"Er... boleh saya tanya awak?... bila masa pula awak tempah bilik hotel ni? Saya tengok keadaan dalam bilik hotel ni masih bersih dan kemas... awak baru masuk ke dalam bilik hotel ni ke?", soal fariz sebaik saja dia berhenti ketawa. "Hm... tajam sungguh pengamatan awak ni, kan?... ya, memang saya baru masuk ke dalam bilik hotel ni... sebenarnya saya berada kat rumah tadi tapi bila saya tengok suami saya belum balik lagi ke rumah, saya merasa bosan pula tinggal kat rumah seorang seorang. Jadi saya pun datanglah ke sini... buat pengetahuan awak sebenarnya hotel ni milik adik sepupu saya. Saya ialah rakan kongsinya. Apabila dia keluar negara sayalah yang menguruskan hotel ini...", terang puan sri mia perlahan lahan. "Oh... begitu...", fariz menganggukkan kepalanya tanda faham. Mereka terdiam seketika. Fariz menatap wajah wanita itu. Dia nampak cantik. Tidak juga terlalu tua. Mungkin umurnya dalam lingkungan 40 an. Begitulah tekaannya apabila dia menatap wajah wanita tersebut. "Kenapa awak menatap wajah saya macam tu?", soal puan sri mia ingin tahu. "I just wondering, thats all...", balas fariz perlahan lahan. "Wondering about what?...", soal puan sri mia. "About yourself... awak memang di lahirkan di dalam keluarga yang kaya raya ke?", soal fariz ingin tahu.
"ya... walaupun saya di lahirkan dalam keluarga yang kaya raya namun saya merasa kekurangan kasih sayang. Orang tua saya terlalu pentingkan syarikat mereka sehingga mereka mengabaikan saya. Maksud saya, mereka jarang sekali menghabiskan masa dengan saya. Jadi saya membesar di bawah jagaan orang gaji yang di upah menjaga saya sejak dari kecil sehinggalah saya dewasa. Apabila saya tamat pengajian di universiti edison saya di paksa berkahwin dengan seorang lelaki yang saya tidak kenal. Orang tua saya sangat 'strict' ketika itu. Jika saya membantah setiap perkataan mereka sudah pasti saya akan di marahi oleh mereka. Jadi saya terpaksa mengikuti segala kehendak mereka walaupun saya terpaksa berkahwin dengan lelaki yang saya tidak cintai...", cerita puan sri mia perlahan lahan. "Maksud awak suami awak tu ke?", soal fariz ingin tahu. "Ya...", balas puan sri mia sepatah. "Jadi korang berkahwin bukan kerana cinta?", soal fariz sambil memandang wajah wanita itu. "Ya... kami berkahwin secara di paksa... suami saya pun di paksa berkahwin dengan saya padahal dia sudah ada kekasih ketika tu...", kata puan sri mia dengan wajah yang serius. "So macamana dengan kekasih suami awak tu?", soal fariz ingin tahu. "Mereka sudah berpisah setelah kami berkahwin...", jawap puan sri mia perlahan lahan. "Oh begitu... jadi, awak bahagia ke hidup bersama dengan suami awak tu?", soal fariz ingin tahu. "To be honest, saya tak rasa bahagia pun...", balas puan sri mia dengan jujur. "Kenapa awak tak rasa bahagia pula?", soal fariz lagi. "Suami saya sering mengabaikan saya. Dia selalu saja menghabiskan masanya di pejabat sehingga dia tidak ada masa untuk bersama dengan saya... he's a workaholic, you know...", balas puan sri mia dengan wajah yang serius."Oh yakah?... jikalau korang berada di rumah dia pernah berhubungan intim dengan awak tak?", soal fariz ingin tahu. "Dulu adalah... itu pun masa dia tengah mabuk... tapi bila dia tak mabuk dia tak pernah sentuh saya...", jawap puan sri mia dengan jujur. "Hm... thats weird... takkanlah dia langsung tak sentuh awak semasa dia tidak mabuk...", kata fariz kehairanan. "Itulah masalahnya. Dia sering kali mengelak apabila saya bermesraan dengannya. Dia selalu cakap yang dia letihlah, apalah... tiba tiba saja saya rasa seperti orang bodoh pula...", kata puan sri mia dengan wajah yang masam mencuka. Fariz terdiam seketika. "Kenapa awak diam?", soal puan sri mia pada pemuda itu. "Saya tengah berfikir...", balas fariz dengan jujur. "Berfikir tentang apa?", soal puan sri mia ingin tahu. "Tentang suami awak tulah... selama ni suami awak layan awak baik baik tak?", soal fariz ingin tahu. "Layanannya agak kurang sedikit... maksud saya dia tidak lagi menyentuh tubuh saya dalam beberapa bulan ni... dia selalu saja cakap yang dia letih ataupun merasa tidak sihat apabila saya cuba bermesraan dengannya...", kata puan sri mia separuh sedih. "Oh... berapa umur suami awak tu?", soal fariz ingin tahu. "Dia sekarang berumur 56 tahun...", jawap puan sri mia dengan pantas. "Oh i see... anyway, awak yakin sangat ke yang suami awak sudah berpisah dengan bekas kekasihnya tu?", soal fariz lagi. "Ya... suami saya sendiri yang cakap mereka sudah berpisah setelah kami berkahwin... kenapa awak tanya soalan macam tu pula?", soal puan sri mia. "saja nak minta kepastian... kadang kala lelaki ni suka berbohong tau... cakap saja mereka sudah berpisah tapi sebenarnya mereka tak berpisah pun...", balas fariz dengan wajah selamba. "Maksud awak?", soal puan sri mia sambil memandang wajah pemuda itu.
"Maksud saya, mungkin dalam diam dia masih berhubungan dengan bekas kekasihnya tu sebab itulah dia selalu saja tidak menghabiskan masanya dengan awak... lebih teruk lagi jikalau dia ada perempuan simpanan lain. Sudah tentu dia akan melampiaskan nafsunya dengan perempuan tersebut dan apabila dia balik ke rumah dia tidak lagi mampu melayan awak sebab dia dah puaskan nafsunya dengan perempuan lain...", kata fariz dengan wajah selamba. "Hish... takkanlah dia sanggup buat macam tu di belakang saya...", puan sri mia cuba menyanggah pendapat pemuda itu. "Hm... ada juga lelaki kaya yang buat macam tu, tau... mereka boleh pasang 'spare part' yang banyak di belakang isteri mereka... awak sendiri saja yang tak tahu tentang perkara ni...", balas fariz dengan wajah selamba. "Tak semestinya semua lelaki kaya macam tu. saya yakin suami saya tak akan berlaku curang di belakang saya...", kata puan sri mia cuba menafikan perkara tersebut walaupun dia sebenarnya merasa curiga juga dengan suaminya sendiri. "Bagaimana awak yakin sangat yang dia tidak berlaku curang di belakang awak?", soal fariz ingin tahu. "Sebab saya percaya suami saya bukan jenis orang yang kaki perempuan...", balas puan sri mia cuba 'menangkis' segala pendapat negatif tentang suaminya. "Hm... yelah tu... apa apa pun saya sarankan pada awak supaya awak berwas was dengan suami awak tu... manalah tahu apa yang saya cakapkan ni betul betul terjadi... kelak awak juga yang putih mata...", kata fariz dengan wajah yang serius. Puan sri mia terdiam seketika. Dalam diam dia berfikir tentang apa yang di perkatakan oleh pemuda tersebut. Memang dia ada syak suaminya berhubungan dengan perempuan lain tapi dia cuba menafikannya sebab dia tidak ada bukti yang sah tentang kecurangan suaminya itu. Jadi dia pun cuba membuang segala fikiran negatif tersebut dari mindanya. Ketika mereka sedang duduk diam di situ. Tiba tiba, handphone di tangannya berbunyi nyaring.
Dia pun segera menjawap panggilan di handphonenya itu. "Hello..." *diam seketika*. "oh, abang... saya berada di 24 hours open foods restoran dengan datin amira. We're just having our late supper tonight... abang kat mana ni?" *diam seketika*. "oh... abang kat rumah... okay, sekejap lagi saya akan balik ke rumah... abang tunggu saya, ya...", cepat cepat puan sri mia bangun. Handphone di tangannya di matikan. Dia terus mengambil tas tangannya lalu di tariknya beberapa keping not seratus dari dompet di dalam tas tangannya itu. Kemudian dia menyerahkan wang kertas tersebut pada pemuda itu. "Suami saya panggil saya balik ke rumah. Terima kasih saya ucapkan pada awak sebab awak sudi datang dan mendengar omelan saya tadi... nah... ini upah awak... lain kali kalau saya perlukan awak lagi saya akan call awak... oh... by the way, jangan lupa awak mesti datang ke agency modelling saya awal pagi esok... saya nak awak terus bekerja dengan saya...", kata puan sri mia sambil tersenyum lebar. Dia menyerahkan wang kertas di tangannya pada pemuda itu. Fariz segera mengambil wang tersebut. "Okay, saya akan datang pagi esok tapi terima kasih kerana awak sudi menerima saya bekerja di agency modelling awak tu... it's a big honor to me...", kata fariz dengan lembut. "Oh, you are welcome... kita asyik berbual dari tadi tapi saya tak tahu nama awak... siapa nama awak?....", soal puan sri mia. "Oh... Nama saya ialah fariz bin junaidi. Just call me ariz...", kata fariz sambil tersenyum manis. "okay ariz, i've gotta go now... thanks for coming and thanks for everything...", ucap puan sri mia sambil beredar dari situ. Ketika fariz berdiri wanita itu berhenti melangkah ke depan.
Dia berpusing lalu menghadap ke arah pemuda itu. "Oh forgot to add... jika awak nak stay kat bilik hotel ni sampai pagi esok pun boleh sebab saya dah tempah bilik hotel ni untuk semalaman... jadi awak boleh stay kat sini sampai pagi esok...", kata puan sri mia dengan lembut. "Oh, betul ke ni?", soal fariz macam tidak percaya dengan apa yang di dengarinya saat itu. "Ya... i give you a chance to stay here for free...", balas puan sri mia dengan pantas. "Okay, thank you so much...", balas fariz sambil tersenyum lebar. "Sama sama... oh, i need to go now... see you tomorrow, bye...", puan sri mia bersuara sambil beredar dari situ. Fariz kembali melangkah menuju ke atas katil yang empuk itu. Dia mengira wang kertas yang ada di tangannya. Ada RM1000 di dalam tangannya. Dia tersenyum gembira. Ianya sudah cukup untuk dirinya. Dia tahu kini hidupnya sudah mulai berubah. Tak lama lagi dia akan bekerja sebagai seorang model dengan gaji yang lumayan. Tak payah lagi dia menjual tubuhnya demi mendapatkan wang sebab dia kini sudah ada sumber pendapatan yang tetap. "Mak, aku dah dapat pekerjaan tetap. Aku tidak lagi mencari wang dengan cara yang haram tapi aku mencari wang dengan cara yang halal. Aku berjanji akan bekerja elok elok demi mak dan adik adik yang aku kasihi...", bisiknya dalam hati. Perlahan lahan dia merebahkan tubuhnya di atas katil yang empuk itu. Senyuman riang terukir di bibirnya...
YOU ARE READING
CINTA TERLARANG (18)
Romance#5 in romance (28/08/16) Sinopsis: seorang isteri merasa di abaikan oleh suaminya sendiri. manakala seorang pemuda terpaksa menjadi gigolo kerana kesempitan wang. mereka di kurung oleh seseorang di dalam sebuah bilik. dari situlah kisah ini bermula...