri shasha. mereka berbual bual seketika. nampak gayanya fariz sudah semakin mesra dengan shasha. dalam diam dia merasa cemburu apabila dia melihat fariz berbual bual dengan shasha. dia menggetapkan bibirnya. "kenapa pula kau harus merasa cemburu mia?... bukankah kau sendiri yang minta fariz rapat dengan shasha?... sekarang dia dah tunaikan permintaan kau... so, no need for you to feel jealous about them...", bisik puan sri mia pada dirinya sendiri. dia cuba memadamkan api cemburu yang ada di sudut hatinya... ketika dia sedang memikirkan tentang fariz tiba tiba saja telefon di atas mejanya berbunyi nyaring. dia pun segera menjawap panggilan tersebut.

"hello..."
"hello... selamat pagi mia, saya ni datin amira... wah... sejak kebelakangan ni awak tidak mahu menghubungi saya lagi, eh... kalau awak busy pun janganlah lupakan kawan..."
"oh... datin amira, sorrylah... saya memang busy tapi saya tak pernah lupakan awak... saya saja tak nak ganggu awak... kalau saya selalu menghubungi awak di sana nanti awak cakap saya ni tak ada kerja lain lagi ke nak ganggu awak 24 jam..."
"weh... saya tak kisahlah kalau awak ganggu saya 24 jam... wei, apa khabar awak ar?.... sudah lama kita tidak bersembang... awak buat apa sekarang?"
"biasalah... saya busy uruskan agency modelling saya ni..."
"wei... minggu lepas saya ada pergi ke pulau bati. pihak resort di pulau bati tu ada bagi saya kalendar baru khas untuk pelanggan VIP... saya tengok kat kalendar tu ada wajah models dari agency awak... awak ada model lelaki baru, eh..."
"ya..."
"saya macam kenal salah seorang dari model lelaki baru awak tu..."
"yang mana satu tu?"
"yang berwajah cute bagaikan penyanyi remaja orang putih tu... yang orang panggil justin bibir?..."
"Bukan... Justin bieber..."
"Ya... dia berkulit cerah, berambut hitam, bermata coklat, bertubuh tegap dan sasa. bila dia tersenyum ada lesung pipit di pipi tu... kalau tak salah itu ialah salah seorang dari lelaki gigolo yang pernah saya upah untuk melayani awak kat dalam kapal persiaran datin juriah tempohari tu, kan?"
puan sri mia terdiam sejenak. dia tidak tahu bagaimana caranya hendak menjawap soalan wanita itu.
"hello... puan sri, awak masih ada kat hujung talian tak?... hello?!...", sekali lagi wanita itu berbicara tapi kali ini puan sri mia tidak mahu menjawap soalannya. dia terus saja meletakkan gagang telefon di tempatnya. dia sengaja tidak mahu menjawap soalan wanita tersebut sebab dia tidak mahu kisah silam fariz terbongkar. dia hendak melindungi pemuda itu dari di ganggu oleh wanita yang gatal miang seperti datin amira.

*** *** ***

sebaik saja mereka selesai membuat rehearsal runaway show kat atas pentas kelihatan puan sri mia tampil ke depan untuk mengumumkan satu perkara pada para modelnya yang ada di situ.

"boys and girls... party anniversary perkahwinan saya akan di adakan di rumah saya pada malam nanti... korang semua di jemput untuk hadir ke rumah saya bagi meraikkan anniversary perkahwinan saya dengan suami saya pada tahun ini... acara akan di mulakan tepat pada pukul 8 malam. sila datang beramai ramai ke rumah saya malam ini....", puan sri mia bersuara dengan lantang sekali. "baiklah, madam... kami akan datang...", laung alisha cukup teruja. fariz hanya diam memandang wajah wanita tersebut. dengan hanya memandang wajahnya dan mendengar suaranya saja sudah cukup mengubati rasa rindu di hatinya.

CINTA TERLARANG (18)Where stories live. Discover now