CINTA TERLARANG 31

12.7K 82 7
                                    

"nanti dulu, fariz... saya belum habis cakap lagi dengan awak...", langkah kaki fariz terhenti di situ juga. Shasha datang menghampirinya. "Ada apa lagi shasha?", soal fariz dengan nada suara yang berat. "Saya cuma nak beri peringatan pada awak tolong jangan rapat dengan mummy saya lagi... saya tak suka awak rapat dengannya...", kata shasha. "Saya tak boleh ikut cakap awak...", balas fariz dengan wajah yang serius. "Kenapa pula?", soal shasha dengan wajah yang tegang. "Sebab awak bukan majikan saya... lagi pun saya bekerja dengan mummy awak jadi saya tak ada alasan lain untuk menjauhinya...", jelas fariz dengan pantas. "Saya tahulah awak bekerja dengannya tapi tolonglah awak jangan rapat dengannya... saya tak mahu daddy saya tahu tentang korang berdua. Kalau dia tahu korang berdua selalu bersama tentu dia akan marah pada mummy saya. Lebih teruk lagi jika dia tiba tiba menceraikan mummy saya hanya kerana dia rapat dengan awak...", kata shasha.

"Saya tahu apa yang awak cakapkan tu tapi saya tak boleh buat apa apa kalau mummy awak asyik menghubungi saya dan mengajak saya keluar dengannya. Saya hanya ikut arahannya saja sebab dia majikan saya. Jikalau dia ajak keluar saya akan keluar dengannya tapi kalau dia tak ajak saya keluar dengannya saya tak akan keluar dengannya. Sebenarnya ini semua tergantung pada mummy awak sendiri... jikalau awak tak nak saya keluar dengannya awak cakap saja pada mummy awak yang awak tak suka dia keluar dengan saya... Awak laranglah dia supaya dia tidak berjumpa dengan saya lagi...", kata fariz. "Baiklah saya akan bercakap dengannya... tapi ingat jangan pula awak curi curi keluar dengan mummy saya lagi... kalau tidak nahas awak saya kerjakan...", ugut shasha. Fariz hanya tersenyum saja sebaik saja dia mendengar ugutan dari mulut gadis tersebut. Sedikit pun dia tidak merasa takut dengan ugutan gadis itu. "Whatever!...", balas fariz sepatah lalu beredar dari situ.

Perlahan lahan shasha berjalan meninggalkan ground floor bangunan tersebut. Tiba tiba saja langkahnya terhenti sebaik saja dia melihat ada seorang lelaki berbangsa india sedang berjalan tidak jauh dari situ. Dia seperti orang mabuk pula. Di tangannya ada sebotol arak. Shasha merasa tidak keruan sebaik saja lelaki berbangsa india itu pandang semacam ke arahnya. Langkahnya terhenti sebaik saja dia lihat lelaki tersebut tersenyum padanya. Matanya merenung tepat ke tubuh shasha yang menggiurkan itu. Perlahan lahan dia mengorak langkah menuju ke arah shasha. Gadis tersebut segera berundur ke belakang. "Hai... si cantik manis... awak nak pergi ke mana seorang diri ni? Boleh saya temankan awak?", soal lelaki itu sambil tersenyum nakal. "Tak boleh... sa... saya nak balik... ja... jangan ganggu sa... saya...", shasha bersuara sambil berundur ke belakang. "Kenapa ni... awak macam takut aje... janganlah takut... saya nak berbual mesra dengan awak lorh...", lelaki itu bersuara sambil merenung tepat ke wajahnya. Shasha merasa takut sekali. Dia pun terus berlari meninggalkan tempat itu. Lelaki tersebut segera mengejarnya dari belakang.

Sementara itu kelihatan Fariz sedang melangkah masuk ke dalam lif tidak jauh dari situ. Ketika pintu lif hampir saja tertutup, tiba tiba dia lihat shasha berlari sambil di kejar oleh seseorang. Tanpa berlengah lagi fariz segera menahan pintu lif tersebut agar ianya tidak tertutup rapat. Dia cuba membuka pintu lif itu. Sebaik saja pintu lif tersebut berjaya di bukakannya, dia pun segera berlari keluar dari situ. Dia meluru ke arah pintu kaca exit yang terletak tidak jauh dari situ. Nun jauh di sana kelihatan shasha sedang di kejar oleh seorang lelaki india. "Tolong!... tolong!...", jerit shasha dalam nada suara yang cemas sekali. fariz tahu gadis itu berada di dalam bahaya. Dia pun segera berlari mengejar lelaki india tersebut dari belakang. Dia berlari dengan sekuat hatinya.

Tidak lama kemudian dia berjaya meraih tubuh lelaki india itu dari belakang. Dengan sepantas kilat dia menumbuk wajah lelaki india tersebut sehingga dia terjatuh di atas tanah. Fariz segera melompat ke atasnya lalu di tumbuknya wajah lelaki itu secara bertalu talu. "Jangan ganggu kaum perempuan yang lemahlah... lelaki sial!...", bentak fariz dengan penuh emosi. Dia terus menumbuknya sehingga lelaki tersebut tidak mampu melawannya lagi. "Sudahlah tu, fariz!...", shasha bersuara sambil memegang bahu pemuda itu dari belakang tapi fariz tidak mengendahkannya. Malah dia terus saja menumbuk wajah lelaki tersebut sehingga hidungnya berdarah. "fariz... sudahlah tu... jangan tumbuk dia lagi... awak nak bunuh dia ke, hah?", marah shasha.

Fariz berhenti dari menumbuk wajah lelaki itu sebaik saja dia mendengar perkataan 'bunuh' dari mulut shasha. Dia tak terfikir pun hendak membunuh lelaki tersebut. Dia cuma nak beri sedikit pelajaran padanya. Itu saja. Perlahan lahan dia bangun lalu di tariknya tangan shasha supaya beredar dari situ. Dia menghantar shasha sehingga mereka selamat sampai depan kereta porche milik shasha. "Terima kasih riz sebab awak selamatkan saya tadi...", ucap shasha perlahan lahan. Fariz memandang wajahnya. "Jangan berterima kasih pada saya tapi awak harus berterima kasih kepada Tuhan kerana awak terselamat dari di ganggu oleh lelaki tu. Anyway, awak tahu tak kenapa lelaki india tu ingin mengganggu awak sebentar tadi?", soal fariz perlahan lahan.

"Tak tahu...", balas shasha. "Dia mengganggu awak sebab dia terangsang apabila dia melihat gadis yang cantik seperti awak berpakaian seksi macam ni... awak hampir saja di rogolnya gara gara pakaian awak yang menjolok mata ni... you know what?... jikalau awak tak nak di ganggu atau di rogol oleh lelaki gatal miang macam tu lebih baik awak berhenti dari memakai pakaian yang menjolok mata seperti ini... kalau tidak sudah tentu di suatu hari nanti awak akan di ganggu dan di rogol oleh lelaki lain... so, you better watch out!...", kata fariz berunsurkan nasihat. Setelah dia berkata begitu, dia pun beredar dari situ.

Perlahan lahan shasha melangkah masuk ke dalam keretanya. Dia masih teringat peristiwa yang terjadi sebentar tadi. Nasib baik fariz menolongnya kalau tidak sudah tentu dia sudah di rogol oleh lelaki india itu. Perkataan fariz masih lagi terngiang ngiang di cuping telinganya. mungkin benar apa yang di ucapkan oleh fariz. Dia sepatutnya berhenti dari memakai pakaian seksi sebab itu hanya akan mengundang bahaya pada dirinya sendiri. Kalau dia di rogol oleh lelaki india tu tadi memang teruklah jadinya. Nasib baik fariz datang menolongnya. Kalau tidak tak tahu lagilah. Dalam diam shasha merasa terhutang budi pada fariz...

CINTA TERLARANG (18)Where stories live. Discover now