CINTA TERLARANG 51

10.3K 67 0
                                    

"mia... apa yang awak fikirkan tu?...", soal fariz sebaik saja dia melihat puan sri mia diam memikirkan sesuatu. "nothing...", balas puan sri mia sepatah. "bohong... tentu ada sesuatu yang terlintas di fikiran awak tu... saya dapat rasakannya...", teka fariz. "sebenarnya saya tengah fikirkan tentang shasha. dia jatuh cinta pada awak tapi daddynya merancang nak jodohkan dia dengan anak lelaki dato mustapha...", puan sri mia bersuara sambil memandang wajah fariz. "jadi dia dah tahu ke perkara tu?", soal fariz. "belum lagi... mungkin malam nanti daddynya akan memberitahu perkara ini padanya... tapi masalahnya sekarang dia cintakan awak... tentu dia akan menolak lamaran anak lelaki dato mustapha tu...", balas puan sri mia dengan wajah yang serius. fariz terdiam. dia pun turut memikirkan masalah tersebut.

"riz... saya rasa shasha takkan lepaskan awak begitu saja... jikalau dia inginkan sesuatu dia pasti akan berusaha bermati matian untuk dapatkan apa yang dia nak... ini termasuklah awak... saya kenal betul anak perempuan saya tu...", kata puan sri mia perlahan lahan. "jadi?...", fariz memandang wajah wanita itu. "jadi saya merasa khuatir shasha akan menjadi penghalang dalam hubungan cinta kita...", puan sri mia meluahkan kekhuatirannya. "itu dah di kira sebagai penghalang sampingan... belum tiba lagi penghalang nombor satu tu...", sambung puan sri mia. "penghalang nombor satu?... maksud awak?", soal fariz. "maksud saya suami saya tu... jika dia tahu hubungan kita sudah tentu dia akan menjadi penghalang terbesar cinta kita...", kata puan sri mia. fariz diam membisu. dia tidak tahu nak cakap apa lagi. keadaan semakin bertambah rumit. inilah natijahnya apabila bercinta dengan orang yang sudah berumahtangga ni. banyak betul halangannya.

"macam ni sajalah... kita kena rahsiakan dahulu hubungan cinta kita ni sebab saya tak mahu sesiapa pun tahu yang kita bercinta. terutamanya shasha dan suami saya tu....", kata puan sri mia perlahan lahan. "tapi sampai bila kita harus rahsiakan hubungan kita ni?... lambat laun mereka akan tahu juga hubungan kita ni...", fariz meluahkan kekhuatirannya. "ya... saya tahu lambat laun mereka akan tahu juga tapi buat masa ni biarkan ia menjadi rahsia kita berdua. saya nak kita teruskan hubungan kita seperti biasa... kita keluar bersama bila ada kesempatan yang terluang tapi kita jangan selalu keluar kat public area, takut ada orang melihat kita bersama. sebaiknya tempat yang selalu kita bertemu tu haruslah tempat yang terasing dan tidak di ketahui oleh orang lain. maksud saya tempat tu mesti tempat yang tersorok atau tempat yang jarang di kunjungi oleh orang lain. kat situ barulah kita boleh bertemu...", cadang puan sri mia. "Baiklah... saya akan ikut saja apa yang awak cadangkan tu...", kata fariz. mereka saling berbalas pandangan dan senyuman. selepas berbual bual buat beberapa ketika puan sri mia pun minta diri untuk pulang ke rumahnya.

sebaik saja wanita itu meninggalkannya seorang diri di situ dia cuba bangun dari atas katilnya. dia ingin pergi melihat keadaan emaknya di wad pesakit perempuan. dia mahu tahu bagaimana keadaan emaknya sekarang. dengan bersusah payah dia menggerakkan tubuhnya. rasa sakit akibat jahitan di pinggang kirinya tidak di hiraukan. dia cuba menggagahkan diri untuk bergerak meninggalkan ruangan tersebut. oleh kerana tubuhnya masih lemah dia terpaksa berjalan perlahan lahan. tangan kanannya berpaut pada besi yang ada di tepi dinding. ketika dia berjalan perlahan lahan di ruang koridor itu muncul seorang jururawat di sebelahnya. "eh... awak nak pergi ke mana?", soal jururawat itu ingin tahu. "saya nak jenguk mak saya di wad pesakit perempuan... dia di rawat di sana...", terang fariz sambil berpaut pada besi di tepi dinding.

"kalau awak susah berjalan awak naik kerusi roda sajalah... biar saya tolak awak melalui kerusi roda tu...", kata jururawat tersebut sambil menunjuk ke arah kerusi roda yang ada di situ. "eh... tak payahlah... saya masih boleh berjalan perlahan lahan...", balas fariz sambil tersengih. "tak apa... awak naik kerusi roda ni dulu... biar saya yang tolak awak ke sana...", kata jururawat itu. dia mengambil sebuah kerusi roda yang ada di situ lalu dia menyuruh fariz duduk di dalam kerusi roda tersebut. perlahan lahan jururawat itu menolak kerusi roda itu menuju ke wad pesakit perempuan. tidak lama kemudian mereka pun sampai di wad pesakit bernombor 18. kelihatan mak tijah sedang berbaring di atas katil sambil memikirkan sesuatu. "mak...", sapa fariz sebaik saja dia sampai dekat dengan katil emaknya itu. dia cuba bangun dari atas kerusi roda tersebut. "oh!... riz... syukurlah awak masih okay... mak susah hati memikirkan awak sebab mak tak tahu macamana keadaan awak setelah di bedah. bila awak berada kat sini hati mak terasa lega sekali...", kata mak tijah dengan riangnya. dia memeluk emaknya.

CINTA TERLARANG (18)Where stories live. Discover now