CINTA TERLARANG 55

9.3K 58 4
                                    

puan sri mia melangkah keluar dari dalam hospital dengan langkah kaki yang pantas sekali. airmata mengalir membasahi pipinya. beberapa orang yang lalu lalang di situ memandang ke arahnya dengan pandangan mata yang hairan. mungkin mereka merasa hairan apabila mereka melihat dia keluar dari dalam hospital sambil menangis kesedihan. dia tidak peduli pada pandangan mata orang lain di situ. dia terus melangkah menuju ke kereta mazda miliknya. pintu kereta di buka dengan pantas sekali. dia segera masuk ke dalam perut kereta tersebut. masih terngiang ngiang lagi di cuping telinganya perbualan di antara dirinya dengan doktor yang memeriksanya di hospital sebentar tadi. "puan sri, ini ialah keputusan hasil dari pemeriksaan kesihatan yang telah di lakukan ke atas diri puan sri tempohari. sebelum saya memberitahu puan sri tentang penyakit puan sri, saya mohon pada puan sri agar bertenang dan bersabar ketika mendengar keputusan pemeriksaan ini, ya...", doktor muda itu memulakan bicara. "baiklah tuan doktor... saya akan cuba bertenang dan bersabar...", puan sri mia bersuara perlahan lahan. "kami mendapati ada ketumbuhan malignan di bahagian pangkal otak puan sri... ini menandakan yang puan sri menghidap penyakit barah otak...", doktor muda itu bersuara sambil memandang wajahnya. terkejut betul puan sri mia sebaik saja dia mendengar berita tersebut.

"apa?... saya menghidap penyakit barah otak?!!!", soal puan sri mia cukup terkejut. "ya... ianya di tahap 4. kira kritikal juga tu sebab di tahap ini sel tumor begitu cepat merebak ke bahagian otak yang lain... biasanya pesakit yang mengalami penyakit ini...", perkataan doktor itu terus di potong pantas oleh puan sri mia. "tidak akan hidup lama di muka bumi ni, kan?... tuan doktor tolong bagitahu saya berapa lama lagi saya akan hidup di muka bumi ini?", soal puan sri mia sedikit tertekan. "oh... itu sangat sukar di jangka sebab saya bukannya Tuhan yang menentukan pendek atau panjangnya umur seseorang tu tapi puan sri jangan bimbang ataupun sedih... kami ada cara untuk merawat penyakit puan sri tu. salah satu caranya ialah rawatan radioterapi sinaran-x stereotaktik. rawatan ini di jalankan dengan menggunakan sistem sinaran radioterapi. ia akan merawat bahagian tumor tanpa meninggalkan kesan pada bahagian otak yang sihat. selain daripada itu ada juga kaedah rawatan secara pembedahan. sebaiknya puan sri cuba dahulu rawatan radioterapi tu. jikalau ianya masih tidak berkesan barulah kita cuba kaedah rawatan secara pembedahan... apa apa pun saya berharap semoga puan sri dapat menerima kenyataan ini dengan baik...", perbualan itu terus bergema dalam cuping telinganya. puan sri mia segera menutup kedua belah telinganya dengan tangannya. "tidak!!!.... kenyataan ini terlalu berat untuk ku terima!!!...", puan sri mia menangis kesedihan. dia menangis seorang diri di dalam keretanya. setelah dia puas menangis dia pun memandu keretanya meninggalkan kawasan hospital yang sibuk itu. dalam diam puan sri mia merancang untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang penyakitnya. terutamanya fariz, suaminya dan juga anak anaknya. dia tidak mahu mereka semua bersedih kerana dirinya. biarlah dia seorang saja yang menanggung kesedihan dan kesakitan ini...

*** *** ***

fariz sedang melangkah keluar dari dalam bangunan apartment yang menempatkan 120 unit apartment tersebut ketika dia melihat kereta mazda hitam milik puan sri mia meluncur laju menuju ke kawasan itu. kereta tersebut berhenti betul betul di depan matanya. "hai sayang...", sapa puan sri mia sebaik saja cermin tingkap keretanya di turunkan. dia kelihatan anggun dengan memakai cermin mata hitam di matanya. "oh hai sayang...", balas fariz sambil tersenyum lebar. "boleh tak awak temankan saya jalan jalan hari ni?... kita pergi bershopping sama sama... tak pun kita jalan jalan kat pantai...", kata puan sri mia beria ia hendak mengajak pemuda itu keluar dengannya. "okay... no problem...", balas fariz dengan riangnya. "kalau macam tu awak yang drive kereta ni... saya terasa malas pula hendak drive kereta ni...", puan sri mia bersuara sambil melangkah keluar dari dalam kereta tersebut. "oh... jadi saya ni driver awaklah untuk hari ni?", soal fariz separuh mengusik. "kira kira macam tulah... jangan banyak cakap lagi... jom kita pergi ke shopping mall hot sale sekarang juga... saya nak bershopping bersama awak hari ni...", kata puan sri mia lalu duduk di kerusi sebelah. fariz segera duduk di atas kerusi. dia mula memandu kereta tersebut. puan sri mia memasang radio keretanya. mereka mula menyanyi bersama sama. dalam suasana keriangan itu puan sri mia cuba menyembunyikan kesedihan di hatinya. dia melupakan semua masalahnya dengan bernyanyi sambil berhibur bersama pemuda tersebut.

CINTA TERLARANG (18)Where stories live. Discover now