CINTA TERLARANG 68

8.9K 55 0
                                    

BAB 16

Keesokan harinya puan sri mia bangun awal dari tidurnya. Dia mengejutkan fariz dari tidurnya. Mereka bersarapan pagi bersama puan salina. Setelah bersarapan pagi mereka pun bertolak dari situ. Sempat juga puan salina memberikan rakannya itu sehelai maps dan alamat rumah lelaki tuan punya cabin yang tinggal di highstoll valley. Mereka bertolak dari situ tepat pada pukul 8 pagi. Mereka berhenti di gas station untuk mengisi minyak kereta. Puan sri mia memasuki grocery mart yang berdekatan. Dia hendak membeli barang makanan di situ. Ketika dia sedang memilih gardenia bread di atas rak tidak jauh dari situ, dia terasa yang dirinya sedang di perhatikan oleh seseorang. dia terus menoleh ke belakang tapi tiada sesiapa pun yang memerhatikannya. Dia berfikir mungkin dia terlalu paranoia akibat peristiwa yang terjadi di hotel kelmarin. Dia cuba untuk tidak memikirkannya. Dia kembali memilih gardenia bread yang di sukainya. Setelah selesai dia membayar harga bread tersebut di kaunter yang berdekatan. Dia melangkah keluar dari dalam grocery mart itu.

Fariz sudah sedia menunggunya di dalam kereta. Sebaik saja puan sri mia masuk ke dalam kereta tersebut kereta itu terus meluncur laju dari situ. Mereka memulakan perjalanan sambil mendengar lagu di radio. Maps di tangan di perhatikan. Puan sri mia menjadi penunjuk arah. Manakala fariz pula memandu kereta mengikut arahan wanita itu. Tidak lama kemudian mereka pun sampai di pekan kecil highstoll valley. Sebaik saja mereka sampai di situ, Puan sri mia pun terus menghubungi tuan punya cabin tersebut. Beberapa minit kemudian lelaki itu datang menemui mereka di situ. Lelaki tersebut memperkenalkan dirinya sebagai charlie james. Dia seorang lelaki tua yang agak peramah. Mungkin umurnya dalam lingkungan 70-an. Dia terus membawa puan sri mia dan fariz menuju ke cabin yang terletak agak terpencil di tepi hutan wilkenson. Cabin kayu itu kelihatan sederhana. Keadaan di dalam cabin itu agak bersih dan kemas. Malah perabot di dalamnya kelihatan antik. Cabin tersebut mempunyai dua buah bilik tidur, ruang tamu kecil, ruang dapur kecil, bilik mandi dan tandas yang berasingan. Walaupun cabin itu terletak agak terpencil di tepi hutan namun keadaannya begitu aman dan damai sekali.

Kelihatan pokok bunga matahari yang hidup melata tidak jauh dari cabin tersebut. Ianya begitu cantik sekali. Yang lebih mengagumkan ialah pemandangan di sekitar kawasan hutan tersebut. Ianya begitu indah sekali. Di belakang cabin itu ada air terjun dan anak sungai jernih yang berbatu. Fariz mula merancang hendak mandi manda di situ apabila mereka menyewa di cabin tersebut. Setelah berbual buat beberapa ketika puan sri mia pun bersetuju menyewakan cabin itu selama sebulan. Terkejut betul fariz apabila dia mendengar wanita tersebut ingin menyewa cabin itu selama sebulan. Itu bermakna mereka akan tinggal di situ dalam tempoh yang agak lama. Setelah puan sri mia membayar sewa cabin tersebut dan lelaki tua itu pergi meninggalkan mereka di situ, fariz pun segera menghampiri wanita tersebut. "Mia, kenapa awak menyewa cabin ni selama sebulan? Itu satu tempoh yang lama tau... awak tak nak balik ke bandar mega lagi ke?", soal fariz ingin tahu. Ketika itu mereka sudah pun masuk ke dalam cabin tersebut. "Sebenarnya saya tidak ada hati nak balik ke bandar mega lagi riz...", balas puan sri mia perlahan lahan. Dia duduk di atas kerusi yang ada di situ.

Fariz duduk di sebelahnya. "Kenapa awak cakap macam tu?...", soal fariz kehairanan. "Sebenarnya saya sudah mengambil keputusan untuk menghabiskan sisa hidup saya bersama awak di sini... saya tak ada hati nak balik kepangkuan keluarga saya sebab saya sudah memberitahu suami saya tentang hubungan cinta kita...", jelas puan sri mia. "Apa?... awak sudah memberitahu suami awak tentang hubungan cinta kita?", soal fariz terkejut. "Ya... saya sudah memberitahu dia di dalam surat. Sudah tentu dia sudah baca surat tu dan pasti sekarang dia sedang marah pada saya...", kata puan sri mia perlahan lahan. "Jadi sekarang awak nekad tak nak balik ke sana lagi?", soal fariz. "Ya... jikalau saya balik ke sana sudah tentu suami saya akan memarahi saya. Silap haribulan dia akan memukul saya. Daripada saya di marahi dan di pukulnya, lebih baik saya teruskan hidup bersama awak di sini...", balas puan sri mia perlahan lahan.

CINTA TERLARANG (18)Where stories live. Discover now