CINTA TERLARANG 25

15.5K 90 4
                                    

BAB 7

Tidak lama kemudian kapal terbang yang mereka naiki selamat sampai di lapangan terbang wonderfly. Shasha segera bangun. Dia dengan sengajanya menjatuhkan beg yang di ambilnya dari atas kabinet di atas kepala fariz. Beg itu jatuh di atas kepala pemuda tersebut. Shasha ketawa sebaik saja beg itu jatuh di atas kepala pemuda tersebut. Fariz hanya menyeringai kesakitan. Sudahlah beg tu berat, jatuh atas kepala dia pula tu. Dia lihat shasha mentertawakannya. Ingin saja dia membentak gadis itu tapi dia cuba untuk bersabar. Biar pun dalam hati dia begitu marah pada shasha. "Apa ni shasha?... awak tak ambik beg tu dengan baik ke?... kenapa sampai jatuh di atas kepala fariz pula?", soal puan sri mia sedikit marah.

Dia mengambil beg tersebut dari atas kepala fariz. "Saya tak sempat meraih beg tu tadi... tu yang jatuh atas kepala fariz tu... hahahaha...", Shasha bersuara sambil ketawa. Fariz hanya menggetapkan giginya. Kalau puan sri mia tidak ada di situ sudah tentu dia sudah membentak gadis tersebut. "Riz... awak tak apa apa, kan?... kepala awak tak sakit, kan?", soal puan sri mia ingin tahu. "I'm okay...", balas fariz. Padahal dalam hati, dia rasa terbakar dengan sikap Shasha yang keanak-anakan itu. Namun dia cuba bersabar. Tanpa mempedulikan hilai tawa shasha dia melangkah pergi dari situ.

*** *** ***

Fariz menarik begnya keluar dari dalam lif. Perlahan lahan dia melangkah menuju ke pintu apartmentnya. Ketika dia sedang tunduk membuka kunci pintu apartmentnya tiba tiba, "Er... maaf saudara... boleh saya tumpang tanya?...", tegur suatu suara. Perlahan lahan fariz mengalihkan perhatiannya. Kelihatan seorang pemuda berdiri di sebelahnya. Dia terkejut sebaik saja dia melihat wajah pemuda yang berdiri di depannya saat itu. "Eh... jayden...", fariz bersuara sebaik saja dia terpandang akan wajah pemuda tersebut. Wajah pemuda itu berubah serta merta. Dia segera beredar dari situ tapi fariz segera menahannya. "Nanti dulu, jay... awak nak pergi ke mana ni?", soal fariz ingin tahu.


"Sebenarnya saya nak cari apartment mak cik saya... dia baru berpindah kat sini... tak sangka pula awak ada kat sini...", kata jayden serbasalah. "Sebenarnya saya tinggal kat sini... saya tinggal kat apartment hujung sana tu...", kata fariz. "Riz... tentang peristiwa hari tu... saya minta maaf sebab saya paksa awak join extra fun club tu... sebenarnya saya merasa malu pada awak kerana peristiwa yang terjadi di dalam tandas tempohari... saya...", belum pun sempat jayden menghabiskan perkataannya fariz segera memotong perkataannya. "Saya dah maafkan awak... apa yang dah berlaku tu tak usahlah di fikirkan lagi. Just forget all about that... we can still be friend, right?...", kata fariz sambil tersenyum. Dia menghulurkan tangannya pada jayden sebagai tanda persahabatan. "Awak tak kisah ke berkawan dengan lelaki gay macam saya ni?", soal jayden dengan wajah yang serius. "Saya tak kisah pun. Yang penting kita ikhlas berkawan...", kata fariz. "Okay... kita berkawan...", kata jayden sambil bersalaman dengan pemuda tersebut. "Saya dengar awak di berhentikan kerja dari agency modelling tu... jadi awak kerja apa sekarang?", soal fariz ingin tahu. "Saya bekerja sebagai DJ je kat extra fun club tu...", jawap jayden sambil tersenyum. "Oh baguslah... at least you've got your own job...", balas fariz.

Ketika mereka berbual bual di situ tiba tiba, "eh... jayden...", kedengaran suatu suara bergema di belakang mereka. Kelihatan seorang wanita berumur dalam lingkungan 50 an sedang berjalan keluar dari dalam pintu lif yang ada di situ. Tangannya penuh dengan plastik barang. Dia melangkah menghampiri mereka berdua. "Oh... mak cik may... er, perkenalkan... ini kawan saya fariz junaidi... riz, ini mak cik may, emak saudara saya...", kata jayden sambil tersenyum. "Hai... mak cik may...", sapa fariz dengan sopan. "Hai... awak pemuda yang tinggal kat apartment hujung sekali tu, kan?", soal mak cik may dengan ingin tahu. "Ya, mak cik...", balas fariz dengan sopan. "Oh... ada seorang pemuda datang mencari awak tempohari tapi awak tidak ada di apartment awak. Selang 2 hari kemudian, dia datang lagi mencari awak. Kali ini dia bertanya pada saya ke mana awak pergi tapi saya jawap saya tidak tahu ke mana awak pergi... akhirnya dia memberikan saya sepucuk surat ini... dia menyuruh saya menyerahkan surat ini pada awak...", kata mak cik may sambil menarik keluar sepucuk surat dari dalam beg tangannya. Dia menyerahkan surat tersebut pada fariz.

Perlahan lahan fariz mengambil surat itu. "Terima kasih mak cik, jay... er... saya balik ke apartment saya dulu...", kata fariz. "Baiklah...", balas mak cik may dan jayden hampir serentak. Perlahan lahan fariz melangkah pergi dari situ. Dia mengorak langkah menuju ke apartmentnya. Pintu apartment dibuka. Setelah beg dan barang barangnya di letakkan di dalam apartment dia pun duduk di atas kerusi sambil membuka sampul surat di tangannya. Isi surat itu di bacanya.

Fariz,
Saya tak tahu pada siapa nak mengadu. Saya sudah berulang kali datang cari awak tapi awak tak ada di apartment awak. Bila saya call awak operator dalam handphone tu asyik cakap the number that you're dial is not in service... blah... blah... blah... dan saya terus terfikir mungkin awak dah tukar nombor handphone awak atau pun awak sengaja offkan handphone awak sebab awak tak nak berkawan dengan saya. Maklumlah saya ni kan masih seorang lelaki gigolo. Lagi pun saya ni penagih dadah dan produser video porno di internet. Saya langsung tak layak jadi kawan awak yang dah jadi supermodel tu...

Apa apa pun saya masih ingin berkawan dengan awak. Biar pun awak dah anggap saya manusia yang tidak berguna dalam dunia ni... by the way, jikalau awak masih menganggap saya seperti kawan baik awak tolonglah datang jenguk saya kat rumah saya ni... kalau awak rasa yang saya tak layak jadi kawan awak just ignore my letter and anggap aje saya tak pernah berkawan dengan awak. Thats all for now... bye...

Me:-
Jo...

Fariz mengeluh berat sebaik saja dia selesai membaca surat tersebut. Dia merasa lain macam aje ketika dia membaca surat rakannya itu. dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan johan. Dia ingin terangkan pada johan yang dia sudah menukarkan nombor handphonenya atas sebab yang tertentu. Lagi pula dia terpaksa pergi ke pulau bati selama seminggu atas urusan pekerjaan sebab itulah dia tidak ada di apartmentnya. Dia tak berniat pun hendak memutuskan persahabatan mereka hanya kerana rakannya itu seorang lelaki gigolo, penagih dadah dan produser video lucah dalam internet. Cepat cepat dia bangun lalu melangkah pergi dari situ.

Dia menunggang motorsikalnya dengan laju sekali. Dia sudah tidak sabar lagi hendak sampai di rumah sewa rakannya itu. Ketika dia sampai di rumah sewa johan, dia lihat rumah tersebut kelihatan lengang bagaikan tidak berpenghuni. Dia segera mengetuk daun pintu rumah rakannya itu tapi tiada siapa pun yang membukakan pintu untuknya. Dia lihat kasut johan tergeletak di depan pintu rumah tersebut. Dia tahu johan masih berada di dalam rumah itu. "Jo... buka pintu ni...", sekali lagi fariz bersuara sambil mengetuk daun pintu tersebut. Namun pintu itu masih terkunci rapat. Dia segera membuka tingkap kaca yang ada di situ untuk melihat keadaan di dalam rumah tersebut. Kelihatan johan terbaring di atas lantai.

Fariz merasa cemas sebaik saja dia melihat rakannya terbaring di atas lantai dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dia segera membuka tingkap kaca itu satu persatu. Dia memanjat masuk ke dalam rumah tersebut melalui tingkap tersebut. Fariz segera meluru ke arah rakannya itu. "hey... jo... wake up... jo...", fariz cuba menyedarkan johan tapi rakannya itu masih juga tidak sedarkan dirinya. Fariz merasa bertambah cemas sebaik saja dia lihat ada darah mengalir keluar dari pergelangan tangan kiri johan. Ada kesan luka di situ. Luka yang sangat dalam sehingga ianya menampakkan daging daging yang tercalar.

setitis demi setitis darah jatuh di atas lantai. Kelihatan sebilah pisau cukur tergeletak di atas lantai. Ada kesan darah pula tu. Tahulah fariz yang rakannya itu telah mencederakan lengan kirinya dengan pisau cukur tersebut. Dia pun segera menelefon pihak hospital besar bandar mega. Tidak lama kemudian sebuah kereta ambulance berhenti betul betul di hadapan rumah sewa tersebut. Cepat cepat mereka membawa pengusung ke dalam rumah itu. Tubuh johan segera di usung keluar dari dalam rumah tersebut. Fariz terpaksa masuk ke dalam kereta ambulance itu. Perlahan lahan kereta ambulance tersebut meluncur pergi meninggalkan tempat itu. Di sepanjang perjalanan dia berdoa di dalam hati semoga rakannya itu dapat di selamatkan....

CINTA TERLARANG (18)Where stories live. Discover now