"Hey!... who the hell are you??!!!...", soal fariz dengan marah. Ketika itu puan sri mia sudah bersembunyi di belakangnya. soalan fariz tidak di jawap. Lelaki itu terus mara ke hadapan lalu di tikamnya fariz tapi pemuda itu sempat mengelak. Puan sri mia segera berundur ke belakang. Fariz memasang kuda kudanya. Walaupun dia sudah lama tidak menggunakan kemahirannya dalam bersilat namun dia akan cuba lakukan yang terbaik demi mempertahankan dirinya. Dia masih ingat lagi beberapa jurus silat gayung yang di ajar oleh arwah ayahnya ketika dia masih kecil. Itu pun di ajar sebelum ayahnya menjadi penagih dadah yang tegar. Setelah ayahnya jadi penagih dadah dia tidak lagi mengajarnya ilmu persilatan itu. Namun ada juga beberapa jurus yang dia masih ingat sehingga ke hari ini.
Pada masa inilah dia menggunakan ilmu silat gayung yang di ajar oleh ayahnya. Matanya di tumpukan ke arah pihak lawan. Dia kini bersiap menghadapi pihak lawan. Lelaki tersebut terus menerkam ke arahnya. Dengan sepantas kilat dia mengelak lalu memukul belakang lelaki tersebut dengan tangannya. Lelaki itu jatuh di atas lantai. Lelaki tersebut bangun semula. Dia mula menyerang fariz dengan pisau terhunus di tangan tapi fariz segera menyentak tangan lelaki tersebut dengan tangannya sehingga pisau di tangan lelaki itu terjatuh di atas lantai. Mereka mula bergelut di situ. Puan sri mia yang hanya memerhatikan mereka dari tadi terus mengambil pisau yang tergeletak di atas lantai tidak jauh dari situ. lantas di tikamnya bahu kiri lelaki tersebut dengan pisau di tangannya. Darah merah mengalir keluar dari atas bahu kiri lelaki tersebut.
"Ouuwhhh...", kedengaran lelaki itu menjerit kesakitan. Fariz segera menolak tubuh lelaki tersebut ke atas lantai lalu di sepak terajangnya tubuh lelaki itu secara bertalu talu. Lelaki tersebut menjerit kesakitan. Dia terbaring di atas lantai dalam keadaan yang kesakitan. fariz masih juga menyepak tubuh lelaki itu dengan sekuat hatinya. "Cukuplah tu riz... mari kita lari dari sini...", puan sri mia bersuara sambil menarik tangan pemuda tersebut supaya lari tinggalkan tempat itu. Dalam pada itu sempat juga puan sri mia membawa lari beg tangan dan beg pakaiannya dan juga beg sandang milik fariz. Mereka hanya sempat membawa sebahagian kecil pakaian mereka yang masih tertinggal di dalam beg. Yang tidak sempat di bawa di tinggalkan begitu saja. Mereka berlari keluar dari situ dengan perasaan yang bercelaru.
Dengan pantas mereka masuk ke dalam kereta sebaik saja mereka sampai di parking lot yang sunyi sepi itu. Fariz segera mengeluarkan anak kunci kereta dari dalam kocek seluarnya. Ketika mereka berada di dalam kereta kelihatan lelaki yang bertopeng hitam itu muncul di kawasan parking lot tersebut. Dia melangkah dengan bahu kiri yang berdarah. Pisau yang terpacak di bahu kirinya sudah tidak ada lagi di situ. Mungkin dia sudah mencabut pisau tersebut dengan tangannya sendiri. Terkejut betul mereka sebaik saja mereka melihat lelaki bertopeng hitam itu berada di parking lot tersebut. Dia melangkah menuju ke arah mereka. "Cepat pasang enjin kereta ni, riz... lelaki tu datang ke sini!...", jerit puan sri mia dengan cemas sekali. Dengan sepantas kilat fariz menghidupkan enjin kereta itu. Dia terus menekan clutch, masukkan gear dan tekan pedal minyak kereta dengan sepantas kilat. Bagaikan pelesit kereta itu terus meluncur laju dari situ.
"What was that all about?... kenapa ada seorang lelaki bertopeng hitam datang ke bilik hotel kita dan berusaha membunuh kita?"
"Saya tak tahu riz... Mungkin..."
"Mungkin apa mia?"
"Mungkin lelaki tu lelaki psycho. Tak pun serial killer... Maklumlah ini kan kota besar... tentulah banyak psychopath berkeliaran di kota besar macam ni..."
"Tapi dalam banyak banyak manusia yang hidup di kota besar ni takkanlah kita saja yang jadi mangsa lelaki bertopeng hitam tu... thats really weird, you know..."
"Entahlah riz... saya pun tak tahu kenapa lelaki jahat tu nak bunuh ki..."
Belum pun sempat puan sri mia menghabiskan perkataannya tiba tiba, "geeeduuummm!!!!...", kedengaran belakang kereta mereka di langgar dari belakang.
YOU ARE READING
CINTA TERLARANG (18)
Romance#5 in romance (28/08/16) Sinopsis: seorang isteri merasa di abaikan oleh suaminya sendiri. manakala seorang pemuda terpaksa menjadi gigolo kerana kesempitan wang. mereka di kurung oleh seseorang di dalam sebuah bilik. dari situlah kisah ini bermula...