CINTA TERLARANG 19

17.5K 98 6
                                    

Sebaik saja fariz tiba di apartmentnya dia pun terus mandi. Dia berdiri di bawah pancuran air paip dalam bilik mandi tersebut. Dia membiarkan tubuhnya basah dek air pancuran itu. Lama juga dia berdiri di bawah pancuran air tersebut tanpa menggerakkan tubuhnya. Seluruh tubuhnya kini basah kuyup. Dalam diam dia teringatkan peristiwa yang terjadi di rumah alisha sebentar tadi. Sebenarnya dia merasa sedih apabila dia memikirkan rakannya johan. Dia tidak tahu sampai bila pemuda itu akan jadi begitu. Alangkah baiknya jikalau dia berhenti dari menjadi gigolo, berhenti dari mengambil dadah dan berhenti membuat video porno. Bagi fariz semua itu tidak mendatangkan sebarang faedah. Malah merugikan tu adalah. Dulu memang dia pernah menjadi seorang lelaki gigolo tetapi setelah dia insaf dia tidak lagi mahu melakukan pekerjaan tersebut. Dia bertekad yang dia akan berubah menjadi lelaki yang baik.

Emaknya pernah berkata padanya ketika dia masih kecil, 'setiap orang perlu berubah tapi berubahlah menjadi baik dan bukannya berubah menjadi jahat'. Kata kata itu masih terlekat kemas di mindanya. Memang dulu dia pernah buat jahat dengan menjual tubuhnya pada setiap wanita kaya yang mendambakan belaiannya tapi setelah dia melakukan semuanya itu dia merasa sungguh 'kotor' sekali. Selama dia menjadi seorang lelaki gigolo dia seakan akan membenci dirinya sendiri. Malah dia merasa jijik dengan anggota tubuh badannya. Terasa seperti ada benda kotor melekit di seluruh tubuhnya setiap kali dia selesai melakukan hubungan seks dengan perempuan perempuan kaya yang dahagakan belaiannya. Rasa penyesalan datang bertimpa timpa sebaik saja emaknya menasihati dia mencari rezeki yang halal. Kalau bukan kerana emaknya sakit buah pinggang dan perlukan rawatan hemodialisis di hospital pada setiap minggu sudah tentu dia tidak akan menjadi seorang lelaki gigolo. dia cuma terdesak ketika itu. Setelah dia tidak lagi merasa terdesak dan kewangannya kukuh dia pun terus tinggalkan pekerjaan yang sia sia itu.

Ketika dia sedang mandi tiba tiba saja handphonenya berbunyi nyaring. Cepat cepat dia menutup paip air itu. Kemudian dia melilitkan tuala di pinggangnya. Dengan sepantas kilat dia mengambil handphone miliknya itu.
"Hello..."
"Hello sayang... ini datin amira bercakap..."
"Ya... ada apa?"
"Awak ada free time tak malam ni?... sebenarnya saya nak berjumpa dengan awak... sudah lama saya tak merasa belaian hangat dari awak... kalau boleh saya nak awak datang ke hotel axell malam ni juga..."
"Oh... maaflah datin, saya dah berhenti dari menjadi seorang lelaki gigolo. Kalau awak nak, awak carilah lelaki gigolo yang lain... ok, bye..."
"Eh... nanti dulu... tolong jangan offkan handphone awak... saya nak tanya awak ni... kenapa awak tiba tiba berhenti menjadi lelaki gigolo ni ar?... apakah sebab upah yang saya berikan pada awak tempohari tidak cukup?... kalau tidak cukup biar saya gandakan upah awak kali ini..."
"Bukan kerana upah datin tapi sekarang saya dah ada pekerjaan tetap. lagi pun saya tak berniat hendak menjadi seorang lelaki gigolo seumur hidup saya... so saya harap awak faham..."
"Tapi..."
"Datin... tak ada tapi tapi lagi. Saya dah ambik keputusan ini. So, saya harap awak menghormati keputusan saya. Okay, i've got to go now... bye..."

Dengan pantas fariz mematikan talian handphonenya. Malas betul dia melayan datin amira yang gatal miang itu. Dalam dia bertekad hendak menukarkan nombor handphonenya. Selagi dia menggunakan nombor handphone yang sama dia pasti akan terus di buru oleh semua bekas pelanggannya. Dalam seminggu saja dia mendapat panggilan 2 dan 3 kali dari setiap bekas pelanggannya. Oleh kerana dia merasa rimas dengan panggilan yang sedemikian dia pun mengambil keputusan untuk menukarkan nombor handphonenya pagi esok.

*** *** ***

Pagi itu sebelum fariz masuk kerja dia pergi beli kad sim di kedai handphone 'nice gadget' yang terletak tidak jauh dari tempat kerjanya. Ketika dia sedang tunduk memerhatikan semua jenis handphone yang di jual di situ, tiba tiba, "eh... fariz... awak ada kat sini juga?", kedengaran suatu suara menegurnya. Dia pun terus mengangkat wajahnya. Kelihatan puan sri mia berdiri tidak jauh dari situ. Dia seperti sedang memilih kuih muih yang di jual di restoran yang berdekatan. "Ya... good morning mia...", sapa fariz dengan lembut. "Good morning...", balas puan sri mia dengan riangnya. Dia berjalan menuju ke arah pemuda tersebut. "Awak buat apa kat sini?... Awak nak beli kredit phone ke?", soal puan sri mia sambil tersenyum lebar. "Tak... saya cuma nak tukar nombor handphone saya...", balas fariz dengan wajah selamba. "Eh... kenapa pula awak nak tukar nombor handphone awak tu?", soal puan sri mia ingin tahu. "Saja nak tukar nombor handphone... sebenarnya saya tak nak di ganggu oleh semua bekas pelanggan saya yang gatal miang tu...", balas fariz. "Oh... i see... awak dah beli ke sim kad yang baru ke?", soal puan sri mia lagi. "Yep... anyway, awak beli apa tadi?", soal fariz.

"Saya beli sikit kuih muih untuk di makan kat office nanti... by the way, saya ada berfikir tentang emak awak semalam...", kata puan sri mia. "Maksud awak?", soal fariz ingin tahu. "Emak awak kan sakit buah pinggang... kalau dia menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang yang baru, sudah tentu dia akan menjadi sihat semula. Itu pun jikalau dia sudi menjalani pembedahan tu...", kata puan sri mia dengan pantas. "Dulu ada juga doktor yang merawatnya menyarankan agar dia menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang yang baru tapi masalahnya sekarang belum ada lagi buah pinggang yang sesuai untuk emak saya... dia masih dalam 'waiting list' untuk dapatkan buah pinggang yang baru...", kata fariz. "Awak pernah cuba check jenis buah pinggang awak tak?... manalah tahu ianya sesuai dengan buah pinggang emak awak... kalau ianya sesuai, awak boleh dermakan buah pinggang awak tu untuk emak awak...", kata puan sri mia dengan wajah yang serius. "Ya tak ya juga kan... saya tak pernah terfikir pun tentang perkara tu...", kata fariz perlahan lahan.

"Sebaiknya awak dan emak awak buat pemeriksaan dari segi kesesuaian buah pinggang. Jikalau jenis buah pinggang awak sesuai dengan buah pinggang emak awak, thats mean awak boleh dermakan buah pinggang awak untuk emak awak... dengan hanya 1 buah pinggang saja yang di dermakan, emak awak akan sembuh sepenuhnya...", kata puan sri mia lagi. "Okay, i will think about it...", kata fariz. Selepas berbual seketika mereka pun mula melangkah meninggalkan kedai handphone tersebut. Tanpa mereka sedari shasha sedang memerhatikan mereka tidak jauh dari situ. Dalam diam dia merasa tidak senang tatkala dia melihat mummynya berbual dengan pemuda tersebut. Rasa tidak senang itu di pendamkannya jauh di lubuk hatinya...

*** *** ***

Malam itu fariz menelefon emaknya di kampung. Dia memberitahu pada emaknya yang dia akan balik ke kampung hujung bulan itu. Itu pun setelah dia kembali dari pulau bati. Setelah menelefon emaknya dia segera berbaring di atas katilnya sambil berfikir panjang. Dia berfikir apakah buah pinggangnya sesuai untuk emaknya ataupun tidak. Kalau sesuai dia akan mendermakan buah pinggangnya untuk emaknya yang tersayang. dia bertekad bila dia balik kampung kelak dia akan bawa emaknya ke hospital untuk melakukan pemeriksaan samada buah pinggangnya sesuai untuk emaknya atau pun tidak. Kalau tidak dia terpaksa cari jalan lain. Mungkin dia akan menghantar emaknya ke luar negara untuk buat pembedahan buah pinggang yang baru. Itu pun jikalau dia ada simpanan wang yang mencukupi. Jikalau tidak terpaksalah dia membayar kos rawatan dialisis emaknya seumur hidup. Fariz menarik nafas berat lalu menghelanya keluar secara perlahan lahan. Dalam diam dia berharap sangat yang buah pinggangnya sesuai untuk emaknya...

CINTA TERLARANG (18)Where stories live. Discover now