CINTA TERLARANG 33

12.6K 79 6
                                    

Puan sri mia baru saja hendak melelapkan matanya ketika handphonenya berbunyi 3 kali beep. Itu tandanya ada mesej baru masuk ke dalam handphonenya. "Mia, awak dah tidur ke?... suami awak ada di sebelah awak tak?... kalau dia ada tolong jangan balas mesej ni. Takut dia baca mesej ni...", begitulah bunyi mesej yang baru di terimanya. Dia tahu itu mesej dari fariz. Dia tersenyum sebaik saja dia membaca mesej pemuda tersebut. Dia pun menaip mesej untuk pemuda itu. "Oh... suami saya dah lama tidur. Hanya saya seorang saja yang belum tidur. Anyway, apa khabar awak riz?", begitu bunyi mesej yang di hantarnya. Tidak lama kemudian dia menerima mesej baru dari pemuda tersebut. "Khabar baik. Anak awak si shasha ada berjumpa dengan saya tempohari. Dia bertanya apakah kita ada hubungan atau pun tidak. Saya kata kita tak ada sebarang hubungan pun tapi dia macam tak percaya pula. Dia marah pada saya kerana saya dekat dengan awak. Siap ugut saya lagi tu. Katanya kalau saya curi curi keluar dengan awak dia akan kerjakan saya cukup cukup. Tapi saya tak takut pun dengan ugutannya tu. Cuma saya takut suami awak tahu tentang kita...", begitu bunyi mesej yang di kirimkan oleh fariz. Beberapa saat kemudian puan sri mia membalas mesejnya.

"jangan takut. Suami saya belum tahu apa apa lagi. Anyway, kenapa kita harus takut? Kita bukannya bercinta pun. Kita berjumpa hanya untuk berbual bual saja...", balas puan sri mia dalam mesejnya. Tidak lama kemudian dia mendapat balasan mesej dari pemuda tersebut. "Ya... saya tahu tapi saya takut dia salah sangka. Tak fasal fasal pula korang bergaduh kerana saya dan lebih teruk lagi jika korang bercerai hanya kerana awak dekat dengan saya...", kata fariz dalam mesejnya. "Jangan bimbang... everthing is going to be fine... yang penting kita tidak kedapatan ketika keluar bersama...", setelah menaip mesejnya, puan sri mia pun terus menghantar mesej tersebut ke nombor handphone fariz. Sekali lagi handphonenya berbunyi menandakan ada mesej baru untuknya. Dia segera membaca mesej itu.

"Okay... oh, lupa nak bagitahu awak, setelah shasha datang berjumpa dengan saya tempohari dia hampir saja di rogol oleh seorang lelaki india di parking lot tidak jauh dari ground floor bangunan apartment ni... nasib baik saya sempat selamatkan dia. Kalau tidak tak tahu lagilah...", begitu bunyi mesej yang di kirimkan oleh fariz. Terus terbangun puan sri mia sebaik saja dia mendapat tahu perkara tersebut. Dia segera menaip mesej di handphonenya. "Apa?... dia tak pernah pun bagitahu saya tentang perkara tu?", begitu bunyi mesej dari puan sri mia yang di hantarnya. Tidak lama kemudian fariz membalas mesejnya. "Oh... mungkin dia merasa malu menceritakan perkara itu pada awak kot...", balas fariz dalam mesejnya. Puan sri mia kembali menaip mesej di handphonenya. "Hm... Mungkin juga... ceritakanlah pada saya apa yang telah terjadi?", soal puan sri mia dalam mesejnya. "ianya terjadi selepas dia berjumpa dengan saya. Tak fasal fasal pula dia di kejar oleh lelaki india malam tu. Saya terus saja kejar lelaki india itu dan tumbuk wajahnya sehingga dia tidak dapat melawan lagi. Selepas tu saya menyuruh shasha balik ke rumah...", begitu bunyi mesej dari pemuda itu. Puan sri mia menarik nafas lega. Perlahan lahan dia membalas mesej tersebu. "Oh... terima kasihlah riz sebab awak sudi menolong anak gadis saya tu...", balas puan sri mia dalam mesejnya. "Sama sama...", balas fariz dalam mesejnya. "Er... riz, macamana dengan pemeriksaan buah pinggang awak dengan emak awak tu?... buah pinggang awak sesuai tak untuk emak awak?", soal puan Sri mia dalam mesejnya.

Beberapa saat kemudian dia menerima mesej dari fariz. "Ya... doktor tu cakap buah pinggang saya memang sesuai untuk emak saya tapi pembedahan tu akan di jalankan selepas 6 bulan mereka memantau kesihatan kami berdua. Jikalau semuanya okay barulah mereka melakukan pembedahan tersebut...", setelah puan sri mia membaca mesej itu dia kembali menaip mesej untuk fariz. "Baguslah kalau macam tu. Awak tak terfikir ke nak buat pembedahan di hospital swasta?... kalau di hospital swasta semuanya bagus...", balas puan sri mia dalam mesejnya. Tak lama kemudian dia mendapat balasan mesej dari fariz. "Tak payahlah buat pembedahan kat hospital swasta sebab kos pembedahan di hospital swasta tu sangat mahal tapi kalau buat pembedahan di hospital kerajaan semuanya percuma...", demikian bunyi mesej dari fariz. Puan sri mia membalas mesejnya. "Hm... ikut suka hati awaklah... anyway, saya nak masuk tidur ni. Mata saya dah mengantuk dah ni... okay, good night to you fariz...", beberapa saat kemudian dia mendapat balasan mesej dari fariz. "Okay, good night to you too, bye... p/s: tolong deletekan semua mesej dari saya... saya tak mahu suami awak terbaca mesej saya dalam handphone awak...", perlahan lahan puan sri mia membalas mesej fariz itu. "Ya... saya akan deletekannya selepas ini. Okay, bye fariz...", selepas itu puan sri mia mula memadamkan semua mesej yang di kirim oleh fariz sebentar tadi. Kemudian dia meletakkan handphonenya di atas meja tidak jauh dari situ.

Tiba tiba, "siapa yang mesej awak tengah malam buta ni?", tegur suatu suara. Terkejut betul puan sri mia sebaik saja dia mendengar suara tersebut. Dia tahu itu suara suaminya. Cepat cepat dia mengalihkan pandangannya ke arah suaminya. Kelihatan tan sri rizal sedang berbaring sambil memandang ke arahnya. "Oh... datin amira mesej saya tadi...", bohong puan sri mia serbasalah. Dia lihat tan sri rizal mengerutkan dahinya. "Kenapa dia mesej awak tengah malam buta macam ni?.... dia tak boleh tidur ke?", soal tan sri rizal. "Ya... dia kata dia mengalami insomnia sejak kebelakangan ni. Itu sebabnya dia mesej saya...", bohong puan sri mia lagi. "suruhlah dia makan pil ubat tidur...", kata tan sri rizal seraya menarik selimut ke tubuhnya. "Saya dah suruh dia makan pil ubat tidur tadi...", bohong puan sri mia lagi. "Oh... baguslah tu... awak tidurlah... jangan asyik berjaga aje...", kata tan sri rizal pada isterinya itu. "Hm... baiklah...", balas puan sri mia perlahan lahan.

Baru saja dia meletakkan kepalanya di atas bantal suaminya sudah pun berdengkur di sebelahnya. Cepat betul suaminya itu terlena di buai mimpi. Perlahan lahan dia berbaring sambil berfikir panjang. Dia berfikir tentang apa yang fariz katakan padanya sebentar tadi. Shasha hampir saja di rogol?... tapi kenapa dia tidak memberitahu perkara tersebut padanya?... kenapa dia merahsiakan perkara itu daripadanya?... patutlah kebelakangan ini shasha tidak banyak bercakap. Dia tidak lagi berpakaian seksi seperti kebiasaannya. Dia kini lebih suka memakai baju gaun yang agak labuh. Dia tidak lagi memakai pakaian yang mendedahkan buah dadanya dan juga bahagian pahanya yang putih melepak. Pakaiannya kini tampak sopan dan tidak menjolok mata. Pada mulanya puan sri mia menganggap perubahan shasha itu mungkin mengikut trend semasa tapi apabila fariz menceritakan padanya yang shasha hampir saja di rogol oleh lelaki india itu barulah dia tahu kenapa anak gadisnya tidak lagi berpakaian seksi. Mungkin ekoran dari peristiwa itu shasha berubah menjadi seorang gadis yang pendiam dan berpakaian sopan. Boleh jadi juga dia berubah kerana di nasihati oleh fariz. Maklumlah dia pernah di tegur oleh pemuda tersebut gara gara dia memakai pakaian yang seksi. Tak mustahil juga dia berubah kerana fariz. Puan sri mia tersenyum sendirian...

*** *** ***

Pagi yang indah. Fariz kembali bekerja setelah cutinya selama seminggu telah pun berakhir. Ketika dia sampai di studio dia di sapa oleh alisha dan juga beberapa model yang lain. Mereka berkumpul pada pagi itu untuk belajar cara cara berjalan di atas pentas. Mereka akan melakukan rehearsal runway show untuk pertunjukan fesyen di kota new yolk. Fariz sedang berbual dengan alisha ketika matanya terpandang akan seorang gadis berpakaian gaun labuh berbunga kecil sedang melangkah masuk ke dalam studio tersebut. Fariz berhenti dari berbual dengan alisha. Matanya terpaku pada gadis itu. Kalau tak silap itulah shasha anak gadis puan sri mia tapi kenapa hari ini dia memakai gaun labuh dan bukan skirt pendek atau blous yang bukaan lehernya lebar sehingga menampakkan buah dadanya yang cantik menggunung tu?

Kenapa sekarang dia memakai gaun yang labuh seperti itu pula. Apakah mimpinya semalam sehingga dia memakai pakaian seperti itu?... biasanya shasha suka memakai pakaian yang mendedahkan sebahagian dari tubuhnya tapi sekarang tidak lagi... "my oh my... what a surprise?...", bisiknya dalam hati. Matanya terus memandang shasha. Tiba tiba saja dia lihat shasha tersenyum padanya. Tersenyum manis pula tu. Buat pertama kali dalam hidupnya dia melihat shasha tersenyum padanya. "Apa?... dia tersenyum padaku?... biar betul... dah buang tabiat ke minah sekor ni?", bisik hati kecil fariz tak keruan. Biasanya shasha selalu berwajah masam mencuka apabila berhadapan dengannya tapi pagi ni dia tersenyum manis padanya pula...

"what a sudden changed?...", bisik hati kecilnya. Yang lebih memeranjatkan lagi, gadis itu datang menghampirinya sambil tersenyum manis. "Selamat pagi...", ucap shasha dengan lembut. "Awak bercakap dengan saya ke?", soal fariz kebodohan. "Yelah... awak fikir saya bercakap dengan dinding ke?", soal shasha sedikit geram. "Oh... saya ingatkan awak bercakap dengan siapa tadi... maklumlah selama ini awak terlalu sombong dengan saya sehinggakan awak tak nak bercakap dengan saya pun...", kata fariz. "Ya... itu dulu... tapi sekarang saya nak berkawan dengan awak...", kata shasha sambil tersenyum lebar. Dia menghulurkan tangannya pada fariz, tanda persahabatan. Fariz terkejut apabila dia mendengar perkataan gadis itu. "Apa?... awak nak berkawan dengan saya?... biar betul awak ni...", kata fariz dalam nada suara yang terkejut. "Yalah... saya cakap betullah ni...", balas shasha masih dalam nada suara yang geram. "Baiklah, saya akan terima awak sebagai kawan baru saya...", perlahan lahan fariz menyambut huluran tangan gadis tersebut. Mereka pun bersalaman sambil berbalas senyuman.

CINTA TERLARANG (18)Where stories live. Discover now