CINTA TERLARANG 36

12.2K 68 3
                                    

Setelah puas bermain bola keranjang mereka kembali duduk di tepi gelanggang sambil berbual bual. "Riz... satu saja permintaan saya pada awak... tolong rahsiakan apa yang saya katakan pada awak sebentar tadi... jangan bagitahu siapa siapa pun tentang perkara tu... saya akan merasa malu jika ada orang lain tahu rahsia saya...", kata Jayden perlahan lahan. "Jangan bimbang... saya janji akan merahsiakan perkara ini...", balas fariz perlahan lahan. "Terima kasihlah sebab awak sudi datang menemani saya petang ni... kalau awak tak datang tadi tentu saya akan main basketball seorang diri...", kata jayden perlahan lahan. "Eh... awak tak ada kawan meh?", soal fariz kehairanan. "Ada tapi dia..." jayden berhenti bersuara. Dia tidak meneruskan perkataannya.

"kenapa dengan dia, jay?...", soal fariz ingin tahu. "just forget about that...", balas jayden. "Eh... kenapa pula awak berkata begitu?... apa yang telah terjadi pada kawan awak tu?", soal fariz ingin tahu. "Tak payahlah kita cerita fasal kawan saya tu... saya malas nak cerita tentang dia...", balas jayden menggeleng gelengkan kepalanya. Fariz terdiam selepas itu. Ketika mereka sedang duduk di situ tiba tiba saja handphone jayden berbunyi nyaring. Perlahan lahan dia menjawap panggilan di handphonenya itu. Jayden bercakap dalam bahasa cina jadi fariz tidak tahu apa yang pemuda itu perkatakan pada orang di dalam handphonenya. Sejurus kemudian dia bangkit meninggalkan gelanggang basketball tersebut.

Jayden bangkit dari tempat duduknya. "Awak nak pergi ke mana tu?", soal fariz ingin tahu. "Awak tunggu saya kat situ sekejap... ada orang datang nak jumpa saya...", balas jayden sambil beredar dari situ. Baru beberapa langkah saja dia berjalan tiba tiba muncul pula seorang pemuda cina di depan matanya. Mungkin dia datang mencari jayden. Wajahnya agak tegang sedikit. Tanpa semena mena dia memeluk jayden seperti seorang kekasih yang memeluk kekasihnya. Tapi jayden meleraikan pelukannya. Dia seperti tidak suka akan kehadiran pemuda yang hampir sebaya dengan dirinya itu. Mereka mula berbual dalam bahasa cina. Pada mulanya pemuda itu bercakap dalam nada suara separuh merayu tapi lama kelamaan dia bersuara dalam nada suara yang marah. Apatah lagi bila dia melihat fariz berdiri memerhatikan mereka tidak jauh dari situ. Dia mula membentak bentak jayden. Malah dia menolak nolak bahu jayden dengan kasar sambil mengeluarkan perkataan dalam bahasa cina yang sukar di fahami oleh fariz.

Fariz yang dari tadi diam memerhatikan mereka mula merasa tidak sedap hati. Dia merasa jayden perlukan pertolongannya. Dia pun terus berjalan menuju ke arah 2 orang pemuda tersebut. "Jay... ada apa ni?", soal fariz ingin tahu. Dia berdiri di sebelah jayden. Belum pun sempat jayden bersuara, pemuda itu segera bersuara, "eh... awak ni siapa, hah?", akhirnya pemuda tersebut bertanya dalam bahasa melayu. Fariz fikir dia tak pandai berbahasa melayu. Maklumlah dari tadi dia asyik bercakap dalam bahasa cina saja. "Saya kawan jayden... awak siapa?", soal fariz dengan wajah yang selamba.

"Saya darrell lim, kekasih jayden... yang awak tiba tiba berkawan dengan jayden ni, kenapa, hah?... awak ada hati nak bercinta dengan jayden ke?", soal pemuda bernama darrell itu. Fariz ketawa sebaik saja dia mendengar perkataan pemuda tersebut. Dia merasa lucu apabila dia di katakan ada hati nak bercinta dengan jayden. Tentu darrell fikir dia ialah lelaki gay sama seperti mereka berdua. "Sebenarnya...", belum pun sempat fariz menghabiskan perkataannya tiba tiba saja pemuda itu menggenggam buku limanya seperti hendak menumbuk wajahnya pula. Dia mula menyerang fariz. Cepat cepat fariz segera mengelak..."Woah!... woah!... woah!... wait a minute... saya straight lorh... saya tak ada hati nak bercinta dengan jayden...", dengan pantas fariz bersuara. Darrell berhenti dari menyerangnya.

"Look... i dont know what's your problem with jayden tapi saya tak berniat hendak merampas jayden dari awak... saya cuma kawan biasa dia saja... so, jangan salah sangka, ya...", kata fariz dengan wajah yang serius. Darrell terdiam sebaik saja dia mendengar perkataan pemuda itu. Jayden mula memarahi dia dalam bahasa cina. Mereka kembali bergaduh dalam bahasa cina. Fariz terpaksa diam memerhatikan mereka. Tidak lama kemudian darrell berlalu pergi dari situ. "Maaflah sebab perkara tadi tu...", kata jayden setelah darrell pergi meninggalkan tempat itu. "Sebenarnya apa masalah dia tu?", soal fariz ingin tahu.

"Sebenarnya dia tu kawan baik saya... kami selalu keluar bersama... pada mulanya saya tak tahu pun yang dia tu ialah lelaki gay. Setelah berkawan dengannya, dia ajak saya menyertai extra fun club iaitu club yang di khaskan untuk lelaki gay... dari situ lah saya kenal dunia gay yang sebenarnya....", jayden berhenti bersuara. "Oooh... jadi itu kawan awak yang awak tak nak cakap tadi tu?", soal fariz ingin tahu. "Ya... sebenarnya kami memang rapat sekali tapi sejak kebelakangan ini dia terlalu mengongkong kebebasan saya... sehinggakan saya nak berkawan dengan lelaki lain pun tak boleh. Dia akan marah pada saya. Seperti tadi tu bila dia lihat ada lelaki lain dengan saya dia mula marah marah. Sebenarnya saya tak suka di kongkong. Saya ingin bebas berkawan dengan semua orang. Apabila dia mula mengongkong kebebasan saya, saya mula merasa tidak senang dengannya...", terang jayden dengan jujur.

"Oh... jadi dia seorang kekasih yang kuat cemburu?...", tebak fariz. "Yeah... itu sebabnya saya nak putuskan hubungan kami...", kata jayden perlahan lahan. "So, dia marah awak tadi sebab awak nak putuskan hubungan korang?", soal fariz lagi. "Ya...", balas jayden sepatah. "Apa bestnya lelaki bercinta dengan lelaki ar?", soal fariz sambil berfikir. "Kenapa awak tanya soalan macam tu?", soal jayden pula. "I just wondering, thats all... sebenarnya manusia di ciptakan Tuhan secara berpasangan. Lelaki dan perempuan. Tapi kenapa harus ada orang yang memilih kaum sejenisnya untuk bercinta? Kenapa tidak dengan lawan jenisnya?... sedangkan binatang pun ada pasangannya. Jantan dan betina tapi saya tak pernah pun melihat binatang memilih jantina yang sama untuk hidup bersama dan mengawan... tidak pernah pula saya melihat ada pasangan gay or lesbian mempunyai zuriat mereka sendiri walaupun bertahun lamanya hidup bersama. Tidakkah itu satu kesia siaan?...", kata fariz. Jayden diam di sebelahnya. "Saya tak bermaksud hendak menyindir orang yang suka dengan kaum sejenisnya tapi tidak kah ianya berlawanan dengan hukum alam?...", soal fariz lagi. "Saya tak tahu bagaimana nak jawap soalan awak tu tapi apa yang saya tahu keinginan dalam batin manusia berbeza beza... semuanya tidak sama...", balas jayden perlahan lahan.

"Yeah... keinginan batin yang baik bisa menghasilkan perkara yang baik tapi keinginan batin yang menyesatkan bisa menghasilkan perkara yang sia sia... tidakkah awak terfikir bahawa hubungan cinta terlarang dan tidak di restui oleh Tuhan adalah hubungan yang sia sia?", soal fariz dengan pantas. Jayden diam membisu di sebelahnya. "Jay... saya bukannya bermaksud hendak sakitkan hati awak dengan perkataan saya ni tapi saya nak awak sedar yang awak harus kembali ke pangkal jalan... jangan biarkan diri awak tersesat dengan perkara yang sia sia seperti itu. Sebaiknya awak ubahlah cara pemikiran awak terutamanya tentang seks. Lebih baik awak bercinta dengan lawan jenis awak daripada awak bercinta dengan kaum sejenis awak... awak dengarlah nasihat saya ni. Ianya untuk kebaikan awak juga...", kata fariz panjang lebar.

"Saya ada juga terfikir hendak bercinta dengan perempuan tapi saya takutlah kalau cinta saya di tolak... maklumlah perempuan ni kadangkala lebih leceh dari lelaki...", kata jayden setelah lama berdiam diri. "Eh... awak jangan takut... lelaki harus berani. Belum cuba belum tahu... awak mesti cuba dulu... manalah tahu awak akan kekal hidup bersama seorang gadis yang menyayangi awak sehingga ke akhir hayat awak... by the way, saya rasa belum terlambat lagi untuk awak berubah... kalau awak betul betul nak berubah awak harus berhenti dari menyertai kelab gay tu. And then awak cubalah keluar dengan mana mana gadis yang menarik perhatian awak. Biasakan diri bergaul dengan mereka. Lama kelamaan awak akan mula menyukai lawan sejenis awak.... awak ikut saja nasihat saya ni... ianya untuk kebaikan awak juga...", kata fariz. "Mungkin apa yang awak katakan tu betul... i will think about it... thanks for your advice, fariz...", balas jayden sambil tersenyum. Fariz membalas senyuman rakannya itu. Setelah berbual bual buat beberapa ketika jayden pun menghantar fariz pulang ke rumahnya.

CINTA TERLARANG (18)Where stories live. Discover now