Fariz melangkah keluar dari dalam kereta sebaik saja mereka sampai di hadapan sebuah rumah banglo bertingkat 2 di kelilingi tanaman pokok bunga yang cantik itu. Puan sri mia pun turut melangkah keluar dari dalam kereta tersebut. Mereka mula melangkah menuju ke arah rumah banglo tersebut. Puan sri mia menekan loceng pintu rumah itu. Tidak lama kemudian pintu rumah tersebut di buka orang. Kelihatan seorang gadis berpakaian agak goth sedikit stylenya sedang berdiri depan mata mereka. Rambut panjangnya berwarna hitam, matanya berwarna biru, kulitnya cerah, gincu bibirnya pula berwarna hitam, hidung dan mulutnya bertindik, matanya di warnai pembayang mata berwarna hitam dan pakaiannya pun berwarna hitam. Semuanya berwarna hitam. Fariz hanya diam memerhatikan penampilan gadis tersebut. Gadis itu hanya pandang semacam ke arah mereka berdua. Mungkin dia terkejut apabila melihat mereka datang ke situ dengan memakai baju pijama.
"Yeah?!..."
"Er... excuse me... sorry to bother you... I want to meet mrs salina khairul?... I'm her friend..."
"Okay, just wait here for a moment... mom!... mom!... there's someone here want to meet you..."
Gadis itu bersuara sambil memanggil emaknya. Tidak lama kemudian muncul pula puan salina di situ. "Oh... akhirnya awak datang juga ke sini.... anyway, kenapa korang pakai baju pijama ni? Korang dari mana pakai baju pijama ni?", soal puan salina ingin tahu. "Oh... its a long story. Er... boleh kami masuk ke dalam?", soal puan sri mia perlahan lahan. "Masuklah...", pelawa puan salina dengan lembut. Mereka pun melangkah masuk ke dalam rumah tersebut.Mereka duduk di atas kerusi yang ada di situ. "Er... lisa, this is my old classmates. Her name is puan sri mia marina iskandar. Shes from malaysiana. She lives in mega city... shes on vacation here with her co worker named fariz junaidi... er, mia... fariz, perkenalkan ini anak gadis saya namanya lisa abdul matt... dia ni anak tunggal saya. Umurnya baru 18 tahun...", kata puan salina. Mereka bersalaman seketika. "Mom... why are they still wearing a pyjamas?", soal lisa pada emaknya separuh berbisik. "Oh... dont asked mummy a question like that... you go to your room right now...", kata puan salina pada anak gadisnya itu. Mahu tidak mahu lisa pun beredar dari situ. Namun sempat juga dia menatap wajah fariz yang sedang duduk tidak jauh dari situ. "Hm... He's almost looks like justin bieber... justin bieber in pyjamas?... hmmm... whatever...", bisik hati kecilnya. Dia terus melangkah pergi dari situ.
"Okay... sebenarnya korang dari mana ni?... kenapa korang datang ke sini dengan memakai baju pijama ni?... setahu saya belum ada lagi orang buat costume party kat kawasan perumahan saya ni...", puan salina mula bertanya. "Sebenarnya kami baru saja lari dari hotel legend... ada orang cuba membunuh kami di hotel tu... sebab itulah kami lari ke sini...", terang puan sri mia dengan nada suara yang bergetar. "Apa?... ada orang nak bunuh korang?", soal puan salina terkejut. "Ya...", balas puan sri mia sepatah. "Cuba awak ceritakan apa yang sebenarnya terjadi ni?", kata puan salina. Mahu tidak mahu puan sri mia pun terpaksa menceritakan bagaimana lelaki tersebut tiba tiba masuk ke dalam bilik hotel mereka lalu cuba membunuh mereka.
Puan salina mendengarnya dengan reaksi yang terkejut. Dia tidak menyangka perkara itu terjadi pada rakan lamanya. "Itulah... lain kali awak jangan buka pintu pada orang yang tidak di kenali... ini kota besar. Memang banyak penyangaknya. Apa apa pun korang tinggallah kat sini untuk beberapa hari...", kata puan salina perlahan lahan. "Tapi suami awak tak marah ke nanti kalau dia tahu kami menumpang di rumah awak?", soal puan sri mia ingin tahu. "Suami saya tak kisah pun... kadangkala dia bawa kawan kawannya tinggal di dalam rumah ni... itu pun kawan kawan internetnya yang datang dari luar negara...", kata puan salina.
"Oh begitu... mana suami awak sekarang?", soal puan sri mia. "Oh... dia berada di mexica sekarang. Dia tengah uruskan pembukaan restoran italiano yang baru di sana...", balas puan salina. "Oh macam tu...", puan sri mia menganggukkan kepalanya tanda faham. "Er... mana suami awak?... kenapa dia tidak ikut awak bercuti kat sini?", soal puan salina ingin tahu. "Oh... dia sibuk dengan pekerjaannya... mana ada masa dia melancong ke sini...", balas puan sri mia perlahan lahan. "Oh I see...", puan salina menganggukkan kepalanya tanda faham. "Er... saya pergi ambil beg pakaian kita dulu, ya...", kata fariz pada puan sri mia. "Hm... Baiklah...", balas puan sri mia sepatah. Fariz melangkah keluar dari situ.
YOU ARE READING
CINTA TERLARANG (18)
Romance#5 in romance (28/08/16) Sinopsis: seorang isteri merasa di abaikan oleh suaminya sendiri. manakala seorang pemuda terpaksa menjadi gigolo kerana kesempitan wang. mereka di kurung oleh seseorang di dalam sebuah bilik. dari situlah kisah ini bermula...