"Suka atau tidak korang harus bergambar bersama sama sebab tugasan ini sudah di berikan pada korang berdua...", kata puan sri mia dengan tegas sekali. "Tapi...", fariz dan shasha bersuara serentak tapi perkataan mereka terus di potong pantas oleh puan sri mia. "Tak ada tapi tapi lagi... korang harus bergambar bersama sama... now lets get started...", kata puan sri mia dengan pantas. Mahu tidak mahu mereka pun terpaksa memulakan sesi photoshoot bersama sama. "Okay... fariz cuba awak peluk shasha....", puan sri mia memberikan arahannya. "Kenapa harus bergambar berpelukan pula?", bantah shasha. "Hey... ini kan untuk cover depan novel romantik iman jaafar. so korang haruslah bergambar secara berpelukan bagi menampakkan suasana romantik tu...", kata puan sri mia dengan wajah serius. "Tapi...", belum pun sempat shasha menghabiskan perkataannya puan sri mia segera memotong perkataannya, "shasha, jangan bertapi tapi lagi... just do it...", kata puan sri mia dengan tegas. "Ughhhh...", dengus shasha separuh jengkel.
Puan sri mia tampil ke depan lalu di letakkannya tangan fariz di pinggang gadis tersebut. "Awak peluk dia dari belakang macam ni...", kata puan sri mia sambil mendorong tubuh fariz supaya berdiri dekat dengan gadis itu. Dengan berat hati fariz terpaksa memeluk gadis tersebut dari belakang. "Awak jangan fikir yang saya suka sangat di peluk macam ni... kalau ikutkan hati saya yang marah ni, saya tak nak awak peluk saya macam ni tau...", kata shasha separuh berbisik. "awak fikir saya suka sangat ke peluk awak?... jangan perasanlah... sebenarnya saya langsung tak ada hati nak peluk awak... kalau bukan kerana mummy awak yang suruh bergambar berpelukan, sudah tentu saya takkan peluk awak macam ni...", bisik fariz di telinga gadis itu. Shasha menggetapkan bibirnya. "Jadi awak fikir...", belum pun sempat shasha menghabiskan perkataannya tiba tiba... "fariz... shasha... boleh tak korang diam sekejap?... ini bukannya masa untuk berbual, okay?", tegur puan sri mia. Mahu tidak mahu mereka pun terpaksa berdiam diri.
Ketika mereka bergambar fariz tidak dapat mengelakkan diri dari memandang buah dada shasha yang cantik menggunung itu. "Hish!... kenapa mata aku ini asyik pandang kat situ pula?... damn it...", gerutu fariz dalam hati. dia cuba mengalihkan pandangan matanya ke arah lain. "Fariz cuba pandang ke depan... jangan pandang ke arah lain...", tegur puan sri mia lagi. Fariz segera menuruti kehendak wanita itu. Bau minyak wangi di tubuh shasha menucuk nucuk rongga hidungnya. Bau wangian tubuh yang mengasyikkan sehingga dia terleka seketika. "Hish... kenapa aku sukakan wangian tubuh gadis yang tak guna ni ar?... bangang betullah aku ni...", gerutu hati kecil fariz. Dia cuba fokuskan seluruh perhatiannya ke arah kamera walaupun dia merasa tak keruan saat itu. Dalam diam fariz mula memikirkan tentang kelemahan dirinya sendiri. Dia mudah terangsang di saat dia memeluk tubuh seorang perempuan yang seksi dan menggiurkan. Walaupun dia tidak berapa suka pada perempuan tersebut. Mungkin kerana dia sudah biasa melayan nafsu seks wanita yang tidak di kenalinya sebelum ini maka dia mudah terangsang?... fariz jadi bengong seketika. Dia tidak mengerti pada dirinya sendiri.
"Great job fariz... shasha...", kata puan sri mia sebaik saja mereka selesai bergambar bersama. Shasha segera menepis tangan pemuda itu sebaik saja mereka selesai bergambar. Fariz menggetapkan bibirnya. Tangannya terasa sakit apabila di tepis dengan kasar oleh gadis tersebut. Namun apabila dia melihat puan sri mia berada di situ dia pun terpaksa berdiam diri. Nasib baik shasha tu anak gadis majikannya kalau tidak sudah tentu dia dah rogol gadis tak guna tu. "Hey... kenapa awak nampak bengang aje ni?... are you okay?", soal puan sri mia pada pemuda itu. "Yeah... i think so... er... tak ada sesi photoshoot lagi kan?", soal fariz ingin tahu. "Tak ada...", balas puan sri mia. "Good... i think i need to go home now...", kata fariz perlahan lahan. "Okay... see you tomorrow...", kata puan sri mia. "Okay...", tanpa berlengah lagi dia pun beredar dari situ. Dia menunggang motosikal cabuknya menuju ke apartmentnya di jalan selasih.
Tidak lama kemudian dia sampai di apartmentnya. Ketika dia sampai di depan pintu apartmentnya dia terdengar bunyi muzik dari dalam apartment tersebut. Mungkin rakannya johan masih berada di dalam apartmentnya. Dia pun terus membuka pintu apartmentnya. Kedengaran lagu 'cinta ini membunuhku' dari kumpulan Dmasiv berkumandang di ruang tamu aparmentnya. Kelihatan johan sedang duduk dekat meja sambil menyanyi seorang diri. Langkahnya terhenti sebaik saja dia lihat ada serbuk putih di atas meja dekat dengan pemuda itu. dia lihat johan sedang menyedut serbuk putih tersebut dengan menggunakan hujung straw kecil di tangannya. kemudian dia menyanyi seorang diri. Dia tahu itu pasti angel dust (pcp) sejenis dadah yang mengkhayalkan. "What the hell??!!!... wei... dari mana awak dapat benda jahanam ni, hah?", soal fariz terkejut. Dia lihat johan tersenyum bagaikan orang yang happy padahal lagu yang dia dengar tu bukannya lagu happy pun. Lagu sedih putus cinta tu adalah. "Oh... Awak dah balik?... saya beli benda ni dari kawan baru saya... anyway, awak nak cuba benda ni tak?... benda ni best tau... hehehe..", johan ketawa mengekek. "Best apanyer?... selain merosakkan saraf otak awak, ia akan membunuh awak secara perlahan lahan...", kata fariz dengan marah. Johan terus diam. Dia tunduk memandang lantai. Sedikit pun dia tidak marah pada fariz biar pun dia di marahi oleh pemuda tersebut.
YOU ARE READING
CINTA TERLARANG (18)
Roman d'amour#5 in romance (28/08/16) Sinopsis: seorang isteri merasa di abaikan oleh suaminya sendiri. manakala seorang pemuda terpaksa menjadi gigolo kerana kesempitan wang. mereka di kurung oleh seseorang di dalam sebuah bilik. dari situlah kisah ini bermula...