CINTA TERLARANG 22

17K 100 0
                                    

Setelah penat berkejaran di tepi pantai mereka pun duduk di atas pasir sambil merenung keindahan bulan dan bintang di langit. Ketika puan sri mia merenung keindahan bulan dan bintang di langit mata nakal fariz mula meliar memandang tubuh wanita yang sedang duduk di sebelahnya saat itu. Dengan pakaian yang masih basah dia dapat melihat bentuk tubuh puan sri mia dengan jelas. Susuk tubuhnya tidak kurus dan tidak juga gemuk tapi dia bertubuh sederhana. Walaupun dia sudah berusia dalam lingkungan 40-an namun dia masih awet muda. Memang betul apa yang di katakan oleh johan padanya tempohari yang wanita itu masih cantik dan tubuhnya masih 'bergetah'. Rasanya dia teringin.... "Stop thinking like that fariz... she's not your goddamn filthy customer... she's your boss, okay... dont think a dirty things like that again...", fariz cuba memperingatkan dirinya sendiri. Cepat cepat dia mengalihkan pandangannya ke dada langit. Dia cuba menghalau segala fikiran kotor yang bermain di mindanya.

"Riz...", puan sri mia bersuara setelah lama berdiam diri. "Hmmm...", gumam fariz tanpa mengalihkan pandangan matanya. Matanya leka memandang keindahan bintang di langit. "Saya fikir kita patut jarakkan diri kita buat sementara waktu selama kita berada kat sini...", kata puan sri mia setelah berfikir seketika. "Kenapa pula?", soal fariz sambil memandang wajah wanita tersebut. "Sebab saya tak nak anak gadis saya si shasha tu menaruh syak wasangka terhadap kita. Saya tengok dia macam tak senang aje bila dia lihat saya berbual dengan awak...", kata puan sri mia perlahan lahan. "Mungkin sebab dia tak suka saya kot, itu yang menyebabkan dia tak senang apabila dia melihat kita berbual bual...", teka fariz. "Hm... mungkin juga tapi sebaiknya kita jangan terlalu rapat nanti tak fasal fasal pula shasha memberitahu suami saya yang kita bercinta. Tentu haru biru jadinya...", kata puan sri mia. "Jadi awak tak nak anak gadis awak berfikiran yang bukan bukan tentang kita, begitu?", soal fariz. "Ya... begitulah... cuma satu saja yang saya minta pada awak... kita jangan terlalu rapat dalam seminggu ni... maksud saya awak jangan asyik berbual dengan saya saja... awak carilah teman bual awak yang lain, okay?", kata puan sri mia. "Okay... saya akan ikut apa yang awak katakan...", kata fariz. "Kalau macam tu baguslah... eh!... ini dah larut malam dah ni... mari kita balik...", puan sri mia bangun dari tempat duduknya. "Okay...", balas fariz sepatah. mereka pun bangun lalu beredar dari situ.

*** *** ***

Keesokan paginya fariz bangun awal walaupun matanya masih terasa mengantuk. Dia bersiap secara ala kadar. Selepas itu dia melangkah keluar dari dalam chaletnya. Dari jauh lagi dia lihat beberapa orang model mula melangkah menuju ke lokasi tempat mereka mengambil gambar. Dia lihat puan sri mia berpakaian santai pada awal pagi itu. Perlahan lahan dia melangkah menuju ke arah wanita tersebut. "Selamat pagi mia...", sapa fariz dengan lembut. "Pagi...", balas puan sri mia dengan senyuman. Kemudian dia menyibukkan diri dengan para model yang lain. Fariz hanya berdiri memerhatikannya. Dia tahu puan sri mia sedang menjarakkan diri darinya. Buktinya setiap kali fariz berdiri di sebelah wanita tersebut sudah pasti dia akan bergerak jauh sedikit darinya. Malah dia tidak mengajak fariz berbual dengannya seperti kebiasaannya. Mungkin dia betul betul tak nak anaknya shasha berfikiran negatif terhadap mereka. Mahu tidak mahu fariz pun terpaksa berbual dengan alisha yang kelihatannya selalu bersendirian.

Shasha memerhatikan fariz dan mummynya. Mereka sudah tidak lagi berbual seperti yang biasa mereka lakukan. Masing masing sibuk dengan hal sendiri. Shasha merasa hairan sebab dari dulu lagi dia lihat mummynya sentiasa berbual dengan pemuda tersebut tapi hari ni mereka dah lain macam pula. "Thats really weird...", gerutu shasha seorang diri. Tiba tiba, "apa yang weird tu?", kedengaran suatu suara menegurnya. Shasha segera mengangkat wajahnya. Kelihatan fikri berdiri di sebelahnya sambil tersenyum manis. "Oh... saya cuma berfikir cuaca hari ni... semalam ianya nampak mendung tapi hari ni ianya nampak cerah. Entah kenapa cuaca ni asyik berubah ubah... thats really weird...", kelentong shasha. "Oh...Ya kan... cuaca ni asyik berubah ubah sajalah...", sokong fikri. Shasha tersenyum. Itu pun senyuman yang di buat buat. Padahal dalam hati dia marah sebab pemuda itu selalu datang mengganggunya. Fikri mula mengajaknya berbual. Shasha terpaksa melayannya dengan separuh hati. Namun dalam pada itu matanya asyik mengawasi tingkah laku fariz dan mummynya...

Ketika fariz sedang berbual dengan alisha, muncul pula puan sri mia kat situ. "Fariz... giliran awak dah tiba... awak kena bergambar sambil berdiri di atas batu karang yang besar tu dengan shasha...", kata puan sri mia setelah beberapa modelnya yang lain sudah siap di ambil gambar. "Apa?... Dengan shasha?!....", soal fariz terkejut. "Ya...", balas puan sri mia dengan wajah yang serius. Kelihatan shasha berdiri di sebelah mummynya dengan wajah yang masam mencuka. Dia seperti tidak setuju dengan arahan mummynya itu. "Oh... not again.... tak boleh ke kalau saya bergambar dengan alisha?...", soal fariz. "Saya rasa lebih baik fariz bergambar dengan alisha...", sokong shasha pula. "Tak boleh... korang mesti bergambar bersama sama...", kata puan sri mia dengan tegas.

"Owh... kenapa saya dan fariz selalu saja di arahkan untuk bergambar bersama?... sekali sekala kami bergambar dengan model lain apa salahnya?", soal shasha separuh geram. "ya... betul tu...", sokong fariz pula. "Korang tak boleh melawan arahan saya sebab saya boss korang jadi korang harus ikut arahan saya...", kata puan sri mia lagi. "Owh....", fariz dan shasha mengeluh secara serentak. "Cepatlah korang ke sana... jackson tengah tunggu korang tu...", kata puan sri mia dengan wajah yang serius. Dengan berat hati fariz dan shasha melangkah menuju ke arah juru kamera yang berdiri tidak jauh dari situ. "Fariz, awak berdua duduk di atas batu karang besar sana tu dan saling berpelukan....", kata puan sri mia. "Apa?... kami harus berpelukan?", soal shasha terkejut. "Ya...", balas puan sri mia. "Alah... tak boleh ke kalau kami bergambar dalam posisi yang lebih santai sikit?... maksud saya tak ada scene berpeluk pelukan...", kata fariz pula.

"Tak ada... anyway, korang harus berpelukan bagi menampakkan suasana romantik sepasang kekasih di tepi pantai...", kata puan sri mia dengan wajah yang serius. "Tapi...", kata kata shasha terus di potong pantas oleh puan sri mia. "Tak ada tapi tapi lagi... korang kena buat apa yang saya arahkan...", kata puan sri mia dengan tegas. Mahu tidak mahu fariz dan shasha pun terpaksa bergambar berduaan. Ketika fariz hendak memeluk shasha, dia lihat shasha merenung wajahnya dengan renungan mata yang tajam sekali. "Sebenarnya saya paling benci kerana terpaksa bergambar berpelukan dengan awak... kalau ikutkan hati saya yang marah ni saya tak nak bergambar berpelukan dengan awak...", bisik shasha dengan marah. "Saya lagilah tak ada hati nak bergambar berpelukan dengan awak... mummy awak tu yang selalu menyuruh kita bergambar bersama...", bisik fariz dengan wajah yang tegang. "Yelah tu... apa apa pun saya tak suka dengan cara awak memandang ke arah saya... terutamanya bila awak pandang buah dada saya pagi kelmarin... nampak sangat awak ni seorang yang kinky orangnya...", bisik shasha.

"Excuse me... i'm not kinky, okay... siapa suruh awak selalu memakai baju seksi macam tak cukup kain tu ar?... sepatutnya gadis seperti awak harus memakai pakaian yang sopan sikit tapi ini tidak, awak asyik memakai pakaian yang terdedah sana sini... kalau lelaki tengok pun dah rasa lain macam dah... awak tahu tak pakaian yang awak selalu pakai tu ianya sama seperti pakaian perempuan pelacur di tepi jalan...", bisik fariz perlahan lahan. "Hey... jangan samakan pakaian saya dengan pakaian perempuan pelacur, okay... by the way, saya punya sukalah nak memakai pakaian seksi... yang awak sibuk sibuk ni apasal?...", marah shasha. Kali ini suaranya agak kuat sehingga semua orang yang ada di situ dapat mendengar perkataannya. "Eh... Saya cuma menasihati awak saja lorh... itu pun kena marah...", balas fariz dengan jujur. "Hey... fariz, shasha... ada apa ni?... korang tak boleh bergaduh semasa sesi photoshoot di jalankan... ini akan membuatkan segala pekerjaan terbengkalai...", tegur puan sri mia. "Mummy, fariz ni jahatlah... dia asyik sakitkan hati saya saja... kalau macam ni saya tak nak bergambar dengan fariz lah... lebih baik saya balik berehat kat chalet saja...", kata shasha dengan marah. Dia terus beredar dari situ. "Shasha... kenapa awak balik pula?... sesi photoshoot belum selesai lagi...", laung puan sri mia namun laungannya langsung tidak di endahkan. Malah gadis itu terus berjalan tanpa menoleh ke belakang lagi. Puan sri mia hanya mampu mengeluh sendirian....

CINTA TERLARANG (18)Where stories live. Discover now