CINTA TERLARANG 24

15.5K 95 12
                                    

"Fariz bagi nota ni pada awak...", alisha bersuara sambil menyerahkan sehelai nota kecil pada shasha yang sedang duduk di hujung jeti itu. Perlahan lahan shasha mengambil nota kecil tersebut dari tangan alisha. Dia segera membuka nota itu lalu membacanya. Setelah membaca nota itu, Shasha menggetapkan bibirnya. "Baru sekarang dia mengakui kesalahannya... siap minta maaf pula tu... dia ingat senang senang ke aku maafkan dia... jangan haraplah...", bisik hati kecil shasha separuh jengkel. Dengan sepantas kilat dia mengambil sekeping kertas dan sebatang pen dari dalam begnya. Kemudian dia menulis nota untuk fariz. "Saya tak boleh maafkan awak sebab awak dah lukakan hati saya. Luka di hati saya masih berdarah. Tak mungkin saya akan maafkan kesalahan orang yang telah melukai hati saya...", begitu ayat yang di tulis oleh shasha dalam kertas tersebut. Setelah siap di tulis dia menyuruh alisha menyerahkan nota itu pada fariz. Alisha terpaksa berjalan menuju ke chalet fariz untuk menyerahkan nota kecil tersebut pada pemuda itu.

Fariz sedang duduk di kerusi sambil mendengar mp3 di dalam ipodnya ketika dia terdengar ada orang mengetuk daun pintu chalet tersebut. Dengan pantas dia membuka pintu chalet itu. "Maaflah sebab saya datang mengganggu awak... Shasha bagi nota ni pada awak...", kata alisha sambil menyerahkan nota tersebut pada pemuda itu. Perlahan lahan fariz mengambil kertas kecil tersebut. Dia pun membacanya. Nampak gayanya shasha tidak mahu memaafkan kesalahannya. Fariz terpaksa menulis beberapa perkataan di belakang nota kecil itu. "Jikalau awak tidak mahu memaafkan kesalahan saya tidak mengapalah... yang penting saya sudah minta maaf dengan awak... by the way, tak baik jika kita asyik bermusuhan dengan orang sebab itu hanya akan memburukkan keadaan. Bagi saya berdamai itu lebih baik daripada bermusuhan tapi jikalau permusuhan juga yang awak pilih, ya sudah itu terpulang pada diri awak sendiri...", begitulah ayat yang di tulis oleh fariz dalam notanya pada gadis itu. Sekali lagi alisha di suruh menyerahkan nota kecil tersebut pada shasha. Mahu tidak mahu alisha pun terpaksa melangkah menuju ke arah shasha yang sedang duduk di atas hujung jeti tidak jauh dari situ

Shasha segera membacanya. Kemudian dia menulis nota kecil untuk fariz. "Awak fikir ini permusuhan?... bagi saya ini bukan saja permusuhan tapi ini ialah peperangan... this war will never end...", begitulah bunyi nota yang di tulis oleh shasha. Setelah nota siap di tulis dia pun menyerahkan nota itu di tangan alisha. "Alamak... bila lagi nota berantai korang ni berakhir ar?... saya dah penat berulang alik hantar nota korang sana sini tau...", keluh alisha. "Alah... tolonglah alisha... awak tolong hantarkan nota ni pada fariz. Saya janji akan bagi upah pada awak nanti...", pujuk shasha. "Baiklah...", balas alisha separuh hati. Dia terpaksa berjalan menuju ke chalet fariz. Dari jauh lagi dia lihat fariz sedang berdiri menunggunya di ambang pintu chaletnya.

"Shasha bagi nota pada awak lagi...", kata alisha sambil menyerahkan nota itu di tangan fariz. Cepat cepat pemuda tersebut membaca nota kecil itu. "Orang ajak dia berdamai, dia ajak berperang pula... apalah....", keluh fariz separuh berbisik. "Apa yang awak keluhkan tu riz?...", soal alisha ingin tahu. "Nothing...", balas fariz sepatah. "Kenapa korang asyik berbalas nota ni?... korang bercinta ke?", soal alisha ingin tahu. "Bercinta apanyer?... bermusuhan tu adalah... sebenarnya saya nak berdamai dengan shasha tapi dia berdegil... dia tak nak berdamai dengan saya.... malah dia ajak saya berperang... macam hitler pula si shasha tu...", kata fariz. Alisha ketawa sebaik saja dia mendengar perkataan pemuda itu. "Awak fikir sampai bila dia nak bermusuhan dengan awak ar?", soal alisha. "Entahlah... by the way thanks alisha sebab awak sudi menghantar nota saya pada shasha... saya tak nak bagi dia nota balasan lagi. Cukup sampai di sini saja... awak boleh balik ke chalet awak...", kata fariz. "Baiklah... saya balik dulu... bye...", perlahan lahan alisha melangkah pergi dari situ.

*** *** ***

Seminggu telah berlalu mereka mula melangkah meninggalkan resort yang indah itu. Mereka akan balik ke bandar mega pada pagi itu. Di sepanjang perjalanan menuju ke kereta, shasha berjalan di tengah mummynya dan fariz. Dia seperti tidak memberi mereka peluang untuk berdekatan. Malah dia berusaha untuk berbual dengan mummynya sehinggakan fariz tidak ada peluang untuk berbual dengan wanita tersebut. Fariz tahu shasha sedang berusaha menjauhkannya dari mummynya. Perlahan lahan fariz berjalan mengekori mereka di belakang tapi puan sri mia memanggilnya supaya berjalan di sebelahnya.

Mahu tidak mahu fariz pun melangkah di sebelah wanita itu tapi shasha cepat cepat berjalan di tengah mereka dan mengajak mummynya berbual dengannya. Fariz terpaksa berjalan di sebelah gadis tersebut. Beberapa minit kemudian mereka berhenti di bandar cherati, pulau bati. Mereka singgah sekejap untuk makan dan minum di restoran mcdonald. Sebaik saja mereka berada di dalam restoran tersebut, puan sri mia terus duduk di sebelah fariz tapi shasha menarik kerusinya lalu duduk di tengah tengah mereka. Puan sri mia merasa serbasalah sebaik saja shasha berbuat demikian. Sebenarnya dia nak duduk di sebelah fariz tapi anak gadisnya pula yang duduk di sebelahnya. Mahu tidak mahu dia pun membiarkan shasha duduk di tengah mereka berdua. Fariz hanya duduk diam di atas kerusinya. Hanya shasha seorang saja yang banyak bercakap di meja makan itu....

Setelah makan mereka pergi ke airport pulau bati. Sebaik saja mereka mendengar pengumuman yang kapal terbang boeing 2002 akan berangkat tidak lama lagi mereka pun segera masuk ke dalam perut kapal terbang tersebut. Seperti yang di duga shasha mengambil tempat duduk di tengah mummynya dan fariz. Di sepanjang penerbangan menuju ke bandar mega shasha asyik mengajak mummynya berbual dengannya. Puan sri mia terpaksa melayan celoteh anak gadisnya itu padahal matanya mencuri pandang ke arah fariz. Dia lihat pemuda itu berwajah tenang. Sedikit pun dia tidak kisah walau pun shasha memulaukannya. Fariz sedar puan sri mia sedang mencuri pandang ke arahnya. Dia hanya tersenyum pada wanita itu. Puan Sri Mia membalas senyuman pemuda tersebut...

CINTA TERLARANG (18)Where stories live. Discover now