Tidak lama kemudian mereka pun sampai di parking lot tempat di mana mereka bertemu di awal pertemuan mereka sebentar tadi. "Riz... thanks sebab awak sudi luangkan masa dengan saya...", kata jayden perlahan lahan. "Ya... sama sama...", balas fariz. Sebelum dia beredar dari situ, jayden memberikannya nombor handphone peribadinya. Dia menyuruh fariz menghubunginya bila ada masa. Tanpa banyak soal fariz mengambil nombor handphone rakannya itu. Ketika mereka berbual bual di situ tiba tiba, "ehemmm!...", kedengaran seseorang berdehem panjang. Fariz segera mengalihkan perhatiannya. Begitu juga dengan jayden. Kelihatan johan sedang berdiri tidak jauh dari situ. "Eh... jo!... bila masa pula awak sampai kat sini ar?", soal fariz dengan riangnya. Dia segera melangkah menghampiri rakannya itu. Dia lihat johan tampak berisi sedikit jika di bandingkan dengan dirinya beberapa bulan yang lalu. "Saya baru saja sampai kat sini... sebenarnya saya datang ni nak jumpa awak...", kata johan sambil tersenyum. "Oh... tunggu sekejap...", cepat cepat fariz berjalan menuju ke arah jayden yang sedang duduk di dalam keretanya. Tidak lama kemudian dia dan jayden melangkah menghampiri johan yang berdiri tidak jauh dari situ.
"Perkenalkan... ini kawan saya johan johari... jo, ini jayden tan, kawan baru saya...", kata fariz perlahan lahan. "Hai...", sapa jayden sepatah. "Hai...", balas johan sepatah. Mereka bersalaman seketika. Mereka mula berbual bersama sama. Pada mulanya jayden tidak banyak bercakap sebab dia belum kenal johan dengan baik tapi bila dia lihat johan seorang yang suka buat lawak dia pun mula berbual tanpa rasa janggal. Mereka bercerita sambil ketawa. Fariz merasa gembira apabila dia melihat johan dan jayden mula serasi di antara satu dengan yang lain. Lama juga mereka berbual di situ. Setelah puas berbual bual jayden pun minta diri untuk pulang ke rumahnya.
"Wah... tak sangka ya, awak dah ada kawan baru...", kata johan sambil tersengih. "Ya... dia pernah bekerja di agency modelling tempat saya bekerja tu tapi sekarang dia dah di berhentikan kerja...", balas fariz perlahan lahan. "Kenapa pula dia di berhentikan kerja?", soal johan ingin tahu. "Puan sri mia tak suka dia sebab dia selalu lambat datang ke tempat kerja. Lagi pun dia bekerja sambil lewa sebab itulah dia di buang kerja...", jawap fariz. "Jadi dia kerja apa sekarang?", soal johan. "Dia bekerja sebagai seorang DJ di sebuah kelab...", jawap fariz. "Eh... saya tengok dia tu macam anak orang kaya saja... kereta pun kereta sport...", kata johan pula. "Memang dia anak orang kaya tapi itu semua harta kekayaan papa tirinya. Dia dan mamanya cuma menumpang kesenangan papa tirinya...", balas fariz. "Oh... Maksud awak si jayden tu ada papa tiri yang kaya raya?", soal johan pula.
"Yep... anyway, apasal awak datang cari saya ar?... tentu ada sebab kenapa awak tiba tiba cari saya ni...", kata fariz pada rakannya itu. Johan tersenyum lebar. Dia menayangkan jari manisnya yang di hiasi dengan sebentuk cincin emas. "Saya dah bertunang dengan sarah...", johan bersuara dengan riangnya. "Eh... bila masa pula korang bertunang ni?... kenapa awak tak bagitahu saya yang awak bertunang dengan sarah?", soal fariz ingin tahu. "Saya memang nak bagitahu awak pun tapi bila saya call awak handphone awak tak aktif. Saya fikir mungkin awak busy. so saya terpaksalah teruskan acara pertunangan saya dengan sarah di hotel bolt dengan di saksikan oleh kawan kawan sarah dan saudara mara kami yang terdekat. Kami bertunang hari isnin minggu lepas....", terang johan. "Oh... masa tu saya berada kat kampung... mungkin masa awak call tu handphone saya low batt atau line tak berapa bagus... by the way, tahniah saya ucapkan pada awak... bila korang nak nikah ni?", soal fariz ingin tahu.
"Mungkin dalam tahun depan kot... tapi kalau dah tiba masanya nanti saya akan bagi awak kad jemputan pernikahan kami...", balas johan. "Okay... i will wait for your invitation card...", balas fariz tersenyum lebar. "Er... i need to go now... saya perlu pergi ke tempat kerja saya sekarang sebab ada barang saya tertinggal kat office tu...", kata johan dengan pantas. "Eh... awak kerja apa sekarang?", soal fariz ingin tahu. "Oh... saya bekerja sebagai seorang office boy aje...", balas johan dengan pantas. "Oh... baguslah tu... sekarang awak dah ada pekerjaan yang halal... thats good...", kata fariz. "Yeah... apa apa pun saya harus pergi sekarang...", johan bersuara sambil beredar dari situ. Dia menaiki motosikalnya dan memakai helmet di kepala. "Okay, take care of yourself...", laung fariz pada rakannya itu. "Yeah i will... i've gotta go, bye...", johan melambaikan tangannya lalu memasang enjin motosikalnya. Bagaikan pelesit motosikalnya meluncur laju meninggalkan kawasan parking lot tersebut. Perlahan lahan fariz melangkah pergi dari situ.
*** *** ***
Puan sri mia duduk di dalam bilik tidurnya dengan perasaan yang tidak menentu. Dia asyik teringatkan fariz. Dia tidak tahu kenapa dia asyik teringatkan pemuda itu. Padahal mereka selalu juga bertemu kat tempat kerja tapi itu tidak cukup untuk mengubati rasa rindunya pada pemuda tersebut. Memanglah pada mulanya dia dekat dengan pemuda itu untuk meluahkan perasaan dan menutup rasa sunyi di dalam hatinya tapi semakin lama dia dekat dengan fariz semakin terpaut pula hatinya pada pemuda tersebut. Dalam diam dia mengakui bahawa Fariz memang mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Entah macamana dia merasa semakin sayang pada pemuda itu pun dia sendiri tidak tahu.
Dalam diam perasaan rindunya pada fariz semakin mencengkam jiwa. Dia seperti jatuh cinta pada fariz pula. Puan sri mia mengeluh sendirian. "Oh... Tuhan... kenapa aku harus jatuh cinta pada orang yang bukan suami aku sendiri?.... ya, Tuhan... kenapa ini harus terjadi?", bisik puan sri mia dalam hatinya. Dia berjalan mundar mandir dalam bilik tidurnya. Kemudian dia duduk di hujung birai katilnya. Dia tahu perasaan cintanya pada fariz adalah salah kerana fariz bukan suaminya lagi pun dia sudah berumahtangga. Sepatutnya dia harus mencintai suaminya tapi malang sekali perasaan cintanya terhadap suaminya sudah semakin hambar. Kini perasaan cintanya beralih pada fariz. Yang ada dalam hatinya kini ialah fariz.... fariz... fariz... dan fariz....
Akibat tidak dapat membendung perasaan rindunya terhadap fariz, dia pun mula menghubungi fariz di dalam handphonenya...
"Hello..."
"Hello...."
"Oh... I missed you so much, riz.... saya nak jumpa dengan awak..."
"Mia, kenapa awak rindu pada saya pula?... bukankah pagi tadi kita sudah berjumpa di studio?..."
"Ya... tapi itu pagi tadi... tapi sekarang saya rindukan awak... saya nak jumpa dengan awak..."
"Tapi ini dah pukul 2 pagi, mia... suami awak tak syak ke nanti bila dia lihat awak keluar rumah di waktu malam buta macam ni?"
"Tapi suami saya tak ada kat sini. Dia outstation... dia pergi menguruskan hal businessnya di negara jepan... dia mungkin tak akan balik ke rumah dalam seminggu..."
"Tapi macamana dengan shasha?... nanti dia syak awak keluar dengan saya pula..."
"Jangan bimbang tentang shasha. Dia sudah lama tidur di dalam bilik tidurnya... er... kita jumpa malam ni ya..."
"Hm... baiklah... saya tunggu awak kat atas bumbung bangunan apartment ni... awak naik saja ke tingkat 12. Bila awak sampai di tingkat 12, call saya and then saya akan datang jemput awak..."
"Baiklah..."
Cepat cepat puan sri mia bangkit dari atas katilnya. Dia tersenyum gembira sebab tak lama lagi dia akan berjumpa dengan fariz, pemuda yang di cintainya dalam diam....
YOU ARE READING
CINTA TERLARANG (18)
Romance#5 in romance (28/08/16) Sinopsis: seorang isteri merasa di abaikan oleh suaminya sendiri. manakala seorang pemuda terpaksa menjadi gigolo kerana kesempitan wang. mereka di kurung oleh seseorang di dalam sebuah bilik. dari situlah kisah ini bermula...