CINTA TERLARANG 63

8.9K 61 3
                                    

Puan sri mia segera menoleh ke belakangnya. Kelihatan fariz sedang berdiri tidak jauh dari situ. Dia menyandang beg sandang di atas bahunya. Puan sri mia segera berjalan pantas menuju ke arahnya. "Oh syukurlah... akhirnya awak datang juga, riz... saya fikir awak tidak datang tadi...", ucap puan sri mia. Setitis airmata mengalir di pipinya. "Awak menangis mia?... owh... janganlah menangis... saya kan dah ada kat sini...", fariz bersuara sambil mencuit hidung wanita tersebut dengan jari telunjuknya. Puan sri mia segera mengesat airmatanya seraya tersenyum tersipu sipu malu. "Habis tu dari tadi saya tunggu awak tapi awak tak datang jadi saya merasa sedihlah...", puan sri mia bersuara separuh merajuk. "Alolorh... sayang busuk ni, itu pun nak sedih sedih... sorrylah saya lambat datang sebab traffic light jam tadi... anyway, i'm here now... so be happy and smile, sayang...", ucap fariz sambil tersenyum menampakkan lesung pipit di pipinya. Puan sri mia merasa sungguh gembira sebaik saja dia melihat senyuman kembali menghiasi wajah pemuda tersebut. Cepat cepat dia memegang tangan fariz lalu mereka mula melangkah masuk ke dalam balai berlepas yang terletak tidak jauh dari situ.

*** *** ***

Tan sri rizal terjaga dari tidurnya. Dia lihat puan sri mia tidak ada di sebelahnya. Mungkin isterinya sudah pergi melancong kot. Dia terkejut sebaik saja dia melihat ada sampul surat biru di atas dadanya. Dia pun mengambil surat itu lalu membacanya

Abang,
Selamat pagi. Tentu abang merasa terkejut apabila abang melihat surat ini. Saya sengaja menulis surat ini supaya abang membacanya sebaik saja abang terjaga dari tidur.

Abang,
Banyak perkara yang ingin saya katakan pada abang selama ini tapi bila saya melihat abang sentiasa sibuk dengan pekerjaan abang saya terpaksa berdiam diri. Sebenarnya saya ingin nyatakan perkara ini pada abang tapi saya tidak berkesempatan berbuat demikian. Jadi saya mengambil keputusan untuk meluahkan segala isi hati saya di dalam surat ini.

Abang,
Selama 28 tahun kita berkahwin saya tidak pernah merasa bahagia selama menjadi isteri abang. Mungkin abang merasa terkejut apabila saya mengatakan yang saya tidak bahagia hidup bersama abang. Tentu abang tertanya tanya kenapa saya tidak merasa bahagia hidup bersama abang... baiklah, biar saya berterus terang dengan abang. Selama kita berkahwin, abang jarang sekali berkomunikasi dengan saya sebab abang selalu sibuk dengan pekerjaan abang. Lagi pula abang lebih mementingkan pekerjaan abang daripada saya. Abang jarang sekali ambil berat tentang diri saya. Bila saya merasa sakit, abang tidak ada di samping saya. Bila saya merasa sedih, abang tidak ada di samping saya. Bila saya merasa kesepian dan kesunyian abang tidak ada di samping saya.

Pendek kata saya seperti tunggul kayu yang tidak berguna dalam keluarga ini. Anyway, saya berkahwin dengan abang dulu pun kerana terpaksa. Tiada rasa cinta di hati ini walaupun bertahun lamanya kita hidup bersama. Selama saya hidup dengan abang saya tidak pernah merasai apa itu cinta tapi bila saya bertemu dengan seorang pemuda yang jauh lebih muda daripada saya tiba tiba saja saya di lamun cinta. Mungkin abang merasa marah apabila membaca surat saya ni tapi inilah kenyataannya. Saya jatuh cinta pada seorang pemuda yang jauh lebih muda daripada saya. Dia selalu ada di samping saya ketika saya merasa kesepian dan keseorangan. Malah dia menjadi teman bual saya yang paling akrab. Dia memberikan saya sesuatu yang saya dambakan selama ini iaitu perhatian dan juga kasih sayang dari seorang lelaki. Dia mengajar saya apa itu erti cinta yang sebenarnya....

Abang,
Saya minta maaf jikalau perkataan saya ini menyakiti hati abang tapi apa yang saya tulis ini memang betul. Saya ingin berterus terang dengan abang supaya abang tidak tertanya tanya kenapa saya berubah sejak kebelakangan ini. Apa apa pun saya mohon pengertian dari abang supaya abang dapat menerima kenyataan ini dengan baik. Jikalau abang merasa nak ceraikan saya pun saya tak kisah sebab saya tahu saya bukannya seorang isteri yang baik. Sebelum saya mengundurkan diri saya mohon maaf dari abang kerana berlaku curang di belakang abang. Apa apa pun abang jangan bimbang... mungkin selepas ini abang tidak akan merasa sakit hati pada saya lagi sebab saya akan pergi jauh meninggalkan semua orang. mungkin pada masa tu abang tidak dapat bertemu dengan saya lagi tapi tidak mengapa, saya tidak kisah pun tentang perkara tu. Yang penting saya sudah meluahkan isi hati saya pada abang di sana. Semoga abang dapat memaafkan kesalahan saya ini. Sekian dulu buat kali ini. Wassalam...

CINTA TERLARANG (18)Where stories live. Discover now