"Awak duduklah dulu... biar saya ambilkan air untuk awak...", kata jayden sambil berlalu ke ruang dapur. Fariz duduk di atas kerusi sofa yang ada di situ. Dia memerhatikan semua gambar yang menghiasi ruang tamu tersebut. Semuanya gambar orang tua jayden melancong ke pelbagai tempat.nampak gayanya mereka lebih suka melancong di luar negara. Buktinya kebanyakan gambar yang ada di situ berlatarbelakangkan pemandangan indah di negara yang berbeza. Ada gambar mereka di musim salji di nederland. Ada juga gambar musim luruh di cadifornia dan lain lain tempat yang berbeza. hanya 2 bingkai gambar jayden saja yang ada di situ. Semuanya tergantung kemas di atas dinding. Beberapa minit kemudian kelihatan jayden melangkah keluar dari ruang dapur sambil membawa 2 tin tiger beer di tangannya. Dia menyerahkan setin tiger beer pada pemuda tersebut tapi fariz menolaknya. "Ada air lain tak?... maksud saya macam air oren ke apa ke...", soal fariz ingin tahu. "Kenapa awak tak suka minum beer ke?", soal jayden sambil tersengih. "Sebenarnya buat masa ni saya tak teringin minum beer... perut saya akan meragam jika minum beer sebelum makan sebarang makanan...", terang fariz dengan jujur. "Okay, awak tunggu saya kat sini sekejap, ya...", jayden bangun lalu melangkah menuju ke ruang dapur. Tidak lama kemudian dia muncul di situ dengan membawa segelas air ribena untuk fariz.
Perlahan lahan jayden duduk di atas kerusi yang ada di situ. Mereka mula minum bersama sama. "Jay... awak ada adik beradik lain ke?", soal fariz ingin tahu. "Tak ada... saya hanya anak tunggal mama... mama bercerai dengan papa kandung saya sebab papa kandung saya ada perempuan lain. Jadi mama saya melarikan diri dan bawa saya berhijrah ke bandar mega ni. Dia mula bekerja di syarikat papa tiri saya. Setelah bekerja sebagai secretarynya selama 4 tahun, mereka pun berkahwin. So here i am... alone in this big mansion...", balas jayden sambil minum tiger beer di tangannya. "Eh... papa tiri awak tak ada anak ke dengan mama awak?", soal fariz ingin tahu. "Tak ada...", balas jayden dengan ringkas. "Tentu papa tiri awak sayangkan awak sehingga dia sanggup belikan kereta mewah untuk awak... maklumlah dia sendiri pun tak ada anak...", tebak fariz perlahan lahan. "Memanglah dia sayang pada saya tapi sayang 'overdose' tu adalah...", balas jayden. "Maksud awak?", soal fariz kebingungan dengan perkataan rakannya itu.
Jayden diam seketika. Dia merenung wajah fariz. Kemudian dia kembali meneguk air beer di dalam tin yang ada di tangannya. "Saya tak tahu samada saya harus menceritakan perkara ini pada awak atau pun tidak... sebenarnya saya merasa malu pula nak ceritakan perkara ini pada awak...", kata jayden perlahan lahan. "Kenapa pula awak merasa malu pada saya?... saya ni kan kawan awak... kalau awak nak luahkan sesuatu yang sudah lama tersimpan di dalam lubuk hati awak tu awak luahkannya saja pada saya... saya sudi mendengarnya...", balas fariz.
"Sebenarnya papa tiri saya tu memperlakukan saya sebagai hamba seksnya... dia memaksa saya melayan nafsu seksnya bila mama saya tidak ada di rumah... segalanya bermula selepas sebulan saya menjejakkan kaki di rumah agam ini... setelah mama saya bercerai dengan papa kandung saya, mama saya terus melarikan diri dengan membawa saya berhijrah ke bandar mega ini. Ketika itu umur saya baru saja 10 tahun.... mama saya bekerja di syarikat papa tiri saya selama 4 tahun dan akhirnya mereka berkahwin ketika saya berumur 14 tahun. Apabila mereka berkahwin, saya dan mama saya terpaksa berpindah ke rumah agam ini. Pada hari pertama saya menjejakkan kaki di rumah agam ini papa tiri saya pandang ke arah saya dengan pandangan mata yang semacam aje. Saya tak tahu kenapa dia asyik memandang ke arah saya bila dia lihat saya berjalan di depan matanya. Saya sangkakan yang papa tiri saya tu seorang lelaki yang baik hati kerana dia sanggup terima mama saya apa adanya. Tapi sangkaan saya tu meleset sama sekali..." jayden berhenti bersuara. Dia tunduk seperti menahan kesedihan dan keperitan dalam hatinya.
"Setelah mereka berbulan madu selama sebulan di pulau maldiverse, mama dan papa tiri saya pun pulang ke rumah ni dengan membawa banyak hadiah untuk saya. Saya merasa begitu gembira sekali sebaik saja saya melihat hadiah yang banyak tu. Malam itu mama saya tidur awal di bilik tidur sebab dia merasa terlalu letih. Hanya saya dan papa tiri saya saja yang menonton TV di ruang tamu ketika itu. Pada mulanya papa tiri saya duduk jauh sedikit dari saya tapi lama kelamaan dia duduk semakin dekat dengan saya. Masa tu saya tak kisah sebab saya fikir mungkin dia cuma nak tukar tempat duduk saja. Semasa saya menonton TV tu dia mula bertanya pada saya tentang pencapaian akademik saya di sekolah. Saya fikir dia ambil berat tentang diri saya jadi saya pun bagitahu dia tentang pencapaian akademik saya di sekolah. Kami mula berbual dan berbual. Semasa berbual tu dia meraba raba paha kiri saya. Saya tak tahu kenapa dia buat macam tu pada saya tapi saya terus juga berbual dengannya...", sekali lagi jayden berhenti bersuara. Dia menelan air liurnya yang terasa pahit sepahit hempedu.
YOU ARE READING
CINTA TERLARANG (18)
Romance#5 in romance (28/08/16) Sinopsis: seorang isteri merasa di abaikan oleh suaminya sendiri. manakala seorang pemuda terpaksa menjadi gigolo kerana kesempitan wang. mereka di kurung oleh seseorang di dalam sebuah bilik. dari situlah kisah ini bermula...